Media, Berita & Artikel

Di antara advertorial, artikel dan keratan berita JMD

Kembali Dara Selepas Bersalin

picture

Kembali dara selepas melahirkan? Memang teruja apatah lagi mendapat pujian suami. Namun bukan mustahil jika ada kesungguhan membelai dan merawat diri sepanjang tempoh berpantang sepanjang 44 hari itu azab, tapi hasilnya untuk kesihatan dan kecantikan diri tetapi juga baik untuk hubungan suami isteri,' ujar Ibu Halimah, Pengasas Jamu Mak Dara.


Daripada pengalaman Ibu Halimah menyarankan amalan berpantang 44 hari selepas melahirkan anak . Lebih baik lagi kalau segala ramuan sama ada untuk makan, minum, mandi, tampal sebagai pilis, param, barut dan bedak sejuk dan panas berasaskan ekstrak semulajadi.


"Zaman sekarang, keperluan ini ini lebih mudah bila bahan-bahan semualjadi ini telah diekstrakan dan disediakan secara moden lebih mudah menggunakan berbanding zaman ibu dulu, segalanya disediakan sendiri secara tradisional.


"Sebab itu lah, zaman dulu ibu yang berpantang dipantau oleh ibu, ibu mertua atau sanak saudara supaya ibu yang berpantang itu betul-betul mengamalkan berpantang.


Peringkat mula memang susah. Apa tidaknya, ibu dpaksa minum jamu, air akar kayu yang rasanya tak tertahan dek tekak, kelat, pahit, payau dan bercampur baur dengan pelbagai bau rempah ratus yang menempel di badan menusuk lubang hidung,' ujar Ibu Halimah tidak lokek memberikan tips bagaimana kembali dara dan lansing selepas melahirkan anak

 


Kembali ke atas >