Amal Jamu Di Usia Muda, Elok Ke?
- admin
- Posted on
- 0 comments
Ramai beranggapan jamu ini hanya untuk yang tua sahaja.
Anda salah – Jamu boleh juga diamalkan diamalkan dari usia muda. Jika anda beri alasan jamu berasa pahit, sekarang adalah zaman moden.
Sudah ada jamu yang tinggal telan, dan rasai perubahan yang badan anda alami selepas sebulan mengamalkan jamu dan manfaat sebenarnya. Kalau nak tahu, teruskan membaca!
Sebelum itu, jom baca mengenai hormon wanita dengan lebih dekat supaya anda faham kenapa badan anda masih mengalami hormon tidak stabil walau sudah mencecah 20-an.
Memahami Hormon Wanita
Hormon wanita seperti estrogen dan progesterone mempunyai kesan yang ketara kepada kesihatan wanita seperti kitaran menstrual, kehamilan, menopause dan banyak lagi.
Tetapi, badan seorang wanita juga menggunakan hormon-hormon lain yang memberi kesan pada aspek kesihatan yang lain, seperti tahap tenaga, berat badan, mood dan lain-lain.
Jom tengok apa hormon-hormon yang biasanya terdapat dalam badan wanita:
1. Estrogen
Estrogen merupakan hormon utama wanita, di mana ia bertanggungjawab dalam perubahan fizikal budak perempuan ke wanita semasa baligh.
Contohnya, pertumbuhan payudara dan kemaluan serta ketiak dan permulaan kitaran haid.
Selain itu, hormon estrogen juga memainkan peranan dalam kesihatan reproduktif wanita, tulang dan jantung.
Sumber utama estrogen wanita adalah ovari, di mana ia menghasilkan telur wanita. Tetapi, ia juga boleh didapati di kelenjar adrenal di bahagian atas setiap buah pinggang.
Tahap estrogen dalam badan akan berubah sepanjang bulan, akan tinggi dari kebiasaan ketika di tengah-tengah kitaran haid anda.
Manakala, tahap estrogen adalah pada tahap rendah semasa hari pertama kitaran haid.
2. Progesteron
Seperti estrogen, hormon progesteron wanita juga dihasilkan di ovari.
Corpus luteum, kelenjar endokrin sementara, adalah yang menghasilkan progesteron di ovari wanita dalam jangka masa 12 hingga 14 hari.
Hormon ini amat penting dalam badan seorang wanita. Jika ia rendah, anda berkemungkinan akan menghadapi kitaran haid tidak teratur.
Ibu hamil juga tidak terkecuali, kekurangan hormon ini boleh mengakibatkan kesusahan untuk melahirkan anak kelak. Ini kerana tiada hormon progesteron mencukupi untuk mensenyawakan telur.
3. Testosteron
Walau hormon testosteron lebih dominan dalam tubuh badan seorang lelaki, hormon ini juga memainkan peranan penting dalam badan wanita juga.
Sejumlah hormon testosteron kecil dihasilkan dalam ovari dan kelenjar adrenal dilepaskan ke saluran darah, di mana ia menyumbang kepada dorongan seks, ketumpatan tulang dan kekuatan otot wanita.
Penghasilan hormon estrogen berlebihan boleh menyebabkan beberapa perubahan di tubuh badan seperti:
- Kitaran haid tidak teratur/terjadi
- Lebih banyak bulu badan daripada wanita biasa
- Jerawat
- Botak depan
- Pertambahan muscle mass dari kebiasaan
- Suara garau
Tidak terlepas juga dengan beberapa kemungkinan untuk menghidapi:
- Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)
- Kemandulan
- Rintangan insulin
Kelebihan Makan Jamu Ketika Usia Muda
Di usia muda, walau anda sudah mencecah 20-an, wanita juga tidak terlepas dari ketidakseimbangan hormon.
Jika dibiarkan berlarutan, ia akan memberi kesan buruk dalam jangka masa panjang, seperti yang dikongsikan di atas.
Cuba lihat orang dulu, masih kuat dan badan masih elok, kalau ditanya mesti rata-rata akan cakap mereka mengamalkan jamu sejak usia muda.
Jadi, jom kita tengok apa kelebihan jika amalkan jamu.
1. Menguatkan rahim
Wanita di usia 20-an semestinya ada yang sering melakukan aktiviti sukan lasak atau mempunyai lifestyle yang agak sibuk.
