WAJAH SUCI ANTARABANGSA


WAJAH SUCI ANTARABANGSA



Assalamualaikum!

Dalam artikel sebelum ini, Mak Dara menyentuh tentang wajah baru JMD yang lebih trending, sofistikated dan berciri antarabangsa. Yang penting, penampilan JMD lebih suci dan bersih sebagaimana mewakili produk yang tentunya halal dan bermutu tinggi setara piawaian antarabangsa.Bagi mereka yang pernah menggunakan mana-mana produk JMD tentu lebih arif akan kelebihannya.
Baik pemilihan bentuk botol, warna, kotak, jar dan sebagainya akan selari dengan pengukuhan jenama JMD terutama untuk melangkah ke tahun 2018 dengan lebih bergaya. Amboi ayat mengalahkan orang surat khabar, ha ha ha! Bersemangat pula Mak Dara kalau bercerita bab-bab wajah baru JMD ini.

Ketika mula-mula ingin bertukar wajah pun, Mak Dara cuak juga sebab orang dah kenal lama JMD.

Namun selepas dijelaskan oleh beberapa pakar branding, barulah Mak Dara faham tentang peri pentingnya perubahan itu. Mana-mana produk yang terkenal di seluruh dunia sekali pun, mereka akan melakukan perubahan demi perubahan sebagai penambahbaikan dari segi imej jenama mereka. Pakar itu suruh Mak Dara perhatikan evolusi logo Coke dan Mak Dara semakin mengerti kepentingannya.

Bagaimanapun logo JMD masih kekal. Belum lagi terkir untuk menukarnya. Lagipun usia JMD baru sekolah menengah (13 tahun) dan nasihat pakar jenama itu, seeloknya kekalkan dulu sebab logo

JMD sangat sinonim dengan ratusan ribu pengguna setianya. Cuma imej dan penampilan packaging (pembungkusan) harus berwajah baru.

Sabar yer sayang semua. Apabila sudah diumumkan nanti, Mak Dara teringin sangat dengar komen-komen tentang penampilan baru ini. Ya lah, citarasa kita mungkin berbeza dari aspek penampilan luaran tetapi yang pasti kita sama selera kerana memilih produk JMD yang berkualiti. Tak gitu?

Kisah jamu? Memanglah itu topik kegemaran Mak Dara tetapi nanti dulu. Bukan jamu saja, Mak Dara akan berkongsi macam-macam selepas ini baik kopi, bengkung, mandian herba dan banyak lagi.

Untuk entri blog kali ini, Mak Dara mahu kongsikan semangat anak-anak muda di belakang JMD hari ini.
Apa lagi yang Mak Dara nak tulis? Hurmmmmm…. rasanya cukup untuk pengenalan pertama ini dan semoga kalian semua bertambah kencang dan mengancam bersama JMD 2018.

Sayang Mak Dara!