SUKATAN UNTUK ANAK DARA


SUKATAN UNTUK ANAK DARA



Assalamualaikum!

Kadang-kadang Mak Dara tersenyum seorang diri ketika mata tertacak di depan skrin komputer dan jemari pula rancak menari di atas papan kekunci. Bukan ketawa, cuma soalan-soalan yang dikemukakan oleh pengikut blog www.jamumakdara.com dan Facebook Jamu Mak Dara menggeletek hati Mak Dara kerana permasalahannya merangkumi segenap ruang lingkup kehidupan jamu.

Bagaimanapun Mak Dara sangat bersyukur kerana anda semua tidak segan-segan untuk bertanya. Mana yang mampu Mak Dara jawab terutama yang berkaitan produk keluaran Jamu Mak Dara, Mak Dara akan jawab. Mana yang Mak Dara ragu-ragu untuk memberi jawapan, Mak Dara simpan dulu untuk mencari jawapan terbaik. Mak Dara tidak mahu menjawab kalau jawapannya tidak pasti. Bukankah begitu?

Di bawah ini terdapat beberapa lagi pertanyaan daripada pembaca yang Mak Dara pilih daripada ratusan soalan. Semoga jawapan yang diberi dapat memberi manfaat kepada semua.

Bolehkah saya makan Jamu Mak Dara Gold sedangkan saya masih belum berkahwin?
Tidak menjadi masalah, cuma ambil dengan kuantiti yang betul iaitu 1 biji sebelum sarapan dan 1 biji sebelum makan malam.

Bolehkah saya mengamalkan Jamu Mak Dara Gold jika sedang merancang untuk mengandung?
Ehh…Ehh! Memang boleh sangat. Amat digalakkan kerana salah satu khasiat utama Jamu Mak Dara Gold adalah menyuburkan rahim. Ramai testimoni telah berjaya mengandung (dengan izinNya) setelah mengamalkan Jamu Mak Dara Gold. Pengambilan Jamu Mak Dara Gold ini adalah sebahagian daripada usaha dan ikhtiar.
Bagaimanapun sekiranya anda sedang merancang, sila amalkan satu kotak di peringkat awal. Jika belum berhasil sebaiknya amalkan sehingga 3 kotak. Jika anda merasakan ada kelainan seperti lambat datang haid, sila berhenti makan jamu dan buat pemeriksaan air kencing untuk memastikan sama ada anda mengandung atau tidak.

Selalu orang akan kaitkan jamu ini panas dan mengganggu proses untuk mendapatkan zuriat. Benarkah begitu?
Mengamalkan Jamu Mak Dara tidak mengganggu proses untuk mendapatkan zuriat. Malah ia akan menambahkan kemutan pada faraj dan menambahkan kesempurnaan hubungan suami isteri. Meningkatkan tahap keghairahan. Cubalah!

Saya rasa amat mengantuk dan penat ketika di peringkat awal memakan Jamu Mak Dara Gold.
Jangan bimbang kerana itu adalah proses pemulihan dan berlaku hanya sementara sahaja. Itu juga tandanya banyak toksik di dalam badan. Namun bukan semua orang merasakan simptom tersebut. Itu adalah petanda baik. InsyaAllah anda akan segar sentiasa selepas itu.

Kenapa keputihan saya keluar dengan banyak?
Situasi itu adalah perkara biasa .Teruskan makan jamu. Lazimnya selepas itu keputihan akan berkurangan dan ada yang hilang terus daripada masalah keputihan.

Adakah setelah mengambil jamu, akan wujud tindakbalas di dalam badan?
Bergantung pada badan seseorang individu.Kebanyakan kesan yang selalu dilihat ialah banyak sendawa, membuang angin, buang air besar dan badan mula merasa ringan dan bertenaga.

Kenapa berat badan saya tidak turun?
Jamu Mak Dara BUKAN produk melangsingkan badan. Ia adalah produk herba yang khusus untuk kesihatan dalaman wanita. Bagaimanapun ia juga mempunyai kelebihan dalam membantu mereka yang menghadapi masalah berat badan. Ramai testimoni turun berat badan jika mengamalkan dengan konsisten. Kurangkan makan berlemak dan berminyak. Pastikan banyak minum air!!

Benarkah jamu ini membantu merapatkan lagi hubungan suami isteri?
Diakui sendiri oleh mereka yang telah mengamalkannya. Bukan Mak Dara kata, hahaha! Lazimnya selepas makan Jamu Mak Dara Gold selama 7 hari, suami akan merasakan perubahan pada alat kelamin isteri. InsyaAllah.

Adakah jamu ini membuatkan suhu badan naik atau badan merasa tidak selesa?
Sukar untuk Mak Dara cakap kerana setiap orang lain badannya. Bergantung kepada tubuh masing-masing tetapi maklum balas yang pihak Jamu Mak Dara terima sangat positif dan mereka menyukainya. Namun ada juga yang merasa panas selama satu atau dua hari dan ada yang tidak merasakan apa apa perubahan.

Adakah jamu mempunyai kesan sampingan?
Setakat ini, belum ada kesan negatif. Sebabnya, produk Jamu Mak Dara menggunakan bahan-bahan alami 100%.

Bolehkah pesakit darah tinggi mengamalkan Jamu Mak Dara?
Tiada masalah, namun cara pengambilan sedikit berbeza. Makan satu kali sahaja sehari.

Okay, Mak Dara perlu berhenti di sini seketika. Nanti kita sambung lagi. Mak Dara nak pergi melawat kilang hari ini untuk meninjau wajah baru Jamu Mak Dara yang akan dipasarkan pada 2018, insyaAllah. Doakan kejayaan Jamu Mak Dara ini dalam membantu wanita yang berdepan masalah dalaman. Ehhh… lelaki pun memang boleh amalkan juga produk keluaran kami.

Sampai jumpa lagi, Assalamualaikum!