5 Kepentingan Herbal Bath Untuk Ibu Berpantang

Herbal bath (mandian herba) membantu anda untuk menyegarkan badan dan mengurangkan stress selepas seharian penat bekerja. 

Sebenarnya, mandi adalah salah satu cara untuk mengeluarkan haba dari tubuh kita. 

Haba ini jika tidak dikeluarkan akan merosakkan organ di dalam tubuh kita terutamanya otak. 

Namun begitu, cara mandian bagi ibu berpantang mungkin mengalami cara yang berbeza daripada individu lain. 

Hal ini kerana golongan ibu berpantang perlu lebih berhati-hati dalam penjagaan tubuh badan bagi mengekalkan tahap kesihatan yang optimum. 

Disebabkan itu, mereka perlu menggunakan tengku herba (atau lebih dikenali sebagai Herbal Bath) untuk mengekalkan keselesaan dan kesejahteraan tubuh badan. 

Tetapi, tahukah anda bahawa terdapat beberapa “pantang-larang” yang menyebabkan golongan ini tidak boleh menggunakan herbal bath? 

Nak tahu apakah pantang-larang tersebut? Jom baca artikel ini sehingga habis! 

Apa itu Herbal Bath?

Herbal Bath atau mandian herba ini berfungsi sebagai aromaterapi. 

Ia mampu memberikan ketenangan dan kesegaran kepada anda yang sedang lemah dan lesu selepas banyak tenaga dihabiskan semasa bersalin.

Seterusnya, mandian herba juga khas untuk orang selepas bersalin kerana ia boleh dikatakan antara rutin yang diamalkan oleh wanita yang sedang berpantang sejak turun-temurun, termasuk dalam masyarakat Melayu.

Selain memberikan aroma yang harum, mandian herba ini juga dipercayai mempunyai khasiat tertentu dalam membantu mempercepatkan proses pemulihan ibu bersalin. 

Tanda-tanda Anda Tidak Boleh Amalkan Herbal Bath

Tidak dinafikan sememangnya mandian herba banyak manfaatnya, namun sebaiknya tunggu sehingga luka bersalin sembuh terlebih dahulu atau dibenarkan oleh bidan atau doktor.

Bukan semua wanita boleh mengamalkan mandian herba selepas bersalin terutamanya ketika anda baru sahaja melahirkan sama ada normal atau c-section.

Ini kerana, ada ibu yang mempunyai jangkitan atau masalah pendarahan yang perlu di periksa oleh doktor.

Antara tanda-tanda yang anda tidak boleh amalkan herbal bath adalah:

  1. Pendarahan yang banyak
  2. Luka jahitan terbuka
  3. Pening kepala yang serius
  4. Demam
  5. Rasa ingin pengsan
  6. Gatal-gatal badan
  7. Sakit yang semakin teruk
  8. Sembelit
  9. Rasa ingin muntah

5 Kepentingan Amalkan Herbal Bath

Disebabkan herbal bath ini mempunyai banyak manfaat yang baik kepada tubuh badan, amalan ini masih diamalkan oleh masyarakat kita sehingga kini.

Mandian herba ini boleh dilakukan seawal 7 hingga 2 minggu. Waktu yang sesuai untuk mandi adalah pada waktu pagi dan petang.

Antara kepentingannya adalah:

1. Atasi Bau Badan

Ada sesetengah daripada ibu hamil mengalami masalah bau badan akibat daripada perubahan hormon. Kadang kala ia berlarutan sehingga selepas bersalin.

Mandian herba ini akan membantu mengurangkan bau badan dengan memberikan bauan aroma yang segar dari bahan semula jadi dari herba, daun dan bunga-bunga yang terpilih.

2. Badan Jadi Segar

Herbal bath ini sangat dititikberatkan oleh orang dulu-dulu. 

Hal ini kerana ia bukan sahaja untuk pemulihan malah untuk memberikan badan lebih segar selain membersihkan diri daripada bauan yang tidak menyenangkan.

Disamping itu, secara tidak langsung turut akan membantu untuk menghilangkan stress atau rasa lemah badan kerana kurang tidur menyusu dan berjaga waktu malam. 

