BIJI HITAM SEJUTA KHASIAT


BIJI HITAM SEJUTA KHASIAT



Assalamualaikum

Secara umumnya ramai sudah tahu tentang khasiat jintan hitam atau lebih dikenali sebagai habbatus sauda, sejenis bijian hitam yang amat pahit rasanya namun mempunyai sejuta manfaat untuk umat manusia.

Malah di dalam Islam, amalan memakan bijian ini telah lama dinyatakan termasuk sebuah hadis yang diriwayatkan Shahih Al-Bukhari dan Muslim menerusi Abu Salamah daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Hendaklah kamu memakan jintan hitam kerana ia mengandungi ubat untuk segala penyakit, melainkan As-Saam (mati).”

Banyak juga Mak Dara membaca mengenai habbatus sauda ini dan sedar tidak ramai yang suka kerana rasanya. Bagaimanapun masih ramai yang menjadikan amalan memakan jintan hitam ini sebagai sebahagian rutin hidupnya. Hendak tak hendak saja kerana itu pilihan kita.

Mak Dara? Mak Dara pernah memakannya begitu saja dulu tetapi sekarang tidak lagi kerana Mak Dara sudah temui cara yang lebih mudah. Habbatus sauda kan sebahagian daripada rempah ratus yang terkandung di dalam Jamu Mak Dara Gold, jadi Mak Dara tidak perlu risau lagi rasa pahit itu sebab sudah diadunkan dengan bahan-bahan lain.

Hari ini Mak Dara suka untuk bercerita mengenai habbatus sauda yang terkenal di Tanah Arab sejak zaman dulu lagi malah digunakan dalam masakan India. Nama saintifiknya Nigella Sativa tetapi Mak Dara tak pernah pula dengar nama itu, kecuali nama chef popular, Nigella Lawson. Hahahaha…

Menerusi beberapa artikel yang Mak Dara selongkar lewat internet baru- baru ini, habbatus sauda banyak kegunaannya, bukan sekadar untuk menyedapkan masakan semata-mata tetapi perawatan pelbagai penyakit (sebagaimana yang disebut di dalam hadis di atas).

Seringnya habbatus sauda disediakan di dalam bentuk minyak yang diekstrak daripada biji tetapi ada juga yang mengamalkan dengan memakan biji-bijinya. Kalau mereka yang sudah terbiasa dengan rasa pahitnya, Mak Dara tidak hairan mereka boleh telan atau gigit biji-biji itu begitu saja.

Dikhabarkan jintan hitam ini walaupun kecil saiznya, mengandungi lebih 100 gabungan elemen kesihatan termasuk vitamin, protein, asid lemak, karbohidrat dan mineral.

Misalnya untuk mereka yang mengalami gangguan perut, pengambilan habbatus sauda sangat tepat kerana ia memiliki sifat menyembuhkan masalah yang berkaitan dengan perut dan usus seperti sembelit dan perut kembung.

Paling ketara yang Mak Dara baca, habbatus sauda sangat baik untuk sistem pencernaan dan dapat membasmi cacing usus. Sumber nutrisi penting jintan hitam mengandung beta-karoten (pro – vitamin A), kalsium, zat besi, sodium dan kalium. Semua itu baik untuk kelancaran dan kesihatan usus manusia.

Jintan hitam juga memiliki lapan dari sembilan asid amino esensial (asid ini tidak dihasilkan oleh tubuh kita, justeru itu ia harus diperolehi dari sumber luar). Tidak hanya itu saja, habbatus sauda mampu meningkatkan kekebalan tubuh terutama mereka yang sering bermasalah imunisasi.

Daripada pembacaan itu juga, Mak Dara dapati biji hitam ini berkhasiat untuk menyembuh asma dan alahan kerana kandungan protein kinase C mampu mencegah masalah-masalah tersebut. Pengambilan jintan hitam secara konsisten dapat mengurangi reaksi alergi mereka yang menghidapi bronchitis dan asma (antaranya).

Dah macam doktor pula Mak Dara. Hahaha… tetapi Mak Dara perlu tahu semua ini dan kemaskinikan maklumat terbaru tentang bahan-bahan yang Jamu Mak Dara gunakan di dalam produk-produk terbaiknya.

InsyaAllah dalam artikel selepas ini, Mak Dara akan kongsikan lagi tentang kebaikan habbatus sauda. Mungkin petua yang boleh kita guna pakai untuk kebaikan bersama.