Ini akan menyebabkan mereka tidak terlepas dari ketegangan fizikal dan stres yang melampau. Tekanan fizikal, lebih-lebih lagi di bahagian bawah boleh melemahkan rahim.
Jadi, mengamalkan jamu di usia muda sangat bagus untuk menguatkan rahim.
Jamu terdiri dari bahan-bahan semula jadi, di mana ia bagus dalam mengurangkan inflamasi di rahim dan melindunginya dari kerosakan oksidatif akibat aktiviti lasak.
2. Melancarkan peredaran darah
Inflamasi kronik memberi kesan buruk kepada saluran darah. Ini menyebabkan peredaran darah ke seluruh badan terganggu.
Dengan mengamalkan jamu, sebahagian dari bahan-bahan jamu membantu mengurangkan inflamasi seterusnya membantu pengaliran darah lebih baik.
3. Melancarkan kitaran haid
Stres, selain boleh mengganggu kesihatan rahim, ia juga akan mengganggu kitaran haid.
Ketika itu, hormon testosteron, estrogen dan progesteron tidak seimbang dan menyebabkan kitaran haid lambat atau terjadi dalam jangka masa pendek dari kebiasaan.
Sifat antioksidan dalam rata-rata jamu yang ada di pasaran boleh membantu meningkatkan peredaran darah ke rahim dan menstabilkan kitaran haid.
4. Memberi tenaga
Jamu sering disediakan dengan kombinasi herba yang membantu meningkat tenaga dan stamina.
Jamu boleh membantu melawan keletihan disebabkan oleh jadual padat setiap hari.
5. Mengekalkan bentuk badan
Kebanyakan jamu dihasilkan dari bahan seperti Manjakani, Biji Ketumbar dan lain-lain.
Bahan-bahan sebegini digunakan secara tradisional untuk membantu menyihatkan sistem penghadaman.
Apabila sistem penghadaman berfungsi dengan baik, ia akan sedikit sebanyak membantu anda mengekalkan tubuh badan ideal.
Kesimpulannya, jamu mempunyai khasiat yang bagus untuk kecantikan dalaman dan luaran wanita.
Sebab itu, orang-orang dahulu gemar mengamalkan jamu sehingga sekarang. Kalau anda perasan, ada di kalangan mereka masih dalam kesihatan yang baik walau sudah berusia.
Lebih-lebih lagi, hormon di usia muda sangat tidak stabil. Dengan jamu, sedikit sebanyak dalam jangka masa tertentu anda boleh jadikan ia sebagai suplemen untuk menjaga hormon.
“Pahitlah!”
Tahu tak, ada jamu yang tak pahit? Kalau nak tahu, jom baca lebih lanjut!
Jamu Mak Dara Kapsul Asli, Khasiat Turun Temurun Untuk Wanita
Siapa yang tidak suka rasa kepahitan jamu tradisional, jom try Jamu Mak Dara Asli Kapsul!
Kenapa anda perlu cuba Jamu Mak Dara Asli Kapsul?
- Terbukti berkesan membantu ramai wanita selama 18 tahun semenjak ianya dihasilkan dan sudah lebih 1 juta botol telah terjual
- Testimoni-testimoni yang asli
- Dibuat dari herba tradisional tanpa bahan-bahan kimia, berbahaya dan tiruan
- Produk yang dijamin Halal, bersih dan bermutu tinggi keluaran bumiputera Islam
- Mendapat kelulusan KKM (No Kelulusan KKM : MAL10100209TC)
Sudahlah berkualiti, Jamu Mak Dara Asli Kapsul hanya dibuat dengan bahan-bahan jamu asli sejak turun-temurun tau!
Antara bahan-bahan yang digunakan adalah seperti:
- Manjakani
- Helicteres Isora
- Hippocratea Indica
- Biji Ketumbar
Bahan-bahan ini sangat bagus untuk membantu merawat:
- Menyuburkan rahim
- Mengatasi masalah keputihan
- Merapatkan faraj
- Menambah nafsu syahwat
- Memberi tenaga
- Membuang toksin dalam badan
- Memperbaiki sistem kitaran haid
- Membakar lemak berlebihan
- Menyeimbangkan hormon
Jangan tunggu lama untuk amalkan Jamu Mak Dara Asli Kapsul, start young!
Klik di pautan bawah untuk membuat pembelian.