Tips Kulit Cantik: Exfoliate Lah!

tips kulit cantik

Apabila orang bertanya tentang tips kulit cantik, rata-rata orang akan beritahu untuk minum air putih, kurang makan berminyak dan sebagainya.

Tapi, jarang untuk dengar orang beritahu untuk exfoliate.

Kenapa perlu exfoliate? Sabun biasa tak cukup ke? Bukan kena buat 3-steps skincare routine ke?

Ini adalah rata-rata persoalan yang timbul apabila sebut tentang exfoliate dalam tips kulit cantik ini.

Jadi, jom baca lebih lanjut kenapa tips kulit cantik yang paling adalah exfoliate. Teruskan membaca!

Manfaat Exfoliate Kepada Kulit

Exfoliate bukan sahaja bagus untuk menanggalkan sel-sel kulit mati, tapi juga bagus dalam:

1. Mengurangkan cela dan breakouts

tips kulit cantik

Jika anda mempunyai kulit yang berjerawat atau cela, rutin exfoliation yang bagus adalah tips paling berguna anda patut buat.

Exfoliation membantu membuka pori-pori tersumbat yang menyebabkan whitehead dan blackhead jika dibiarkan.

Untuk kulit sebegini, disarankan untuk mencuba exfoliator jenis lembut atau gentle terlebih dahulu.

2. Membantu melembabkan kulit

tips kulit cantik

Kalau nak tau, kulit seseorang yang jarang exfoliate senang menghadapi masalah kulit dehidrasi.

Lebih banyak sel kulit mati terjadi setiap hari tanpa di-exfoliate, lebih susah untuk lapisan kulit menyerap apa-apa krim pelembab atau rutin skincare anda.

Jadi, dengan membolehkan sel-sel baru untuk tumbuh melalui rutin exfoliate, lebih cepat kulit menikmati manfaat kelembapan berganda!

Tambahan lagi, kulit yang sentiasa lembab lebih dewy dan cantik tau.

3. Melambatkan penuaan

tips kulit cantik

Semakin meningkat umur, kulit anda juga akan semakin menua.

Makin lama anda akan perasan pigmen lebih gelap di sekitar kulit muka, dan kulit makin kendur disebabkan anda semakin meningkat umur.

Dengan exfoliate, ia membantu memecahkan sel-sel pigmentasi dan kulit kering. Ini akan menjurus kepada kulit kekal glowy dan lembut.

Jika dilakukan secara berterusan setiap minggu, percayalah anda akan nampak kulit lebih cerah tau.

4. Melancarkan peredaran darah

Selain mencerahkan kulit, exfoliate membantu meningkatkan peredaran darah.

Rutin exfoliate seperti menggosok dalam bulatan secara lembut merangsang peredaran darah dan saliran limfa.

Peredaran darah yang bagus di sekitar tubuh badan  mengurangkan penampilan selulit dan menambah baik keanjalan kulit.

Berapa Kerap Perlu Exfoliate?

Anda disarankan untuk exfoliate kulit dua kali dalam seminggu sebagai salah satu rutin penjagaan kulit.

Exfoliation memerlukan keseimbangan – dalam pada masa yang sama kita mahukan ke semua sel-sel kulit mati tertanggal, anda perlu juga peka untuk tidak overdo supaya minyak semula jadi kulit tidak hilang.

Dengan mengekalkan rutin dua kali seminggu, anda boleh terhindar dari kulit gelap dan tidak bermaya.

Cara Exfoliate Kulit

exfoliate

Apabila bercakap mengenai exfoliation, first sekali dalam rutin ini anda jangan terlalu kasar dengan kulit anda.

Exfoliate secara kasar boleh membuatkan kulit kering dan microtear, di mana kulit mengalami luka kecil.

Jadi, semasa anda menggunakan apa-apa skrub atau berus exfoliator, lakukan gerakan membulat pada bahagian kecil kulit anda.

Untuk setiap kawasan kulit, exfoliate sekitar 20 hingga 30 saat dan basuh dengan air suam.

Jika anda tidak pasti bagaimana nak mula exfoliate, anda boleh cuba untuk exfoliate sekali seminggu untuk beberapa minggu.

Jika tiada apa yang berlaku seperti iritasi, anda boleh mula untuk exfoliate 2 kali seminggu.

Pastikan anda memakai pelembab kulit untuk kelembapan kulit optimum.

Disarankan juga untuk memakai ke semua produk skincare dan bodycare semasa kulit sedang basah.

Kesimpulannya, walau anda melakukan sebanyak mana pun rutin skincare, jika kulit mempunyai sel kulit yang banyak, mana mungkin kulit akan cantik.

Jawapannya semestinya exfoliate. Dengan mengikuti tips ini, diharapkan anda di posisi one step closer dari memiliki kulit yang lembut dan cerah setiap hari.

Exfoliate kulit 2 kali seminggu sememangnya terbukti boleh mengurangkan breakouts, melembabkan lagi kulit, melambatkan proses penuaan kulit dan melancarkan peredaran darah.

Diingatkan, walau bagaimana pun, jangan exfoliate terlalu kasar, terutamanya di kulit muka anda. Jika boleh, pakai exfoliator  yang sesuai untuk jenis kulit anda.

Untuk mereka yang mempunyai masalah kulit yang lain, disarankan untuk berjumpa terlebih dahulu dengan pakar kulit untuk saranan yang sepatutnya.

Buat yang sedang mencari scrub kulit yang berkesan, jom dapatkan lulur kopi dari Jamu Mak Dara!

lulur kopi

Dengan aroma lulur kopi Arabika, ia memberikan sensasi ketenangan luar biasa kepada si pemakai.

Sifat antioksidan dalam lulur kopi ini membantu:

  • Menghilangkan bau badan
  • Membantu tona kulit lebih sekata
  • Memberi kesegaran
  • Melancarkan peredaran darah
  • Menghaluskan kulit

Katakan selamat tinggal kepada sel-sel kulit mati, dan say Hello kepada kulit lebih cerah, mulus dan sihat dengan lulur kopi dari Jamu Mak Dara!

Tekan link di bawah untuk membuat pembelian!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.

Top Img back to top