Dehidrasi Dalam Kalangan Ibu Hamil; Apa Yang Anda Perlu Lakukan?

dehidrasi

Dehidrasi semasa mengandung boleh membawa kepada pelbagai komplikasi yang berbahaya kepada kesihatan ibu hamil dan bayi dalam kandungan.

Oleh itu, ibu hamil perlu kekal terhidrasi untuk menjaga kesihatan diri dan kandungan.

Dehidrasi adalah keadaan di mana tubuh kehilangan terlalu banyak air daripada yang diserap.

Artikel ini akan memberikan penerangan yang lebih lanjut tentang risiko dehidrasi pada ibu hamil serta langkah-langkah yang perlu diambil.

Apakah Tanda Dehidrasi Ketika Hamil?

Apabila menghadapi dehidrasi ketika hamil, ibu akan mengalami beberapa tanda yang spesifik.

Salah satu tanda yang paling nyata adalah suhu badan yang meningkat.

Anda dapat memeriksanya dengan melihat warna air kencing anda.

Jika warnanya kekuningan, kemungkinan anda mengalami dehidrasi. Namun, jika warnanya jernih, anda tidak perlu khuatir.

Selain itu, terdapat beberapa gejala dehidrasi yang perlu diperhatikan:

  • Mulut menjadi kering
  • Kerap mengantuk
  • Merasa haus
  • Frekuensi buang air kecil yang berkurang
  • Sering mengalami sakit kepala
  • Mengalami sembelit

Jika anda mengalami gejala-gejala ini, adalah penting untuk anda meningkatkan pengambilan air yang mencukupi. 

Anda juga perlu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat dan rawatan.

Dehidrasi yang tidak berapa teruk selalunya boleh dirawat dengan hanya mengambil air secukupnya.

Tetapi dehidrasi yang teruk pula, terutamanya semasa hamil memerlukan rawatan perubatan secepatnya.

Gejala dehidrasi yang teruk meliputi:

  • Berasa sangat haus
  • Mulut dan kulit mengalami kekeringan yang teruk
  • Berasa risau dan cepat marah
  • Air kencing jadi sedikit atau tiada langsung
  • Air kencing menjadi keruh
  • Degupan jantung dan pernafasan menjadi laju
  • Tekanan darah menjadi rendah

Selain itu, perhatikan perubahan pada kulit anda. Jika kulit terasa kering atau kurang elastik.

Jika anda mengalami simptom seperti diatas, jangan ragu untuk berjumpa doktor dengan segera.

Kesan Jika Anda Abaikan Dehidrasi

Mengabaikan dehidrasi mengakibatkan masalah kesihatan yang serius terhadap ibu hamil.

Oleh itu, adalah sangat penting untuk para ibu menjaga kandungan air dalam tubuh badan semasa hamil kerana kekurangan air boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan ibu dan perkembangan bayi.

Jika anda mengabaikan masalah ini, berikut adalah beberapa kesan yang mungkin timbul:

1.   Risiko Penyakit Kencing Manis Gestasional

dehidrasi

Dehidrasi meningkatkan risiko penyakit kencing manis gestasional.

Keadaan ini akan memberi kesan kepada tahap gula dalam darah ibu hamil, dan jika tidak diperhatikan, ia boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius.

2.   Kehilangan Cairan Amnion

Dehidrasi boleh menyebabkan kekurangan cecair amnion, yang mempunyai peranan penting dalam perlindungan bayi di dalam rahim.

Jika cecair amnion berkurangan, ia boleh menyebabkan masalah perkembangan bayi.

3.   Risiko Pengeluaran Awal dan Kelahiran Pra-Matang

dehidrasi

Kekurangan air dalam tubuh boleh meningkatkan risiko pengeluaran awal dan kelahiran pra-matang.

Bayi yang dilahirkan sebelum masa yang sesuai boleh menghadapi komplikasi kesihatan dan perkembangan terjejas.

4.   Ketidakseimbangan Elektrolit

Dehidrasi yang berpanjangan boleh menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit dalam tubuh.

Kekurangan elektrolit seperti natrium, kalium, dan magnesium sangat mempengaruhi fungsi normal organ-organ tubuh.

Hal ini dapat menyebabkan gangguan pada sistem saraf, otot, dan jantung.

Terdapat beberapa cara yang para ibu boleh lakukan untuk mengatasi dehidrasi ketika hamil.

Cara Atasi Dehidrasi Ketika Hamil

Untuk mengelakkan dan mengatasi dehidrasi semasa hamil, berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil:

1.   Minum air yang mencukupi

Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 8 -10 gelas air sehari.

Air adalah sumber utama hidrasi yang diperlukan untuk tubuh.

Jika sukar minum banyak air sekaligus, cuba minum sedikit-sedikit dalam frekuensi yang kerap.

2.   Elakkan Minuman Berkafein

Minuman seperti kopi, teh, dan minuman berkafein lain boleh menyebabkan peningkatan pengeluaran air kencing dan meningkatkan risiko dehidrasi.

Elakkan atau hadkan pengambilan minuman berkafein untuk menjaga kecukupan hidrasi.

3.   Ambil Makanan Kaya Air

dehidrasi

Sumber hidrasi bukan hanya datang dari minuman, tetapi juga dari makanan yang anda makan.

Ambil makanan yang kaya dengan kandungan air seperti buah-buahan segar, sayur-sayuran hijau, dan sup.

Ini akan membantu menambahkan cecair dalam tubuh anda.

4.   Hindari Aktiviti Fizikal Berat

Aktiviti fizikal berat boleh menyebabkan peluh berlebihan dan peningkatan kehilangan air dalam tubuh.

Jika anda hamil, elakkan daripada terlalu banyak terlibat dalam aktiviti fizikal yang melelahkan, terutamanya dalam keadaan cuaca panas.

5.   Pastikan Pengambilan Elektrolit

Dehidrasi bukan hanya kekurangan air, tetapi juga kekurangan elektrolit penting seperti natrium, kalium, dan magnesium.

Pastikan anda mendapatkan elektrolit ini melalui diet seimbang atau dengan mengambil suplemen yang disyorkan oleh doktor anda.

Dengan mengikuti langkah-langkah pencegahan dehidrasi yang seperti di atas, ibu hamil dapat menjaga keseimbangan cairan dalam tubuh dan memastikan kehamilan yang sihat.

Untuk persediaan bersalin, Jamu Mak Dara menawarkan produk yang berkualiti dan turun-temurun khas untuk ibu bersalin.

Kesemua produk Jamu Mak Dara diperbuat daripada bahan-bahan yang selamat digunakan, telah mendapat kelulusan daripada pihak KKM, dan berikan kelegaan yang optimum kepada si pemakai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.

Top Img back to top