Slimming Lotion: Dapatkan Bentuk Badan Idaman Anda!

slimming lotion

Amalan gaya hidup sihat adalah amat digalakkan, lebih-lebih lagi buat mereka yang inginkan bentuk badan idaman. 

Selain itu, anda juga boleh gunakan slimming lotion; Losyen Susut Mak Dara daripada Jamu Mak Dara.

Mungkin ada antara anda yang menganggap penjagaan badan adalah perkara mudah.

Tapi, tahukah anda bahawa ia amat penting dan boleh menjadi petanda awal bahawa badan anda memerlukan “bantuan”. 

Sebagai contoh, berat badan yang berlebihan boleh menyebabkan terjadinya selulit pada bahagian bawah badan seperti pinggul, perut, peha, lengan dan lain-lain. 

Buat mereka yang bergelar isteri, sudah pasti anda inginkan bentuk badan yang menawan untuk menjaga hubungan bersama suami.

Selain itu, penjagaan tubuh badan juga boleh menaikkan tahap keyakinan seseorang. 

Jika anda seorang fashionista, sudah pasti anda ingin tampil fresh dan bold

Maka, kami akan kongsikan info penting mengenai kepentingan menjaga tubuh badan dan penggunaan Losyen Susut Mak Dara- Slimming lotion bagi mendapatkan hasil yang lebih optimum. 

Teruskan membaca. 

Jenis Bentuk Badan Dan Risiko

Tidak dinafikan bahawa setiap manusia mempunyai bentuk badan yang berbeza.
Ia dipengaruhi oleh faktor jantina, umur, genetik, dan juga amalan seharian. 

Ada antara kita yang hanya makan sedikit tapi berat badannya mudah naik. 

Dan, ada juga sesetengah individu yang makan dalam kuantiti yang banyak, tapi berat badannya pada tahap normal atau tidak bertambah.

Sebab itu, anda tidak digalakkan untuk mengikuti amalan seharian individu lain jika berat badan anda mudah bertambah. 

Maka, anda perlu mengurangkan makanan manis dan berminyak.

Meskipun begitu, ini tidak bermakna hanya individu daripada golongan ini yang akan menghadapi masalah kesihatan. 

Di bawah ini kami sertakan 5 jenis bentuk badan dan juga risikonya: 

  • Bentuk badan: ruler 

Kebiasaannya, individu yang berbentuk badan jenis ini mempunyai ukuran yang sama pada bahagian dada dan pinggang.

Bentuk badan ‘ruler’ cenderung untuk mempunyai BMI yang rendah yang dikaitkan dengan risiko untuk mendapatkan masalah ketidaksuburan. 

Masalah ketidaksuburan ini akan mengganggu kedatangan haid, kesukaran menaikkan berat badan dan juga masalah kehamilan.

  • Bentuk badan: inverted triangle 

Jenis ini merujuk kepada jenis badan yang selalu terdapat di badan atlet sukan. 

Badan mereka cenderung mempunyai bahu lebar atau dada besar.

Manakala, pada bahagian pinggang atau pinggulnya pula cenderung untuk kelihatan lebih kecil. 

Nisbah ketinggian kepada berat mereka adalah sangat seimbang yang membuatkan mereka kelihatan ‘muscular’ dan cergas.

Tetapi, jika golongan saiz badan ini tidak menjaga diet pemakanan, mereka mudah untuk mendapatkan penyakit jantung dan osteoporosis.

  • Bentuk badan: hourglass

Bentuk badan ini seringkali ditafsirkan sebagai tubuh idaman para wanita. 

Ukuran pinggang yang kecil dan anggota berlemak (sama ada pada bahagian atas badan atau bawah) yang seimbang. 

Selain itu, individu ini perlu perbanyakkan makanan berserat dan rendah lemak bagi memastikan kesihatan tubuh badan yang berpanjangan. 

Individu yang mempunyai bentuk badan seperti ini sukar untuk menentukan beratnya normal atau tidak. 

Jadi, anda perlu kerap menimbang berat agar langkah penjagaan awal boleh diambil dengan segera. 