Bahkan, sesiapa yang mahu kekal segar setelah seharian berpuasa juga boleh cuba herbal bath ni. 

Semasa bulan Ramadan, panasnya lain dari kebiasaan. Dengan manjakan diri menggunakan herbal bath, badan akan kembali segar dan sejuk.

Melakukan Solat Tarawih lebih selesa selepas mandi dengan mandian ini.

3. Darah dan Susu Semakin Lancar

Amalan mandian herba selalu dilakukan selepas proses berurut dan bertuam pada seluruh badan. 

Secara tidak langsung, ini merupakan langkah penutup kepada semua proses untuk melancarkan darah dan aliran susu ibu. 

Apabila darah lancar, badan akan semakin cergas dan segar. Dalam pada masa yang sama, hormon badan akan menjadi lebih teratur.

4. Buang Angin

Angin dalam badan boleh berpunca daripada makanan yang kita makan, misalnya sayur yang jenis sejuk, apa sahaja jenis ubi dan minuman berais.

Kemasukan angin dalam badan akan membuatkan badan mula berasa tidak selasa, perut kembung, kerap sendawa daripada biasa dan keletihan.

Selain itu, anda akan kerap berasa sakit kepala akibat daripada angin dalam badan.

5. Detoksifikasi

Mandian herba ini dapat mengembalikan tenaga dan keselesaan pada diri kita. 

Ia juga dapat menyingkirkan toksin-toksin dalam badan. Ia akan keluar melalui peluh selepas mandi.

Toksin akan menjadi punca badan lesu, perut buncit, jerawat batu, rambut gugur dan kulit muka kusam. 

Penggunaan secara konsisten selama 2 kali seminggu sudah memadai untuk mendapatkan  kesan yang optimum.

Tips Menaikkan “Asyik” Herbal Bath

Anda inginkan tips untuk menaikkan “asyik” ketika menikmati herbal bath? Cuba amalkan tips kami di bawah ini:

  1. Pastikan kawasan tandas berada dalam keadaan hangat. Pasang lilin untuk jadikan suasana yang menenangkan.
  2. Pasang lampu yang lebih malap untuk merasakan tenang dan aman.
  3. Sediakan air hangat. Jika anda ingin berendam dalam tempoh masa yang lama, tidak rugi jika anda sediakan air hangat atau air suam.
  4. Simpan tuala kering berdekatan. Kadangkala, para ibu boleh alami pendarahan ringan selepas mandi. 
  5. Tambah garam Epsom ke dalam air mandian untuk mendapatkan khasiat.
  6. Cari masa untuk diri sendiri supaya dapat “me time”. Minta tolong sesiapa untuk jagakan bayi seketika semasa anda sedang menikmati mandian herba.

Kesimpulannya, amalan herbal bath ini mampu menenangkan para ibu ketika sedang berpantang. 

Ramai yang tahu, ibu akan terdedah dengan depresi sejurus bersalin jika emosi dan diri tidak dijaga dengan betul.

Dalam meniti arus kemodenan ini, anda tidak perlu bersusah- susah untuk menyediakan daun-daun, rempah dan pelbagai lagi untuk mandian herba. 

Ini kerana ramuan mandi keluaran Jamu Mak Dara sudah lengkap segalanya, hanya perlu direndam dengan air hangat sahaja.

Ramuan mandian herba (herbal bath) Jamu Mak Dara terdiri daripada herba-herba yang berkualiti tinggi dan dapat membantu untuk menyegarkan badan supaya bertenaga dan mengurangkan bau badan. 

Selain itu, mandian herba ini juga mengandungi 9 herba yang terpilih yang dikumpulkan dari hutan hujan Malaysia seperti daun pandan, daun serai, daun sarsi dan banyak lagi.

Tambahan pula, sangat sesuai untuk lelaki, wanita dan wanita berpantang serta kegunaan harian. Ia juga sesuai untuk digunakan semasa bersauna dan bertangas.

Untuk dapatkan mandian herba ini, anda boleh layari website Jamu Mak Dara untuk membuat pembelian.

Dapatkan rempah Mandi Herbal Bath Jamu Mak Dara sekarang dengan click link di bawah. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.

Top Img back to top