Media, Berita & Artikel

Di antara advertorial, artikel dan keratan berita JMD

Ibu, Jangan Menangis Lagi

Oleh Tengku Khalidah Tengku Bidin ent_editor@kosmo.com.my

picture

Saya bangga kerana ibu tidask pernah terfikir untuk memberikan kami kepada sesiapa. Kepada ibu biar susah, biar payah, anak-anak kena bersama. Dia mahu membesarkandan membela kami sendiri meskipun ketika itu, dia sendiri tiasa upaya.


Sudah lama saya berhasrat untuk memotretkan dua beranak ini. Pada, saya, banyak yang boleh dikongsikan dengan dia jiwa ini dalam memaknakan lagi erti kehidupan.


Bagaimana dengan kasih saying yang tidak bertepi seorang anak, mampu merawat segala luka lama seorang wanita yang bernama ibu. Bagaimana juga daripada kehidupan yang jerih dan perih, dengan usaha dan keyakinan yang tidak mengenal erti putus asa, ibu dan anak ini meraih jaya.


Moga ia menjadi tauladan paling baik paling baik utnuk mereka yang susah dan payah di luar sana , bahawa dalam sedih dan sukar masih ada sinar jernih yang menanti di hari depan.

 

Dan nostalgia masa silam yang suram penuh dengan titisan air mata sudah lama di tinggalkan jauh dalam sejarah. Masa lalu yang susah dan perih seboleh mungkin tidak mahu dibawa lagi ke masa depan. Ingin saja dia kuburkan dalam kenangan agar masa lalu yang hitam tidak menjelma semula membawa rasa hilang yang malang.


"Abib yang menjadikan segala impian ibu sebagai satu kenyataan. Dia buang segala mimpi 'ngeri' yang selama ini dating dalam hidup ibu,' kata wanita berhati cekal ini saat hadir ke studio Utusan.
Bergelak ketawa, bercanda ria, lagaknya seperti pasangan kekasih yang cukup romantis.

 

Sesekali tangan ibu memeluk manja anak kesayangannya ini, juga si anak yang mesra memegang pnggan si ibu.
"Kalau orang selalu cakap ibu ratu hidup mereka, kepada saya ibu bukan saja ratu tetapi nyawa saya"
Kepada Syed Gadaffi atau mesra dalkam kalangan teman-teman sebagai Abib, terlalu besar dan hebat nilai kasig saying yang bersarang dalam diri wanita yang melahirkannya itu.


Figura pemilik Halimah Shuib ini adalah lambing wanita yang sarat dengan kisah perjuangan untuk kehidupan.
Selain Abib, Halimah juga mempunyai lima anak yang lain iaitu Nurlimah Ramadan (47 tahun), Syarifah Halimatun Saadiah(38 tahun), Tun Sharifah Fatimah (37, Syed Mohd Ghazali(32) dan Syed Mohd Rizal (30) yang juga menjadi pelengkap erti kasih saying dalam kehidupannya.


Kamus hidup yang pedih. Meneleah semula kamus kenangan lampau keluarga ini, Halimah berpisah dengan suami ketika usianya masih muda. Bayangkan, wanita yang tidak mempunyai pekerjaan , baru berusia 35 tahun dan perlu menjadi bahu penyandar kepada enam anak yang kian membesar.


Kembali ke atas >