5 Jenis Vitamin Untuk Kulit Cantik Dan Manfaatnya

vitamin untuk kulit cantik

Carian mengenai vitamin untuk kulit cantik semakin meningkat di laman Internet.

Tambahan pula, dengan adanya aplikasi seperti TikTok amat menggalakkan orang ramai untuk menjaga penampilan diri.

Selain daripada penjagaan penampilan diri, pengambilan vitamin ini juga membantu untuk meningkatkan tahap kesihatan bagi seseorang individu.

Hal ini kerana setiap individu mempunyai keperluan suplemen tambahan yang berbeza.

Sebagai contoh, individu yang inginkan kulit cerah dan sekata perlu mengamalkan suplemen vitamin C.

Namun begitu, anda tidak digalakkan untuk mengamalkan suplemen tambahan tanpa rujukan daripada doktor.

Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada kesan pengambilan vitamin secara berlebihan.

Sekiranya perkara ini terjadi, tahap kesihatan seseorang individu akan terjejas.

Disebabkan itu, terdapat beberapa perkara penting yang akan dikongsi dalam artikel ini. Antaranya ialah kepentingan pengambilan vitamin, jenis vitamin serta manfaatnya.

Teruskan membaca untuk info lebih lanjut.

Tanda-tanda Badan Perlukan Vitamin

Walaupun vitamin boleh diperoleh daripada amalan pemakanan yang sihat seperti memakan sayur-sayuran dan buah-buahan, namun ia bergantung pada cara penyediaan.

Sebagai contoh, masakan di Malaysia tidak asing daripada penggunaan santan dan minyak masak.

Jadi, apabila kita memasak menggunakan bahan-bahan masakan ini, kita digalakkan untuk mengikut sukatan yang sewajarnya.

Ini bertujuan untuk mengelakkan tubuh badan daripada dijangkiti penyakit berisiko seperti masalah jantung.

Tetapi, apakah tanda-tanda bahawa tubuh badan manusia memerlukan vitamin?

Berikut merupakan tanda-tanda tubuh badan manusia mengalami kekurangan vitamin:

1. Bibir anda mengelupas

vitamin untuk kulit cantik

Lazimnya, kita menyangka bibir mengelupas akibat daripada cuaca panas dan kekurangan air dalam badan.

Tetapi, faktor lain terjadinya bibir mengelupas adalah disebabkan tubuh badan kita kekurangan vitamin B, zat besi, dan juga zinc.

Buat pengetahuan anda, keperluan mineral dan vitamin ini boleh didapati dalam sayur-sayuran (bayam dan tomato) dan makanan sumber protein (telur dan makanan laut).

Untuk mengatasi masalah bibir mengelupas, anda turut digalakkan untuk mengamalkan pemakanan vitamin C.

Hal ini kerana vitamin C berfungsi untuk menyerap nutrisi zat besi yang ada pada makanan.

2. Luka lambat sembuh

Jika anda mengalami luka-luka yang mengambil masa lama untuk sembuh, ini menunjukkan tubuh badan kekurangan vitamin seperti A, D, E, K, dan B7.

Luka-luka ini bukan sahaja terjadi akibat daripada aktiviti lasak.

Masalah seperti kulit kering dan ruam pada anggota badan akan menyebabkan anda garu pada kawasan terlibat.

3. Keguguran rambut

keguguran rambut

Masalah keguguran rambut sering dikaitkan dengan faktor genetik dan ketidakstabilan hormon.

Sebagai contoh, ia terjadi dalam kalangan wanita yang sedang hamil, menopause, dan setelah melahirkan anak.

Namun, punca lain terjadinya masalah ini adalah kerana kekurangan nutrisi seperti zat besi, vitamin D, B12, dan juga asid folik.

5 Jenis Vitamin Untuk Kulit Cantik

a) Vitamin C

vitamin untuk kulit cantik

Ramai orang mengetahui bahawa salah satu fungsi utama vitamin C adalah untuk mencerahkan kulit wajah.

Sebenarnya, vitamin ini mengandungi antioksidan yang tinggi dan menghasilkan kolagen untuk meningkatkan kesihatan wajah.

Buat pengetahuan anda, penghasilan kolagen dalam tubuh akan berkurangan apabila umur seseorang individu semakin bertambah.

Disebabkan itu, bagi individu yang ingin tampak awet muda, mereka akan mengamalkan vitamin C.

