LELAKI PUN BOLEH


LELAKI PUN BOLEH



Assalamualaikum wbrt!

Selain pertanyaan tentang Jamu Mak Dara Gold, kotak pesanan Fanpage Jamu Mak Dara tidak ketinggalan dengan persoalan mengenai Kopi Mak Dara Plus walaupun sebelum ini Mak Dara pernah berkongsi akan khasiat minuman daripada bijian kopi Arabica dan Robusta itu. Namun bukan menjadi hal besar untuk Mak Dara berkongsi lagi kisah kopi sedap ini dengan kalian semua. Lagilah Mak Dara suka!

Seperti yang Mak Dara ceritakan dalam entri yang lalu, kopi ini Mak Dara ambil dua kali sehari. Macam tidak ‘sah’ hari itu jika tidak ‘kena’ Kopi Mak Dara. Ini cerita Mak Dara tetapi orang lain mungkin ada gayanya tentang Kopi Mak Dara. Betul tak? Sama juga dengan beberapa soalan di bawah yang Mak Dara sempat himpunkan untuk memberi pencerahan kepada setiap pertanyaan. Mudah-mudahan jawapan ini memuaskan kepada yang bertanya dan mereka yang ingin tahu akan kebaikan khasiat Kopi Mak Dara Plus.

Apa itu Kopi Mak Dara Plus?
Kopi Mak Dara adalah kopi yang berherba yang digabungkan melalui warisan sezaman dan teknologi sains nutrisi hasil dari rahsia hutan hujan semulajadi. Ramuan minuman herba yang inovatif ini memberikan kebaikan untuk luar tubuh dan dalam malah meningkatkan daya sistem tahan untuk tubuh.

Apakah kebaikan kayu serapat yang terkandung di dalam Kopi Mak Dara?
Kopi pra-campuran 4 dalam 1 ini memang direka untuk kesihatan dalaman wanita menerusi penambahan ekstrak kayu serapat yang ternyata baik untuk tubuh badan kita termasuk:
1. Memperbaiki dan menegangkan tisu faraj.
2. Membantu menegangkan payudara.
3. Menegangkan otot dan sendi.
4. Membantu memulihkan luka dan menambah tenaga.
5. Menegang dan mengecutkan otot.
6. Membantu melicinkan kulit.
7. Membuang toksik dalam badan.
8. Melancarkan peredaran darah ke organ wanita untuk meningkatkan kadar oksigen bagi kesihatan dan fungsi organ.
9. Melegakan kekejangan otot rahim dan mengatasi kelesuan ketika haid.

Adakah Kopi Mak Dara hanya boleh diminum oleh golongan wanita sahaja?
Siapa kata begitu? Walaupun penggunaan ekstrak kayu serapat baik untuk kesihatan dalaman wanita tetapi Kopi Mak Dara juga sesuai diminum oleh lelaki.

Adakah Kopi Mak Dara selamat diminum oleh kanak-kanak?
Seeloknya tidak perlu diberikan kepada kanak-kanak.

Bolehkah ibu selepas bersalin dan sedang berpantang serta menyusukan bayi mengamalkan Kopi Mak Dara? Adakah ia akan memberi sebarang kesan sampingan terhadap bayi?
Tidak digalakkan untuk mengambil kafein semasa berpantang. Namun begitu, boleh diambil sesudah berpantang dan dalam masa yang sama sedang menyusukan bayi, tidak akan mendatangkan kesan sampingan kepada bayi. Boleh cuba dan lihat dulu macam mana. Kalau ada kesan sampingan, sila berhenti minum. Dicadangkan untuk minum tidak lebih daripada 3 cawan sehari jika masih menyusukan anak.

Adakah Kopi Mak Dara mempunyai kelulusan KKM?
Kopi Mak Dara tidak mempunyai kelulusan KKM kerana Kopi Mak Dara dikategorikan dalam kumpulan makanan. Bagaimanapun ia mempunyai sijil pengiktirafan HALAL yang sah dari JAKIM.

Adakah Kopi Mak Dara akan menyebabkan sakit kepala?
Setakat ini, Mak Dara belum kedengaran masalah itu. Apa yang boleh dijawab di sini ialah TIDAK.

Bolehkah meminum Kopi Mak Dara Plus sewaktu datang haid?
Boleh diminum semasa datang haid.