Pinggang Langsing Di Pagi Raya Dengan Bengkung JMD

bengkung untuk pinggang langsing

“Alamak, tinggal seminggu sahaja lagi nak raya – sempat ke nak diet?” Tak perlu susah-susah nak diet, bengkung kan ada!

Berbengkung bukan sahaja terhad digunakan semasa dalam pantang. Namun boleh dipakai sebagai pakaian harian kerana ianya dapat menunjukkan effect ramping pada tubuh. 

Terutama untuk ibu yang baru sahaja melahirkan, sudah tentu anda risau bukan jika tidak dapat bentuk badan yang ramping dengan segera. Berbengkunglah! Ia adalah cara pantas untuk anda kelihatan kurus.

Banyak kebaikan yang boleh anda rasakan dengan pemakaian bengkung ini. 

Kini, pelbagai jenis dan material bengkung yang berlambak di pasaran. Tinggal hanya anda perlu bijak memilih bengkung mana yang sesuai untuk dipakai.

Jadi, jom tengok apa kebaikan memakai bengkung.

Kebaikan Memakai Bengkung

Selain dapat mencantikkan bentuk badan, terdapat juga beberapa kelebihan pemakaian bengkung antaranya adalah:

  • Elak perut masuk angin

Bagi ibu yang baru lepas bersalin, bengkung seharusnya menjadi pakaian yang wajib dipakai.

Bila bengkung dipakai dengan kemas dan sempurna, ia akan dapat membantu pengaliran angin dengan lancar dari badan ibu yang berpantang.

Sewaktu mengandung selama 9 bulan, badan kita akan mengalami penambahan berat badan secara mendadak.

  • Kempiskan perut

Bengkung bukan sahaja dapat mengelakkan masalah angin dalam badan malah ia juga dapat membantu mengempiskan perut dengan lebih cepat.

Dengan pemakaian yang konsisten ia akan dapat mengembalikan bentuk badan yang ramping dengan segera.

  • Tegangkan kulit menggeleber

Masalah otot-otot yang tegang selepas bersalin sememangnya perkara biasa bagi wanita selepas bersalin.

Janin yang membesar dalam perut menyebabkan otot pada bahagian tersebut tertarik dan apabila bersalin sudah pasti kelihatan kulit di situ agak menggelebeh.

Pemakaian bengkung yang konsisten akan membantu menguatkan kembali otot-otot yang tegang dan kelihatan menggeleber.

  • Sokongan tulang belakang

Kelebihan memakai bengkung yang seterusnya adalah untuk menyokong tulang belakang terutamanya kepada sesiapa yang mengalami masalah sakit belakang.

Selain itu, bengkung menyokong dan menguatkan otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.

  • Halang peranakan ‘turun’

Peranakan atau rahim iaitu tempat janin membesar terletak di dalam pelvis dan disokong oleh otot jaringan dan ligamen.

Proses melahirkan anak boleh menyebabkan otot dan ligamen yang menyokong rahim menjadi lemah dan menyebabkan ia jatuh.

Dengan pemakaian bengkung, ia mampu menguatkan kembali otot di bahagian rahim bagi mengelakkan masalah peranakan turun.

5 Teknik Kenal Pasti Bengkung Yang Sesuai

Ramai yang dalam dilema dalam pemilihan bengkung yang terbaik dan selesa untuk dipakai. Lambakan pelbagai jenis bengkung cukup membuatkan wanita rambang mata.

Dalam memilih bengkung, terdapat beberapa aspek yang perlu dititikberatkan bagi memilih bengkung sama ada dipakai sewaktu dalam berpantang atau sebagai alas pakaian di hari biasa.

Ciri-ciri yang terbaik perlu ada pada bengkung adalah:

  • Pemakaian praktikal

Amat penting untuk memilih bengkung yang memudahkan pergerakan si pemakai terutamanya kepada ibu yang baru lepas bersalin. 

Rutin harian menjaga si kecil saban hari pastinya memerlukan pakaian yang selesa dipakai.

Pastikan pilih bengkung yang mempunyai cara pemakaian yang praktikal. 

Kebiasaannya bengkung jenis ikat memerlukan seorang pembantu untuk membolehkan kita memakainya dengan sempurna.

Bengkung moden pula biasanya hanya disarung dan mempunyai strap lebih mudah untuk dipakai. 

  • Material selesa

Memandangkan bengkung perlu dipakai sepanjang siang hari, pastikan bengkung yang dipilih diperbuat daripada material yang selesa dan menyerap peluh. 

Adalah penting juga untuk memilih bengkung yang tidak menyebabkan melecet dan kegatalan pada kulit.

Jangan pula pakai bengkung 24 jam. Berikan rehat pada bahagian perut. 

Jangan pakai pada waktu malam. Untuk mendapatkan rehat yang cukup, badan perlu berada dalam keadaan yang selesa.

  • Saiz yang sesuai

Setiap wanita dikurniakan dengan bentuk badan yang berbeza. Oleh itu, memilih bengkung yang selesa dan sesuai bukanlah perkara yang mudah. 

