Rempah Mandi Mak Dara


Rempah Mandi Mak Dara



Kebaikan


Rempah Mandi Jamu Mak Dara terdiri daripada gabungan 9 jenis herba dan akar kayu terpilih dari hutan hujan khatulistiwa di Malaysia. Antaranya adalah Daun Pandan Wangi, Daun Serai Wangi, Daun Sarsi, Akar Tanduk Rusa Dan Akar Lapis.

Rempah Mandi Jamu Mak Dara juga sesuai digunakan sebagai kegunaan harian oleh lelaki dan wanita sebagai penyegar badan.

Rempah Mandi Jamu Mak Dara sangat baik untuk:

  • Mengekalkan kehangatan dan kesegaran tubuh ibu-ibu yang baru melahirkan di samping membantu membuang angin dan mengelakkan angin daripada memasuki tubuh.
  • Sesuai untuk menghilangkan bau badan, menyingkirkan sel-sel kulit mati.

Cara penggunaan:

  • Masukkan 1.5 liter air ke dalam periuk, masukkan uncang rempah mandi dan biarkan mendidih selama 20 minit atau sehingga warna air rebusan bertukar kemerahan.
  • Ambil air rebusan dan campurkan dengan air biasa mengikut kesesuaian untuk mandi.
  • Rempah mandi ini boleh digunakan berulangkali sehingga hilang aroma rempah.
  • Boleh juga digunakan mengikut keperluan ibu-ibu sepanjang tempoh berpantang.
  • Rempah Mandi Jamu Mak Dara sesuai digunakan untuk bertangas dan sauna.