Nak Tahu Kira Waktu Subur Wanita? Baca Artikel Ni!
- admin
- Posted on
- 0 comments
Setiap pasangan yang sedang mencuba untuk hamil ataupun merancang keluarga tanpa menggunakan alat pencegah hamil harus tahu tentang cara untuk mengira waktu subur wanita.
Namun, maklumat tentang tarikh, bilangan hari, serta kitaran haid mungkin akan memeningkan kepala anda jika tidak diberi cara yang tepat.
Jika anda dan pasangan tidak mahu menggunakan alat pencegah kehamilan seperti kondom, pil perancang, implan, IUCD, kaedah perancang keluarga secara semulajadi adalah alternatif yang seterusnya.
Walau bagaimanapun, kaedah ini sangat bergantung kepada kemahiran setiap pasangan kerana anda perlu peka akan fasa subur pada setiap bulan.
Jika kitaran haid adalah normal dan teratur, maka tidak sukar untuk mengiranya.
Bilakah Waktu Subur Wanita?
Apakah yang dimaksudkan dengan waktu subur wanita? Setiap wanita yang normal dan sihat akan mengalami satu hari yang dinamakan sebagai hari subur atau ovulasi pada setiap bulan.
Untuk pengetahuan anda, hari subur wanita merupakan satu fenomena biologi di mana telur yang berada dalam ovari akan dirembes keluar selepas matang kesan daripada perubahan hormon untuk disenyawakan dengan sperma.
Apabila telur dikeluarkan, ia akan bergerak ke tiub fallopian wanita. Dan semasa proses ini, telur boleh disenyawakan dengan sperma lelaki.
Jika tiada persenyawaan berlaku sepanjang tempoh ini, sel tersebut akan mengalami fasa peluluhan (disintegration) dan dinding rahim akan menebal dan akan gugur sebagai darah haid.
Sebagai info, apabila ovari mengeluarkan telur matang, kebiasaannya akan bertahan selama 12 hingga 24 jam sebelum ianya mati.
Jika ia tidak disenyawakan dalam tempoh itu, maka kemungkinan untuk hamil adalah tipis.
Jika pasangan suami isteri sedang melakukan family planning, penting untuk tahu waktu fasa subur normal bagi seorang wanita.
Waktu subur wanita kebiasaannya berlaku sekitar 6 hari setiap bulan. Ia termasuklah 5 hari menjelang ovulasi dan hari ovulasi itu sendiri.
Sepanjang tempoh ini, adalah waktu terbaik untuk anda dan pasangan melakukan seks jika merancang untuk hamil. Bunyi macam mudah tapi tidak semudah yang disangka ya!
Ini kerana ketika haid, badan wanita akan menyingkirkan lapisan rahim kerana kehamilan tidak akan berlaku pada kitaran yang terakhir.
Malah, hormon yang paling penting diperlukan untuk mengekalkan kehamilan seperti progesteron juga akan menjadi rendah pada ketika ini.
Walaupun begitu, secara normalnya badan seseorang wanita sememangnya sudah bersiap sedia untuk waktu subur yang berikutnya.
Sebilangan besar golongan wanita mengalami ovulasi sekitar 12 hingga 14 hari selepas kitaran haid pertama mereka.
Tapi jangan pelik kerana ada juga wanita yang mengalami kitaran haid lebih pendek secara semulajadi.
Disebabkan itu, mereka mungkin berovulasi selepas 6 hari setelah hari pertama haid terakhir mereka.
Oleh sebab itu, penting untuk mengetahui purata kitaran haid anda untuk mudah mengira waktu subur. Tandakan pada kalendar atau rekod menggunakan aplikasi telefon yang ada.
5 Tips Cara Kira Waktu Subur Wanita
- Ambil tahu kitaran haid anda
Dengan mengetahui tempoh haid bermula dan berakhir, ia boleh membantu anda mengetahui cara kira waktu subur atau ovulasi.
Walaupun kitaran haid adalah berbeza untuk setiap wanita, tapi bagi wanita yang mempunyai kitaran haid teratur, ovulasi selalunya berlaku sekitar hari ke-10 hingga 16 sebelum haid anda yang seterusnya.