Jika terlalu ketat, tidak selesa dan sukar untuk bernafas pula. 

Jika terlalu longgar, tiada guna memakainya kerana tidak berkesan dan terlalu nampak gumpalan di bawah pakaian.

Harus diingat ketika memilih saiz bengkung, jangan beli mengikut saiz seluar, tetapi ukur lilit perut bagi pemakaian yang berkesan. 

 Anda juga digalakkan untuk membeli bengkung yang sedikit kecil jika saiz badan sudah berkurangan. 

  • Berkualiti

Aspek kualiti dan keberkesanan bengkung adalah yang paling penting supaya kesan dapat dirasai oleh si pemakai. 

Biasanya, ada yang didatangkan bersama set bersalin dan ada juga yang dijual berasingan.

Boleh lakukan sedikit carian di internet untuk mendapat cadangan jenama yang mempunyai testimoni yang baik atau saranan daripada kawan-kawan bagi mendapatkan bengkung terbaik.

  • Bengkung ikut keperluan

Tidak semua pemakaian bengkung sesuai dipakai setiap masa. 

Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan caesar, pastikan anda mengikut saranan daripada doktor. 

Sekurang-kurangnya, tunggulah luka jahitan kering barulah anda mengenakan bengkung.

Bengkung yang disarankan adalah jenis lembut dan mudah untuk dilaraskan saiznya. 

Pastikan ia tidak dipakai terlampau ketat, cukup sekadar memakainya dengan biasa-biasa sahaja. Hal ini untuk mengelakkan daripada jahitan anda terbuka.

Bengkung Jamu Mak Dara Untuk Nampak Langsing Di Pagi Raya

bengkung untuk pinggang langsing 

Bengkung keluaran Jamu Mak Dara mungkin sesuai dan selesa untuk anda!

Rekaan bengkung yang dimodenkan dalam bentuk strap amat mudah untuk dipakai dan ditanggalkan. Pemakaiannya sangat kemas dan tidak melurut atau bergumpal ketika dipakai.

Bagi anda yang sukakan rekaan bengkung tradisional namun mencari yang praktikal untuk dipakai, ini mungkin sesuai untuk citarasa anda. 

Diinovasikan dengan jahitan zip di tepi untuk memudahkan si pemakai. 

Anda tidak perlukan pembantu untuk memakai bengkung ini, cukup kemaskan tali dan gunakan zip semasa pakai dan tanggalkan bengkung.

Sudah pasti pemakaian bengkung yang optimum sebegini akan memberi kesan dengan lebih cepat.

Bengkung Mak Dara diperbuat dari kain belacu yang sesuai untuk digunakan sebagai bengkung kerana kainnya yang lebih tahan lasak dan selesa.

Bengkung Jamu Mak Dara sangat efektif untuk mengembalikan bentuk tubuh ibu-ibu selepas melahirkan anak atau wanita yang menginginkan bentuk badan yang cantik melalui penggunaan yang konsisten.

Cara Penggunaan

  1. Letakkan bengkung pada badan dari paras bawah buah dada ke paras lutut.
  2. Balutkan bengkung pada badan dengan kemas dan lekatkan velcro mudah sahaja.

*Adalah dinasihatkan untuk menyapu Losyen Susut terlebih dahulu sebelum mengenakan bengkung. Ini kerana kehangatan losyen dan ikatan kemas bengkung dapat merapatkan tulang pinggul dan punggung serta mengempiskan bahagian perut.

Kebaikan Bengkung

  1. Kebaikan bengkung adalah merapatkan kembali tulang pinggul dan punggung ibu-ibu yang baru melahirkan bayi.
  2. Penggunaan bengkung juga dapat mengempiskan bahagian perut dan menaikkan bahagian dada. Selain itu,  ia juga dapat mengembalikan bentuk tubuh kepada asal dengan penggunaan yang kerap dan betul.

Bengkung berzip/ Strap ini direka khas buat semua wanita yg inginkan bentuk badan yang menarik dan khususnya untuk ibu yang berpantang.

Kelebihan bengkung berzip/Strap Jamu Mak Dara adalah ia memudahkan ibu berpantang ke tandas. Ia hanya mengambil kurang dari 1 minit untuk membuka dan juga memakainya semula!

Ternyata pemakaian bengkung adalah salah satu alternatif untuk anda mendapatkan kembali bentuk badan asal seperti anak dara dengan cepat. 

Namun, kawal pemakanan dan senaman juga penting ya!

Tekanan yang diberikan pada bahagian perut, pinggul dan paha dapat membantu menguatkan rahim, otot serta mengurangkan ruang mengumpul lemak. 

Perut anda akan kelihatan kempis dan tidak menggeleber.

Rutin memakai bengkung semasa berpantang juga dapat memberi kesan baik lain pada kesihatan seperti memberi sokongan kepada tulang belakang yang mengalami tekanan semasa mengandung.

Buatlah pilihan yang segera. Jangan bertangguh kerana hari raya bakal menjelang tiba.

Langsing dan ramping dengan Bengkung Jamu Mak Dara! Dapatkan segera!

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.

Top Img back to top