Tentang JMD

Pengenalan


Ramuan Jamu Mak Dara masih mengekalkan resepi turun-temurun, gabungan tumbuhan herba hutan hujan tropika yang sesuai diamalkan dengan kehidupan moden hari ini. Cekur, manjakani, tongkat ali, kacip fatimah, serapat, cinamaki, ketumbar, cabai batik, cabai pintal dan halia bara antara pelengkap kebaikan Jamu Mak Dara.

 

Jamu Mak Dara percaya setiap perkara baik haruslah dikongsi bersama dan pastinya kesan yang baik dan memuaskan selepas pengambilan secara konsisten, sekaligus membina kepercayaan dalam masyarakat serta mengukuhkan penjenamaan.

 

Jamu Mak Dara bukan makanan tambahan atau ubat yang bersifat segera tetapi untuk mendapat impak yang diimpikan, ia harus diamalkan secara berterusan. Jadikan jamu rutin pemakanan harian.