Cara Besarkan Payudara Tanpa Surgery
- admin
- Posted on
- 0 comments
Jika anda salah seorang daripada mereka yang mencari cara besarkan dan menganjalkan payudara, adalah penting untuk anda menyelidiki mengenai perkara ini sebelum mempertimbangkan sebarang prosedur.
Dari banyak-banyak aspek penampilan fizikal seorang wanita, saiz payudara memainkan peranan penting dalam menentukan kewanitaan dan daya tarikan untuk kebanyakan wanita.
Dalam artikel ini, kami akan menceritakan faktor yang mempengaruhi saiz payudara dan cara besarkan payudara tanpa surgery.
Teruskan membaca!
Apa yang Mempengaruhi Saiz Payudara?
1. Berat badan
Secara asasnya, payudara terdiri daripada tisu lemak.
Disebabkan itu, saiz buah dada boleh berubah apabila seseorang individu itu mengalami peningkatan berat badan.
Begitu juga semasa penurunan berat badan, payudara akan kelihatan kecil dari biasa.
2. Genetik
Sama seperti kenapa anda mempunyai warna rambut hitam, warna kulit dan ketinggian, saiz payudara juga boleh ditentukan oleh genetik.
Tidak bermakna ahli keluarga anda ada yang bersaiz C-cup, anda juga akan mempunyai saiz begitu juga.
Tetapi, ada kebarangkalian untuk anda mendapat saiz payudara yang sama jika ada ahli keluarga mempunyai saiz payudara A-cup.
3. Haid
Kitaran haid boleh memberikan perubahan drastik kepada saiz payudara, tekstur dan bentuknya.
Semasa fasa pertama kitaran haid, badan akan menghasilkan estrogen, iaitu hormon yang mendatangkan ovulasi dan merangsang saluran susu di payudara.
Tidak hairan jika payudara anda lebih besar dari kebiasaan. Ini kerana pada fasa kedua kitaran haid, progesteron merangsang saluran susu dan menyebabkan payudara bengkak.
4. Kehamilan
Payudara ketika kehamilan adalah satu perkara yang normal terjadi.
Payudara ibu hamil boleh membesar beberapa kali ganda dari saiz asal oleh sebab peningkatan hormon progesteron.
Apabila mencapai bulan kelima atau keenam kehamilan, payudara mampu menghasilkan susu sepenuhnya.
Saiz sebegini juga boleh kekal mengembang selepas bersalin, tetapi ia akan kembali ke saiz asal selepas tiga hingga enam bulan selepas anda berhenti menyusu.
5. Umur
Saiz dan bentuk payudara, seperti anggota badan yang lain, tidak akan kekal sama seperti semasa muda.
Apabila anda mencapai menopause, hormon estrogen berkurang dan tisu bergentian dalam payudara akan semakin dehidrasi dan hilang kepejalan.
Cara Besarkan Payudara
1. Urutan
Mulakan urutan dengan meletakkan tangan ke payudara dan urut ke dalam dengan gerakan membulat.
Semasa mengurut, pastikan tangan kanan mengurut payudara kanan dan diurut mengikut arah jam dan payudara kiri menggunakan tangan kiri diurut melawan arah jam.
Setiap urutan diingatkan dibuat dalam beberapa saat sebelum memulakan set urutan baharu. Elak dari mengurut puting untuk mengelak dari luka atau lenguh di situ.
Lakukan urutan 2 kali sehari.
2. Vitamin
Satu pendekatan dalaman yang boleh diamalkan adalah mengamalkan vitamin.
Antara vitamin yang mempunyai keupayaan membesarkan payudara adalah vitamin A, B3, C dan E.
Vitamin A dan C membantu menggalakkan proses pengeluaran kolagen yang bagus dalam menganjalkan payudara.
Vitamin B3 pula bagus untuk meningkatkan kadar peredaran darah dalam badan, yakni menggalakkan pembesaran payudara.
3. Diet pemakanan
Rutin harian yang mengandungi makanan yang seimbang boleh mempengaruhi saiz payudara tau.
Sesetengah makanan dipercayai boleh membantu merangsang estrogen dan pertumbuhan payudara.
Antara makanan yang boleh diamalkan untuk sebab ini adalah seperti betik, epal, kurma, delima dan ceri.
Sayuran seperti lobak, taugeh, terung, bawang putih dan timun juga dikatakan boleh membantu pertumbuhan payudara.
Bagi kekacang, kekacang seperti walnut, pistachio dan buah berangan dan juga buah zaitun dan avocado juga pilihan terbaik.
4. Workout
Selain pemakanan, urutan dan vitamin, senaman juga merupakan cara yang paling selamat besarkan payudara tanpa pembedahan.
Combination workout dan pemakanan pastinya dapat membantu anda mendapatkan payudara yang anda ingini.
Workout dada yang melibatkan bahagian lengan serta bahu boleh membantu peregangan dan toning di sekitar payudara.
Workout seperti push-up, chair lift, wall press, dan chest press juga dapat membantu dalam pertumbuhan payudara anda.
5. Betulkan postur badan
Membongok dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan payudara kelihatan kendur dan tidak bermaya.
Jadi, elakkan membongkok untuk menampakkan lebih besar dan terletak.
Penutup
Ada pelbagai cara untuk membesarkan payudara tanpa pembedahan plastik.
Sebahagian daripada tips itu tadi ada yang efektif untuk anda dan ada yang tidak, bergantung kepada keadaan seseorang individu.
Apa pun, cara-cara yang dikongsikan di atas selamat, dan boleh diguna pakai.
Selain menjaga aset wanita anda dengan cara-cara di atas, anda juga boleh sapukan Sculpting & Firming Cream dari Jamu Mak Dara untuk membesarkan payudara.
Bukan itu saja, tekstur kulit payudara akan lebih mulus dan anjal, menampilkan payudara anda lebih cantik dan tegang.
Tak percaya? Jom tengok bahan utamanya:
- Pueraria Mirifica Extract
ekstrak Pueraria Mirifica ini kaya dengan phytoestrogen, di mana ia mempunyai kesan yang sama dengan kandungan estrogen dalam badan wanita.
Penggunaan ekstrak ini secara berterusan akan menggalakkan penghasilan hormon estrogen dan secara tak langsung boleh membantu:
- Membesarkan payudara
- Meningkatkan kemampatan payudara
- Mengurangkan risiko kanser payudara
- Mengurangkan simptom menopaus
- Meningkatkan keanjalan kulit
Menarik, kan?
Cara memakainya pun mudah, sapu saja dalam gerakan membulat (circular motion) dua kali sehari dan rasai kesannya sendiri.
Anda boleh beli Sculpting & Firming Cream ini di sini.