Simptom PCOS Dan Perkara Yang Perlu Dielakkan
- admin
- Posted on
- 0 comments
Sindrom PCOS (Polycystic Ovary Syndrome) adalah satu keadaan di mana wanita mempunyai banyak sista di dalam ovari mereka.
Sista-sista ini dipenuhi dengan cecair dan telur yang belum matang.
Keadaan ini boleh berlaku kepada 20% wanita yang normal. Namun bukan semua wanita yang mempunyai ovari polisitik menghidap PCOS.
Jom ketahui lebih lanjut mengenai PCOS dan simptom PCOS itu.
Info Penting Tentang PCOS?
PCOS adalah satu keadaan yang boleh memberi kesan kepada kitaran haid, kesuburan dan rupa fizikal seseorang wanita yang menghidapinya.
Pesakit PCOS akan menghadapi masalah kitaran haid yang tidak menentu disebabkan ketidakseimbangan hormon dalam badan dan ini boleh menjejaskan kesuburan pesakit.
Pengidap PCOS juga mempunyai level hormon lelaki (androgen) yang lebih tinggi, menghasilkan hirsutism; rambut kepala menipis di bahagian ubun-ubun (botak) dan jerawat.
PCOS melibatkan 5-10% wanita dalam usia reproduktif mereka.
Kebanyakan wanita PCOS juga akan mempunyai berat badan yang berlebihan (obes) dan boleh mengidapi diabetes, obstructive sleep apnea dan banyak lagi masalah jangka masa panjang (lihat komplikasi).
Oleh itu, mereka perlu menjalani saringan diabetes (kencing manis), tekanan darah dan kolesterol.
PCOS juga boleh menyebabkan ketidaksuburan (infertility) disebabkan telur (ovum) yang tidak menetas keluar, akan tetapi ada ubat-ubatan kesuburan yang boleh membantu masalah ini.
Apa Simptom PCOS?
Simptom PCOS yang paling biasa dijumpai pada penghidap PCOS adalah seperti berikut:
- Jerawat
- Berat badan bertambah dan susah untuk turun
- Bulu roma yang banyak di muka, perut, dada dan belakang badan
- Rambut kepala menipis
- Kitaran haid tidak menentu
- Ketidaksuburan
- Kemurungan
Apa Yang Perlu Elak Ketika PCOS?
Antara perkara yang perlu dihindari jika anda menghidap PCOS adalah:
Makanan tinggi gula
Penghidap PCOS tidak digalakkan untuk mengambil makanan yang tinggi kandungan gula secara berlebihan.
Ini kerana mereka berpotensi untuk mendapat diabetes dan akan memburukkan lagi masalah kesihatan yang dialami.
Tidak bersenam
Aktiviti senaman sangat penting untuk kesihatan tubuh. Bukan hanya sekadar mengeluarkan peluh malah membantu untuk darah mengalir dengan lancar.
Jika anda menghidap PCOS, jangan malas untuk melakukan senaman.
Setidaknya, lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki selama 30 minit setiap hari sudah pun memadai.
Senaman boleh membantu menurunkan risiko penyakit jantung dan obesiti yang kebiasaan selalu menyerang pesakit PCOS.
Tidak mencatat jadual menstruasi
Kebiasaannya, pesakit PCOS akan berhadapan dengan kitaran haid yang tidak teratur.
Jika anda kurang peka dalam mencatat dan anda lupa tarikh menstruasi, sukar untuk anda sendiri mengukur tahap normal atau tidak kitaran haid anda pada setiap bulan.
Oleh sebab itu, mulai sekarang jangan lupa untuk mencatat dan menanda pada kalendar haid terakhir anda.
Jika haid anda lewat lebih daripada 40 hingga 50 hari secara berterusan, segera berjumpa doktor.
Merokok
Merokok pada dasarnya tidak memberi apa-apa manfaat malah turut membahayakan kesihatan.
Terutamanya pada pesakit PCOS yang cenderung untuk memiliki risiko berkait penyakit yang disebabkan rokok seperti penyakit jantung dan diabetes.
Oleh sebab itu, jaga kesihatan diri dengan menghindari rokok.
Tidak cukup tidur
Tidur sangat penting untuk menjaga kesihatan tubuh dan mengembalikan tenaga yang hilang setelah seharian menjalani rutin hidup.
Selain itu, tidur yang cukup juga membantu mengendalikan selera makan pada tubuh.
Sebaliknya, tidak cukup tidur akan membuatkan sentiasa rasa lapar dan buatkan anda sukar mengawal portion makanan.
Akibatnya. Anda berisiko terkena obesiti yang akan menjurus kepada pelbagai komplikasi.
Usahakan untuk mendapat tidur yang cukup selama 6 hingga 8 jam seriap hari.
Pengambilan ubat tidak teratur
Kebiasaannya wanita penghidap PCOS akan diberikan preskripsi ubat yang pelbagai untuk membantu merawat keadaan semasa.
Namun harus diingatkan hanya pengambilan ubat yang konsisten dan teratue akan menjadikan ianya efektif.
Oleh sebab itu, ikut arahan dan peraturan yang telah diberikan oleh doktor jika anda mahu segera sembuh.
Jangan segan untuk sentiasa berbincang dari semasa ke semasa tentang keaadaan anda.
PENUTUP
Setiap wanita yang berumah tangga pasti mahukan zuriat sendiri yang ingin dikandungkan.
Walaupun risiko penghidap PCOS adalah tidak boleh mengandung, namun jika ianya dirawat dan mendapat konsultansi dengan doktor gynae secara konsisten pasti impian mengandungkan zuriat sendiri akan tercapai.
Amalkan gaya hidup sihat dan kekalkan berat badan ideal. Makanlah makanan yang sihat dan berkhasiat. Dengan cara hidup begini, PCOS dan komplikasinya boleh dibendung.
Jamu Mak Dara Asli Kapsul Bantu Rawat PCOS.
Jamu Mak Dara – Formula tradisi turun temurun boleh dicuba sebagai makanan tambahan untuk menyeimbangkan hormon wanita dan sesuai dengan keperluan badan.
Banyak khasiat jika anda mengamalkan Jamu Mak Dara Asli Kapsul seperti membantu:
- Menyuburkan rahim
- Mengatasi masalah keputihan
- Merapatkan faraj
- Menambah nafsu syahwat
- Memberi tenaga
- Membuang toksin dalam badan
- Memperbaiki sistem kitaran haid
- Membakar lemak berlebihan
- Membuang angin
- Mengurangkan masalah bau badan
- Mengatasi masalah kemaluan berbau
- Mengurangkan sakit pinggang
- Menyeimbangkan hormon
- Menegangkan & menganjalkan payudara
- Ikhtiar untuk mengandung
- Menambahkan susu badan bagi ibu-ibu menyusu
- Mengurangkan masalah lemah tubuh badan terutamanya bagi ibu-ibu selepas bersalin
- Ibu-ibu berpantang
Penyelesaian masalah dalaman wanita semuanya ada dalam Jamu Mak Dara Asli Kapsul.
Anda boleh dapatkan Jamu Mak Dara Asli Kapsul dengan klik link di bawah.