Ia bantu untuk menghilangkan garis-garis kedutan, menghasilkan tona warna yang sekata, dan memulihkan bekas jerawat pada wajah,

b) Vitamin B

Pengambilan vitamin B adalah amat penting untuk meningkatkan hidrasi dan kesihatan kulit.

Buat individu yang mengalami masalah kulit kering seperti ekzema, mereka boleh mengamalkan vitamin ini mengikut dos yang sepatutnya.

c) Vitamin D

vitamin untuk kulit cantik

Sumber utama vitamin D adalah daripada pendedahan cahaya matahari.

Namun begitu, ia tidak boleh dilakukan untuk jangka masa yang lama.

Seperti yang diketahui umum, vitamin D berfungsi untuk meningkatkan penyerapan kalsium agar pembentukan tulang dan gigi dalam keadaan yang baik.

Selain itu, vitamin D juga bertindak sebagai antiradang dan antioksidan.

Ia akan melindungi kulit wajah daripada sinaran UV dan mengurangkan garis halus pada muka.

d) Vitamin E

Pengamalan vitamin E sudah menjadi lumrah dalam harian bagi seseorang individu.

Mana tidaknya, jika kita teliti pada pengeluaran produk skincare pasti ada vitamin E sebagai bahan sampingan.

Jadi, apakah kelebihan mengamalkan vitamin E pada wajah?

  • Bantu mengembalikan kelembapan pada muka.
  • Bantu untuk melegakan sunburn akibat pendedahan cahaya matahari yang lama.

Vitamin ini seiringan dengan aloe vera untuk mengurangkan rasa sakit dan panas pada kulit.

  • Melambatkan proses penuaan pada wajah.

e) Vitamin K

vitamin K

Sayur-sayuran hijau seperti bayam, kale, kailan, dan salad merupakan sumber utama bagi vitamin K.

Buat pengetahuan anda, vitamin ini membantu untuk meningkatkan proses penyembuhan wajah dengan lebih cepat.

Jadi, buat anda yang ingin menghilangkan parut atau tompokan hitam pada muka, anda boleh amalkan sayur-sayuran yang disenaraikan di atas dalam makan seharian.

Apakah “Vitamin” Untuk Kulit Cantik Pada Masa Kini?

Amalan pemakanan yang sihat dan seimbang sememangnya amat digalakkan, lebih-lebih lagi buat individu yang inginkan kulit wajah cantik dan bersih.

Namun begitu, ramai antara kita yang sibuk bekerja sehingga tidak ada masa untuk “membaiki” diri sendiri.

Apatah lagi untuk menyediakan makanan yang sihat untuk dimakan.

Tidak kiralah sama ada anda seorang individu yang berkerjaya mahupun suri rumah, penjagaan penampilan diri adalah amat penting.

Untuk itu, anda boleh mendapatkan Jamu Mak Dara Asli Kapsul di Jamu Mak Dara!

jamu mak dara

Jamu Mak Dara Asli Kapsul dirumus khas daripada herba-herba tradisional seperti cabai Jawa, cabai pintal, manjakani, akar serapat, dan juga ketumbar.

Herba-herba ini berfungsi untuk memelihara kesihatan dalaman serta bantu untuk menstabilkan hormon dalam tubuh badan.

Selain itu, Jamu Mak Dara Asli Kapsul akan membantu untuk:

  • Meningkatkan tenaga
  • Membuang toksin daripada tubuh badan
  • Menstabilkan kitaran haid
  • Memelihara kecantikan wajah
  • Mengurangkan kelesuan badan
  • Meningkatkan penghasilan susu badan untuk ibu selepas bersalin. Produk ini adalah tidak sesuai untuk ibu mengandung.

Untuk mendapatkan kesan Jamu Mak Dara Asli Kapsul yang lebih optimum, anda perlu mengamalkan 2 kapsul setiap kali sebelum sarapan dan makan malam.

 

Tetapi, jika anda perlu “makan” ubat-ubatan daripada pihak hospital, maka anda perlu menjarakkan pengambilan Jamu Mak Dara Asli Kapsul dan ubat-ubatan tersebut selama empat jam.

Yang penting, produk Jamu Mak Dara Asli Kapsul ini sudah diiktiraf selamat daripada Kesihatan Kementerian Malaysia (KKM).

Jadi, tunggu apa lagi?

Segera klik pautan di bawah ini untuk dapatkan Jamu Mak Dara Asli Kapsul sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.

Top Img back to top