Posisi Tidur Ibu Hamil & Tips Kurangkan Penat Ketika Ramadan

posisi tidur ibu hamil

Anda sedang hamil? Tahniah. Anda bakal melalui tiga trimester kehamilan yang perlu diambil perhatian dari segi kesihatan ibu dan janin yang sedang dikandungkan. 

Namun, ramai yang sering alpa posisi tidur ibu hamil juga memainkan peranan penting untuk menjamin kelancaran proses kehamilan.

Kualiti tidur dan rehat yang cukup penting untuk menyokong perkembangan janin dalam kandungan. Tidak dinafikan, ibu hamil sering terganggu tidurnya terutama pada trimester pertama dan ketiga kehamilan.

Oleh itu, apakah cara tidur ibu hamil yang dapat dilakukan bagi mendapatkan waktu rehat malam yang lebih lena?

Sebelum mengetahui bagaimana ibu hamil boleh mendapatkan tidur yang lena, penting untuk anda tahu apakah posisi tidur ibu hamil yang selamat dan bagaimana untuk elak posisi yang tidak selamat.

Posisi tidur ibu hamil yang tidak selamat berisiko membahayakan ibu dan janin dalam kandungan. 

Dalam artikel ini kami juga selitkan tips untuk ibu hamil yang mahu berpuasa di bulan Ramadan dan pada masa yang sama ingin kekal bertenaga dan menjaga kandungan dalam keadaan baik.

Kurang Atau Terlebih Tidur, Bagus Ke?

Tidur sewaktu hamil adalah satu komponen penting bagi mengekalkan kesihatan ibu dan anak di dalam kandungan. 

Ibu hamil perlu mendapatkan rehat yang cukup terutamanya bagi wanita yang bekerjaya. 

Setelah seharian berhempas pulas bekerja, hanya waktu tidur masa yang terbaik untuk merehatkan diri. 

Akan tetapi, banyak komplikasi yang sering dikaitkan dengan masalah kurang tidur sewaktu tempoh kehamilan seperti praeklampsia dan diabetes gestasi.

Walaubagaimanapun, masalah kurang tidur biasanya sering terjadi pada fasa trimester pertama dan ketiga. 

Ianya disebabkan oleh perubahan hormon ketika mengandung, mengalami simptom seperti loya, muntah dan kerap kencing yang dapat mengganggu kualiti tidur.

Namun begitu, terdapat juga ibu hamil yang mengalami keletihan dan cenderung untuk tidur sepanjang hari. 

Terlebih tidur juga merupakan satu gaya hidup yang tidak sihat untuk ibu dan anak ya! Ibu berisiko tinggi mendapat komplikasi kardiovaskular.                        

Posisi Tidur Ibu Hamil Yang Betul

Selain pengambilan makanan yang berkhasiat dan sihat, ibu hamil perlu menitikberatkan bagaimana mendapatkan rehat yang cukup melalui tidur. 

Bagi mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti, posisi tidur amatlah penting. 

Posisi tidur yang selesa boleh membuatkan mata juga mudah terlelap dan mendapat deep sleep.

Berikut adalah cara tidur yang betul dan selamat  bagi wanita hamil.

  • Tidur mengiring ke sebelah kiri

Posisi tidur secara mengiring amat digalakkan bagi menjamin keselamatan ibu dan janin dalam kandungan. 

Tidur mengiring ke sebelah kiri disarankan sebagai cara tidur wanita hamil paling ideal sepanjang kehamilan.

Ini disebabkan posisi tidur mengiring ke sebelah kiri menjamin aliran darah yang lebih optimum kerana urat vena besar (inferior vena cava) dapat mengalir selari dengan tulang belakang anda di sebelah kanan.

Hal ini menggalakkan pengaliran darah dari jantung dan terus ke janin dalam kandungan, malah juga mengurangkan tekanan pada hati anda.

  • Tidur mengiring ke sebelah kanan

Jika posisi tidur mengiring ke sebelah kiri adalah yang terbaik, adakah anda harus mengelak daripada tidur mengiring ke sebelah kanan? Tidak semestinya.

Beberapa kajian menunjukkan kedua-dua posisi mengiring ini adalah posisi tidur ibu hamil yang paling selamat dan ideal.

Namun begitu, masih terdapat risiko kecil pada posisi ini iaitu terjadi masalah kemampatan pada urat vena besar. 

Walau bagaimanapun, apa yang lebih ditekankan dalam kajian adalah untuk mencapai tahap keselesaan cara tidur ibu hamil yang optimum.

Boleh sahaja menukar posisi kiri ke kanan bersilih ganti untuk mengelakkan lenguh badan jika tetap pada satu posisi sahaja. 

Apa yang penting adalah ibu haruslah sering beringat untuk menjaga posisi tidur agar tidak membahayakan janin sewaktu tidur.

Posisi Tidur Ibu Hamil Yang Bahayakan Kandungan

ibu hamil berpuasa di bulan ramadan

Posisi tidur terlentang dan meniarap adalah posisi tidur yang harus dielakkan oleh ibu hamil terutamanya apabila sudah memasuki trimester kedua dan ketiga. 

Apabila kehamilan sudah mencecah minggu ke 15 hingga minggu ke 20, rahim akan mula membesar. 

