Tungku Herba Ibu Halimah


Tungku Herba Ibu Halimah



Kebaikan


Tungku Herba Ibu Halimah ini diperbuat daripada herba dan rempah ratus yang menjadikan ia sebagai bahan pemulih semulajadi. Selain itu, ia digunakan untuk pelbagai kebaikan kerana kehangatan batu tungku ini dapat membuka liang-liang roma seterusnya memudahkan penyerapan kebaikan herba dan rempah ratus yang diperlukan oleh tubuh.

Manfaat Tungku Herba Ibu Halimah:

  • Membantu mengecutkan rahim dan melancarkan pengeluaran darah beku yang melekat di dinding rahim selepas bersalin, sekaligus memastikan darah kotor dan toksin keluar dari badan.
  • Tungku herba mampu menyegarkan perut rahim di bawah lapisan kulit.
  • Digunakan untuk melegakan rasa tidak sedap badan.
  • Tungku kukus herba ini juga mampu menghangatkan badan ibu yang sedang berpantang.
  • Tungku herba ini juga dapat mempercepatkan proses pembakaran lemak dan memperkemaskan tubuh ibu-ibu yang dalam tempoh berpantang.
  • Amalan tungku juga dapat membantu mengelakkan dari terjadinya masalah rahim jatuh dan tombong dengan cara menyengkak rahim ke atas.

 

Cara penggunaan:

  • Basahkan tungku dengan sedikit air sehingga batu tungku menjadi agak lembab. Kukus atau panaskan tungku herba selama lebih kurang 20 minit.
  • Lapiskan dengan satu lapis kain sekiranya terlalu panas kemudian tuam pada bahagian yang mengalami masalah.
  • Panaskan semula sekiranya suhu berkurangan.
  • Biarkan ia sejuk dan kering sepenuhnya selepas digunakan sebelum disimpan.