Tentang JMD

JMD Kini


Jamu Mak Dara kini menjadi jenama pilihan masyarakat terutama wanita sebagai makanan tambahan dan diamalkan untuk kesihatan. Seiringan dengan slogan Kesihatanmu Kecantikanmu, Jamu Mak Dara mahu meneruskan tradisi Melayu dengan mengamalkan minuman air akar kayu dan makan herba-herba terpilih dengan memberikan peluang kepada pengguna untuk mendapatkan khasiat herba hutan tersebut dengan cara lebih mudah.

 

Objektif utama penubuhan Jamu Mak Dara adalah untuk mengeluarkan pelbagai jenis produk berasaskan herba. Antaranya penjagaan kulit berasaskan herba, penyediaan set bersalin lengkap dan produk kesihatan lelaki serta wanita dengan memastikan produk disalurkan betul kepada pengguna.

 

Jamu Mak Dara bertanggungjawab untuk memberikan khidmat pelanggan yang baik meliputi semua produk dan khidmat yang disediakan serta menyediakan khidmat selepas jualan kepada semua pengguna, stokis, dan pengedar sah Jamu Mak Dara di seluruh negara.

  • Kami ingin meningkatkan kualiti kehidupan manusia melalui rumusan herba unik dan halal untuk disalurkan ke pasaran global.
  • Kami mahu menyediakan produk tradisional melalui penghasilan makanan tambahan lelaki dan wanita, set rawatan selepas bersalin dan rangkaian produk kecantikan.
  • Untuk menjadi produk berasaskan herba pilihan utama wanita dan lelaki.
  • Untuk menjadi jenama mesra dalam kalangan wanita.
  • Untuk menjadi pengeluar utama produk berasaskan herba.
  • Untuk menghasilkan produk kesihatan lelaki dan wanita, produk kecantikan dan set bersalin yang berasaskan herba.
  • Untuk menjadikan pengguna lebih sihat dan bertenaga selepas mengamalkan produk keluaran Jamu Mak Dara.
  • Untuk menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara pengeluar utama produk berasaskan herba utama melalui saluran komunikasi dan media.
  • Untuk memasuki pasaran global dan pasaran antarabangsa serta mempromosikan Jamu Mak Dara secara berterusan melalui sumber tertentu.