- Lihat tanda-tanda spotting
Semakin hampir dengan waktu subur anda, akan kelihatan tompokan kecil berwarna pink atau coklat kira-kira seminggu selepas haid.
Hormon yang membuatkan tubuh anda melalui ovulasi atau subur inilah yang menyebabkan kehadiran tompok-tompok coklat ini.
Walau bagaimana pun, bukan semua wanita mengalami tanda ini, namun jika anda melihat tompokan keluar pada faraj, bermakna jendela subur anda sedang terbuka.
- Dapatkan bantuan daripada kalkulator ovulasi
Cara kira tempoh ovulasi yang paling mudah adalah dengan menggunakan kalkulator atau pengiraan ovulasi.
Bagi mengira tempoh ovulasi anda, hanya masukkan hari pertama haid bagi kitaran terdahulu dan purata tempoh kitaran haid anda sebelum ini.
Kini terdapat banyak aplikasi percuma yang anda boleh install pada handphone anda. Mudah dan senang!
- Melakukan pemeriksaan serviks
Semakin dekat dengan waktu subur, serviks anda akan rasa sedikit berbeza dari hari ke hari.
Serviks akan menjadi lembut, tinggi, terbuka dan basah.
Anda boleh memeriksanya dengan cara memasukkan jari tengah ke dalam faraj.
Pastikan jari anda bersih sebelum melakukannya. Jika kerap melakukan pemeriksaan serviks, anda akan tahu perbezaannya ketika waktu subur.
- Periksa mukus serviks
Mukus serviks akan berubah jernih, meregang dan licin jika anda dalam fasa subur. Ia kelihatan seperti bentuk putih telur mentah.
Ketika ini, peluang untuk anda hamil adalah tinggi.
Perhatikan mukus serviks anda semasa haid dan kenal pasti kerana ia membantu untuk mengetahui bila waktu subur terbaik.
Kesimpulannya, kesihatan ovari perlu dijaga jika anda sedang merancang untuk mendapatkan cahaya mata.
Selain mengetahui waktu subur dengan menggunakan period tracker, tak lupa juga untuk mencuba memeriksa keadaan serviks.
Jika kitaran haid anda masih tidak teratur, jom try jamu dari Jamu Mak Dara.
Jom baca lebih lanjut!
Tingkatkan Waktu Subur Dengan Jamu Mak Dara Asli Kapsul
Hasil penyelidikan saintifik selama bertahun-tahun, Jamu Mak Dara mengeluarkan Jamu Mak Dara Asli Kapsul yang membantu menyeimbangkan hormon wanita dan menyelaraskan mengikut keperluan sistem tubuh.
Jamu Mak Dara Asli Kapsul ini sesuai dijadikan makanan tambahan, lebih-lebih lagi jika anda sedang usaha dan ikhtiar untuk menimang cahaya mata.
Mereka yang juga mahu menjaga kesihatan dalaman juga dialu-alukan menggunakan Jamu Mak Dara Asli Kapsul ini.
Kenapa anda patut cuba? Jom tengok apa kandungan dalam Jamu Mak Dara Asli Kapsul ni:
- Cabai Jawa
- Manjakani
- Helicteres Isora
- Hippocratea Indica
- Biji Ketumbar
Bahan-bahan di atas ini adalah herba yang sering digunakan oleh orang tua dahulu sebagai jamu tradisional untuk kecantikan dalaman wanita.
Ia juga diamalkan untuk membantu masalah-masalah yang sering dihadapi oleh wanita seperti kitaran haid atau hormon tidak teratur, kemaluan berbau, keputihan dan masalah bau badan.
Tanpa bahan-bahan kimia yang berbahaya dan tiruan, anda patut cuba Jamu Mak Dara Asli Kapsul dan rasai keberkesanannya membantu dalam menangani masalah wanita anda dari dalam seterusnya menyerlahkan kecantikan anda.
Ia juga adalah produk yang telah berada 19 tahun di pasaran serta diyakini halal dengan lulusan KKM (MAL10100209TC).