Cara Ketatkan Miss V Untuk Hubungan Intim Lebih NGAM

cara ketatkan miss V

Setelah beberapa abad, topik mengenai kesihatan seksual wanita dihalang dan dianggap sebagai taboo untuk di cakap di khalayak ramai.

Salah satunya mengenai cara ketatkan Miss V ketika itu oleh kerana wanita dianggap perlu menjaga percakapan dan tidak menyentuh hal-hal di dalam kain atau rumah tangga.

Tetapi, dilihat semakin ramai terbuka untuk berbincang mengenai topik intim sebegini, termasuk kesihatan Miss V atas sebab untuk memelihara kecantikan dalaman.

Dalam kebanyakan topik yang dibincangkan, cara ketatkan Miss V adalah topik utama yang dibincangkan.

Walaupun begitu, ia masih samar-samar lagi mengenai cara yang betul untuk mendapatkan Miss V yang ‘ketat’.

Artikel ini akan berkongsi informasi mengenai punca Miss V longgar dan cara betul untuk mengetatkan Miss V.

Punca Miss V Longgar

Kalau anda nak tahu, mitos faraj ‘ketat’ atau ‘longgar’ itu adalah rekaan semata-mata. Tiada istilah sebegitu, cuma keupayaan Miss V untuk meregang dan merapat semakin menurun.

Keadaan sebegini dipengaruhi oleh dua faktor, seperti:

1. Faktor Usia

cara ketatkan miss v

Sebaik sahaja menjejaki usia 40-an, mungkin ada antara anda perasan perubahan berlaku pada Miss V anda.

Keadaan ini terjadi akibat penurunan kadar hormon estrogen dalam badan semasa anda menghampiri fasa menopause.

Disebabkan oleh kekurangan hormon estrogen, anda akan mengalami dan berasa Miss V anda:

  • Semakin kering
  • Semakin menipis
  • Kurang asidik
  • Kurang elastik
  • Kurang fleksibel

2. Kelahiran bayi

kelahiran bayi

Faktor kelahiran bayi juga mempengaruhi keadaan Miss V anda.

Semasa melahirkan bayi, Miss V anda akan meregang semaksimum yang boleh supaya bayi selamat keluar dari Miss V si ibu.

Sebab itu, anda akan perasan Miss V anda sedikit longgar berbanding sebelum melahirkan anak.

Ini boleh dikatakan keadaan normal yang dialami si ibu dan ia akan kembali rapat selepas sesuatu tempoh yang pendek.

Walaupun begitu, ia tidak akan serapat atau seketat sebelum melahirkan anak.

 Baca juga: Cara Besarkan Payudara Tanpa Surgery

Cara Ketatkan Miss V

Kebanyakan hubungan intim terganggu dan kurang akibat masalah ini.

Hubungan intim semakin suam dan kemungkinan suami menolak pelawaan untuk melakukan hubungan seks. Mesti anda rasa kecewa, kan?

Jadi, jom kami kongsikan tips ketatkan Miss V.

1. Senaman Kegel

cara ketatkan miss v

Senaman kegel merupakan satu senaman yang boleh membantu mengetatkan Miss V.

Langkah melakukan senaman ini adalah seperti berikut:

  • Kemut otot faraj dan otot pelvis dalam keadaan paha dan kaki dirapatkan perlahan-lahan sebanyak 20 kali. Boleh dilakukan sewaktu berdiri, duduk atau baring.
  • Tahan nafas selama 5 saat semasa melakukan kemutan tersebut. Hembus nafas perlahan-lahan serentak semasa anda melepaskan kemutan.
  • Lakukan kawalan pernafasan di atas 4 hingga 5 kali.
  • Lakukan senaman kegel minimum 1 kali sehari untuk mendapatkan kesan yang maksimum.

2. Yoga

cara ketatkan miss v

Yoga, bukan sahaja bagus untuk keseluruhan kesihatan wanita, tetapi juga bagus untuk mengetatkan Miss V!

Amalkan posisi yoga seperti Child’s Pose dan Bridge Pose.

3. Bebola Ben-Wa

Bebola Ben-Wa merupakan satu alat yang boleh dimasukkan ke dalam Miss V sebagai salah satu cara mengetatkan faraj.

Cara menggunakannya pun sangat mudah.

Masukkan bebola ini ke dalam faraj dan kemut dengan menggunakan otot pelvis supaya bebola ini kekal di dalam faraj.

Lakukan ini setiap hari. Untuk menampakkan kesannya mungkin agak lama, tetapi ia akan mengetatkan faraj anda dari semasa ke semasa.

4. Kon Faraj

Seperti bebola Ben-Wa, kon faraj juga adalah salah satu alat untuk mengetatkan Miss V.

Ia boleh didapati dalam pelbagai saiz dan bentuk mengikut keperluan penggunanya.

Masukkan kon faraj ini ke dalam Miss V. Kemudian, kemutkan ia selama 15 minit setiap hari.

Nampak senang, kan? Tetapi cara ini perlukan anda lakukan setiap hari untuk menampakkan kesan.

5. Jamu Mak Dara Asli Kapsul

Asli Kapsul dari Jamu Mak Dara sangat berkesan dalam merawat otot faraj supaya menjadi lebih anjal dan ketat.

Ia diformulasikan dengan 5 bahan utama jamu seperti Manjakani, Cabai Jawa, Helicteres Isora, Hippocratea Indica dan Biji Ketumbar.

Selain daripada membantu mengetatkan Miss V, ia juga boleh membantu:

  • Menyuburkan rahim
  • Mengatasi masalah keputihan
  • Merapatkan faraj
  • Menambah nafsu syahwat
  • Memberi tenaga
  • Membuang toksin dalam badan
  • Memperbaiki sistem kitaran haid
  • Membakar lemak berlebihan
  • Membuang angin
  • Mengurangkan masalah bau badan
  • Mengatasi masalah kemaluan berbau
  • Mengurangkan sakit pinggang
  • Menyeimbangkan hormon
  • Menegangkan & menganjalkan payudara
  • Ikhtiar untuk mengandung
  • Menambahkan susu badan bagi ibu-ibu menyusu
  • Mengurangkan masalah lemah tubuh badan terutamanya bagi ibu-ibu selepas bersalin.
  • Untuk ibu-ibu berpantang

Cara mengamalkannya pun amat mudah; dua kapsul sebelum sarapan dan 2 kapsul sebelum makan malam.

Dengan harga RM59.00, anda sudah boleh skip ribuan ringgit untuk mencantikkan dalaman dan luaran anda.

Kesimpulannya, mengambil langkah proaktif untuk mengetatkan Miss V impak yang mendalam dalam kesihatan seksual dan hubungan intim anda.

Diharapkan dengan cara-cara yang dikongsikan sebentar tadi amat berguna bagi anda yang sedang mengalami masalah Miss V.

Buat yang ingin membeli Jamu Mak Dara Asli Kapsul, boleh dapatkan di link di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.

Top Img back to top