Cara Mengecilkan Pinggul Dengan Selamat
- admin
- Posted on
- 0 comments
Anda mesti tengah tercari-cari cara mengecilkan pinggul, kan? Jika ya, jangan risau, you’re not alone.
Walau bukan mudah untuk membuang lemak di pinggul supaya pinggul lebih kecil, sebenarnya ada banyak cara yang membantu anda untuk capai impian ini.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan beberapa cara mengecilkan pinggul yang terbaik untuk anda.
Cara Kecilkan Pinggul
1. Diet seimbang
Diet yang seimbang memainkan peranan penting dalam menghilangkan lemak di sekitar pinggul.
Ada saja individu mencuba pelbagai jenis diet untuk kurangkan lemak. Beberapa contoh diet adalah seperti:
- Pengambilan kurang karbohidrat
- Ketogenic
- Paleo
- Pengehadan pengambilan kalori
Pengkaji dari International Society of Sports Nutrition menyatakan bahawa hampir ke semua jenis diet memberikan kesan yang sama.
Apa pun, setiap jenis diet mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri, sebelum mengubah pola diet, anda perlu mendapatkan nasihat doktor.
Lagipun terdapat kekurangan data berkaitan dengan diet sebegini mempunyai kesan terhadap wanita dewasa.
Jadi, amat penting untuk ada follow sahaja pemakanan yang sihat untuk mengawal berat badan, seperti:
- Makan sayur-sayuran
- Kurangkan gula, termasuk minuman manis
- Kurangkan makanan proses
- Kawal portion setiap kali makan
2. Banyak minum air putih
Untuk membuang lemak di bahagian pinggul, jangan lupa untuk minum air putih secukupnya.
Dengan minum air putih secukupnya, ini adalah cara terbaik untuk membuang toksin di dalam badan, sekaligus meningkatkan metabolisme anda.
Minum sekurang-kurangnya 3 liter air putih sehari untuk menampakkan kesan.
3. Brisk walking
Brisk walking atau bahasa mudah, berjalan, boleh mengurangkan lemak pinggul.
Berjalan merupakan senaman impak rendah yang tidak memberi tekanan kepada sendi dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja.
Berjalan boleh membantu anda hilangkan kalori dan lemak di sekitar badan, terutamanya di bahagian pinggul.
4. Pakai bengkung
Dari ke semua cara kecilkan pinggul, bengkung boleh memberikan effect pinggul kecil dalam masa yang singkat.
Bengkung boleh memberikan ilusi sosok lebih langsing dalam masa yang singkat selepas memakainya.
Baca juga; Cara Ketatkan Miss V Untuk Hubungan Intim Lebih NGAM
Workout Kecilkan Pinggul
Selain daripada mengawal pola pemakanan dan minum air putih secukupnya, untuk mengecilkan pinggul dengan cepat, lakukan workout di bawah:
1. Jumping squat
Dalam pelbagai jenis senaman squat, jumping squat merupakan workout yang paling popular bagi kategori ini.
Jumping squat bukan saja menguatkan otot betis, tapi juga membantu membina otot, menghilangkan berat badan dan mengecilkan pinggul.
Untuk melakukan jumping squats, anda perlu:
- Posisikan kaki anda selebar bahu anda dalam keadaan separuh squat.
- Lunjurkan punggung ke belakang dan belakang anda dalam keadaan menegak.
- Dalam posisi itu, lompat sedikit dan kembali kepada posisi itu tadi.
- Ulang.
2. Lunges
Dalam workout ini, anda perlu melangkah satu kaki ke depan dan satu lagi melutut.
Workout ini bagus untuk membina otot di sekitar pinggul dan juga peha.
Step senaman ini dilakukan dengan:
- Berdiri dengan keadaan kaki selebar bahu dan letakkan kedua belah tangan di sisi pinggul anda.
- Langkahkan satu kaki ke depan beberapa kaki atau 0.5 meter dan pada masa yang sama, jatuhkan lutut perlahan-lahan.
- Pastikan lutut dijatuhkan sehinggakan peha anda hampir selari dengan lantai dan pastikan kaki ini dalam keadaan lurus.
- Dengan menggunakan peha bahagian depan, tolak badan anda ke belakang seperti permulaan. Lakukan gerakan yang sama pada kaki yang lain dan ulang.
3. Side-Lying Hip Raises
Workout jenis ini secara khususnya membantu untuk ‘tone up’ otot di bahagian depan peha dan juga pinggul.
- Berada dalam keadaan mengiring dengan kedua-dua belah kaki anda bertindih.
- Letakkan kepala anda di lengan anda seperti di dalam gambar dan letakkan lengan satu lagi di pinggul.
- Naikkan kaki di bahagian atas dan turunkan kembali seperti semasa posisi permulaan.
- Ulang langkah ini pada sisi yang lain.
Penutup
Banyak sebenarnya cara untuk mengecilkan pinggul, antaranya mengawal pola pemakanan, minum air putih secukupnya, pakai bengkung dan workout.
Walaupun kedengaran mustahil untuk menghilangkan lemak, lebih-lebih lagi di bahagian spesifik seperti di pinggul, anda sebenarnya boleh sesuaikan workout yang spesifik untuk bahagian pinggul.
Contohnya seperti jenis-jenis workout di atas.
Saranan untuk mendapatkan kesan yang terbaik, apa kata anda combo kan dengan bengkung dari Jamu Mak Dara?
Bukan satu, ada dua jenis bengkung yang anda boleh pilih ikut citarasa anda.
- Bengkung Mak Dara Strap – Strap Slimming Belt
Bengkung jenis ini dibuat dari kain belacu dengan lebar sekitar 15 meter.
Berbanding bengkung tradisional, bengkung ini mudah dipakai kerana dilengkapi Strap Velcro, sangat sesuai untuk wanita bekerjaya.
Bukan sahaja boleh nampakkan pinggul lebih kecil, perut pun boleh tau!
Bengkung Mak Dara Strap meliputi kawasan bawah payudara hingga bawah punggung, mudah je kalau nak nampak langsing.
- Bengkung Mak Dara Zip – Zip Slimming Belt
Berbanding strap, Bengkung Mak Dara Zip ni sarung dan zip saja, kurang 1 minit anda boleh dapatkan bentuk badan hourglass.
Dah la sekejap je nak pakai bengkung ni, pinggul pun nampak kecil dan langsing!
Nak lagi berkesan, combo-kan bengkung Jamu Mak Dara dengan Losyen Susut Mak Dara. Kehangatan losyen ini membantu mempercepatkan pembakaran lemak.
Layari website Jamu Mak Dara untuk dapatkan kedua-dua item ni.