Jika anda tidur dalam posisi terlentang, ia mampu mengganggu pengaliran darah.

Hal ini kerana perut yang sarat boleh memampatkan vena cava, iaitu salur vena besar yang mengembalikan darah dari kepala dan seluruh badan ke jantung.

Rahim wanita yang sarat juga boleh menghimpit organ lain, menyebabkan mereka sukar untuk tidur. 

Ini akan menjejaskan kualiti tidur serta kebolehan untuk kekal terlelap di sepanjang malam.

Posisi tidur ketika hamil secara mengiring merupakan posisi yang ideal untuk ibu mengandung. 

Ia dapat memberikan tahap keselesaan yang optimum kepada si ibu, selain melancarkan aliran darah ke uri untuk tumbesaran janin.

Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan

Untuk ibu hamil yang ingin berpuasa di bulan Ramadan, sebenarnya ada caranya.

1. Pantau paras gula dalam darah

Untuk ibu hamil yang menghidapi kencing manis, anda perlu memantau paras gula sebelum dan selepas sahur, waktu tengahari, selepas berbuka dan sebelum tidur.

Paras gula yang rendah akan membuatkan ibu hamil lebih cepat letih dan merasa loya atau muntah-muntah, terutamanya di awal usia kehamilan.

Jika anda berasa tanda-tanda seperti berdebar-debar, mengigil, berpeluh, loya atau muntah-muntah, segera berbuka. Itu adalah tanda paras gula rendah.

2. Pantau pergerakan bayi

Mulakan catatan pergerakan bayi bermula 9 pagi setiap hari.

Pastikan pergerakan anak berlaku sekurang-kurangnya 1o gerakan sehari. Pergerakan bayi dalam perut akan memastikan bayi masih aktif dan bermaya dalam kandungan.

Disarankan untuk tidak skip rutin ini, lagi-lagi semasa berpuasa.

3. Amal cara pemakanan sihat

Ibu hamil, secara lazimnya perlu mengamalkan gaya hidup sihat, terutamanya dalam soal gaya pemakanan harian.

Justeru, gaya pemakanan ibu hamil sewaktu Ramadan harus mempunyai serat dan vitamin yang tinggi untuk kekal bertenaga seperti kurma dan buah-buahan.

Selain itu, perlu diingatkan bahawa jangan makan dalam kuantiti yang banyak sewaktu berbuka.

Hal ini kerana pedih ulu hati yang terjadi kepada ibu hamil disebabkan oleh perut yang penuh dan membesar ke bawah dan menghimpit ulu hati.

Tambahan pula, keadaan ini akan menyebabkan ibu hamil memuntahkan kembali makanan yang dimakan.

4. Minum air mencukupi

Kira-kira 1.5 hingga 2 liter atau 8 hingga 10 gelas air diperlukan oleh ibu hamil untuk kekal terhidrat sewaktu Ramadan.

Ibu hamil juga disarankan untuk mengurangkan kadar pengambilan air yang mempunyai kadar gula yang tinggi kerana dikhuatiri mengganggu paras gula dalam darah.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, paras gula yang tinggi dalam darah akan menyebabkan ibu hamil berasa loya atau muntah-muntah dan tak bermaya.

5. Elak aktiviti lasak

Semasa hamil, ibu hamil dilarang sama sekali untuk melakukan aktiviti lasak, terutamanya semasa sarat mengandung pada trimester terakhir.

Semasa bulan Ramadan juga tidak terkecuali. Aktiviti lasak akan menyebabkan ibu hamil cepat dahaga dan badan kekurangan air yang membawa kepada badan tidak bermaya.

Jadi, ibu hamil perlu yang mahu berpuasa perlu elak aktiviti ini, nak pula pada bulan Ramadan ini habas panas lebih teruk dari kebiasaan.

Kesimpulan

Dengan keadaan perut yang semakin membesar, ditambah pula dengan kekerapan untuk pergi ke tandas sudah pasti akan menyebabkan malam anda terganggu dan tidur pun menjadi tidak lena.

Oleh itu, anda harus mencari cara dan mengubah tabiat tidur agar menjadi semakin selesa dan mendapat lena yang panjang.

Badan ibu hamil yang sering sakit-sakit dan lenguh juga boleh mengganggu untuk anda mendapat rehat yang cukup.

Tambahan pula, ibu hamil juga harus ambil langkah proaktif semasa berpuasa di bulan Ramadan bagi menjaga kandungan dan kesihatan.

Kepada ibu-ibu yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, kami di Jamu Mak Dara mengharapkan perjalanan bersalin anda akan berjalan dengan lancar.

Untuk persediaan selepas bersalin, anda boleh layari laman web Jamu Mak Dara kerana terdapat banyak produk berkualiti dan turun-temurun khas untuk ibu bersalin. 

Kesemua produk Jamu Mak Dara diperbuat daripada bahan-bahan yang selamat digunakan, telah mendapat kelulusan daripada pihak KKM, dan berikan kelegaan yang optimum kepada si pemakai. 

Jadi, anda hanya perlu klik pada pautan biru di bawah dan pilih produk-produk kami yang bersesuaian dengan situasi yang dihadapi. 

Ingat ya, jangan lupa untuk baca produk description bagi mengelakkan kekeliruan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.

Top Img back to top