  • Bentuk badan: buah pear 

Bentuk badan ini mempunyai ukuran pinggang dan pinggul yang lebih besar berbanding dada. 

Jadi, mereka yang berbentuk badan ini perlu melakukan senaman dan mengamalkan permakanan yang sihat untuk memastikan kesihatan anda sentiasa terjaga. 

  • Bentuk badan: buah epal

Individu yang berbentuk badan seperti buah epal ini bermakna ukuran yang besar pada bahagian abdomen dan pinggang. 

Selain itu, individu yang mempunyai bentuk badan ini mempunyai risiko kesihatan seperti kardiovaskular, diabetes, dan juga kanser. 

Jadi, mereka perlu segera menurunkan berat dengan melakukan senaman yang bersesuaian dan betul untuk memastikan tahap kesihatan mereka sentiasa terjaga. 

Senaman Yang Sesuai Dilakukan 

Buat anda yang ingin menjaga berat badan dan mendapatkan bentuk badan yang bersesuaian, kami akan sertakan 4 senaman yang mudah. 

Sebelum anda lakukan senaman ini, anda juga boleh memakai Losyen Susut Mak Dara untuk membantu proses pembakaran lemak badan serta memberikan kelegaan otot selepas bersenam.

Berikut adalah 4 senaman yang anda boleh lakukan: 

  • Lakukan senaman regangan 

bersenam untuk kuruskan badan

Sekalipun jika anda seorang individu yang tidak aktif, jangan jadikan itu sebagai alasan untuk anda bermalasan. 

Anda masih perlu lakukan senaman ringan seperti regangan selama 1 jam untuk memastikan otot dan sendi aktif. 

  • Lakukan senaman lompat tinggi

skipping kurus badan

Jika anda masih ingat, senaman lompat tinggi merupakan antara yang paling popular pada musim PKP. 

Senaman ini bukan sahaja bantu untuk “melonggarkan” otot dan sendi, malah ia juga meningkatkan stamina anda. 

  • Berjalan

bersenam untuk kuruskan badan

Anda tidak semestinya perlu lakukan senaman ini di taman perumahan atau tasik. Anda juga boleh berjalan ketika melakukan window shopping

Lebih-lebih pada musim Aidilfitri ini, kita sanggup berjalan jauh untuk mencari sepasang baju baharu. 

Jadikan amalan berjalan ini sebagai hobi baru sebagai langkah untuk menjaga kesihatan tubuh badan. 

  • Zumba 

Selain daripada senaman yang dinyatakan, anda juga boleh lakukan zumba bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. 

Jika anda gemar lakukan senaman di kawasan tasik atau taman perumahan, anda akan dapati terdapat sekumpulan individu berzumba. 

Bagusnya berzumba ini, ia bantu untuk meregangkan otot dan sendi tubuh walaupun senamannya ringkas sahaja. 

Dapatkan Slimming Lotion; Losyen Susut Mak Dara Dari Jamu Mak Dara? 

slimming lotion

Seperti yang dinyatakan di atas, Losyen Susut Mak Dara bantu untuk berikan kelegaan dan keselesaan kepada badan. 

Namun, itu tidak semestinya anda perlu menggunakannya ketika bersenam. Jika anda mengalami situasi seperti di bawah, anda boleh gunakan Losyen Susut Mak Dara: 

  • Rasa sengal di otot dan sendi
  • Mempunyai selulit pada badan
  • Mengalami angin dalam badan
  • Ingin mengurangkan bahagian berlemak pada badan.

Dengan kuantiti yang mencukupi, anda boleh mengurut bahagian tertentu sehingga rata dengan satu lapisan Losyen Susut Mak Dara. Dengan teknik ini, peredaran darah dalam tubuh akan menjadi lancar bagi mengelakkan sebarang kekejangan. 

Selain itu, ia juga membantu untuk memastikan kelembapan pada tubuh badan berkekalan untuk jangka masa tertentu. 

Yang paling penting, produk ini selamat digunakan dan sesuai untuk lelaki dan perempuan. 

Jika anda berminat dengan Losyen Susut Mak Dara, anda boleh dapatkannya dengan menekan pautan biru di bawah ini! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.

Top Img back to top