Perbezaan Pilis Pantang, Tapel Dan Param Yang Ramai Tak Tahu

pilis pantang

Jika disebut perihal wanita yang baru melahirkan anak, ianya sinonim dengan amalan berpantang mengikut tradisi orang-orang terdahulu seperti pilis pantang, tapel dan param.

Mungkin ianya kedengaran agak asing bagi wanita yang hidup pada zaman moden ini. Bahkan, kemungkinan ada segelintir beranggapan perkara ini remeh dan cerewet untuk diamalkan.

Namun begitu, amalan berpantang sebegini banyak manfaatnya kepada tubuh badan wanita itu sendiri. 

Penjagaan yang rapi sewaktu tempoh berpantang banyak memberi kesan positif pada masa akan datang.

Pilis pantang, tapel dan param adalah perawatan wajib yang akan dilakukan oleh wanita berpantang sejak turun temurun. 

Walaupun cara penggunaan dan terdapat pek segera yang mengandungi bahan-bahan pilis pantang, tapel dan param telah dimodenkan, sehingga kini amalan penggunaannya masih tetap diamalkan.

Apa Beza Pilis Pantang, Tapel & Param

  • Pilis Pantang

pilis pantang

Pilis adalah ramuan daripada bahan semulajadi atau herba yang kebiasaannya digunakan sebagai salah satu rawatan untuk ibu yang baru melahirkan.

Bahan asasnya adalah tepung beras yang dicampurkan dengan ramuan herba seperti kecur, kunyit, kenanga, daun pudina, halba, kapur sireh, air limau nipis dan sebagainya.

Cara pemakaiannya adalah disapukan pada dahi dan dibuat seperti bedak sejuk. 

Sebaiknya lakukan 2 kali sehari selepas mandi sepanjang 44 hari tempoh berpantang untuk membantu mengekalkan kesegaran atau memadai juga dilakukan selama 2 atau 3 minggu berpantang mengikut kesesuaian individu.

Antara kebaikan memakai pilis untuk ibu berpantang adalah:

  • Meredakan pening kepala
  • Melancarkan peredaran darah
  • Menyegarkan mata dan memberi keselesaan pada ubun
  • Mengurangkan rasa pitam / gelap mata / pandangan kabur. Ini biasanya dialami oleh wanita yang mengalami tekanan darah tinggi
  • Mengelak ‘angin’ yang boleh menyebabkan tekanan emosi
  • Tapel

Tapel pula adalah sapuan yang dipakai pada perut sebelum mengenakan bengkung.

Bahan yang selalu digunakan dalam ramuan tapel adalah tepung beras, kapur sirih, air limau nipis, kencur, dan kayu manis.

Tapel selamat digunakan oleh ibu yang bersalin secara normal. 

Jika ibu menjalani pembedahan Caesarean, pastikan luka pada perut telah diyakini kering dan tidak bermasalah. Sekurang-kurangnya, tunggu 2 minggu dan dapatkan nasihat doktor sebelum memakainya.

Banyak kelebihan menggunakan tapel pada perut, antaranya:

  • Mengurangkan rasa sakit-sakit di perut serta memulihkan keadaan luaran perut akibat selulit / stretch mark
  • Membantu proses pembakaran lemak bawah kulit dan mengempiskan perut
  • Menghangatkan perut dan membuang ‘angin’ serta darah kotor yang berada di dalamnya
  • Menegangkan kulit perut yang menggeleber
  • Param

Param adalah sejenis rawatan sapuan pada seluruh badan, kecuali kawasan payudara dan perut. 

Antara tujuan memakai param adalah untuk mengatasi pembengkakan yang dialami oleh ibu yang baru melahirkan. Ia boleh digunakan selepas mandi, sebanyak dua kali sehari selama 40 hari setelah melahirkan.

Pada asasnya, param terdiri daripada beras yang direndam dan dicampur dengan bahan-bahan seperti kencur, sirih, halia, cendana, bawang putih, kunyit, kulit limau purut, dan beberapa jenis herba lagi.

Antara khasiat param adalah:

  • Membantu melancarkan peredaran darah
  • Mengelakkan ‘angin’ masuk ke dalam badan
  • Memberi kehangatan kepada tubuh
  • Memberikan kesegaran
  • Menjaga kecantikan luaran kulit

Kesimpulannya

Orang-orang terdahulu sangat berdisiplin mengamalkan cara pantang tradisional seperti pilis pantang, tapel dan param adalah bersebab. Sebabnya adalah untuk merawat dalaman wanita yang banyak terjejas akibat melahirkan anak.

Sudah pasti ianya tidaklah menunjukkan kesan yang segera berbanding ubat-ubatan yang dibekalkan oleh hospital yang hanya bertahan sebagai ubat tahan sakit. 

Namun, ia mampu untuk membaiki dalaman wanita untuk jangka masa panjang.

Amalan ini memerlukan kerajinan dan sikap komited yang tinggi. Jadi, jangan malas untuk sihat dan cantik!

Pilis – Calming Herbal Blend – Jamu Mak Dara

Pilis pantang digunakan untuk melegakan sakit sakit di bahagian ubun dan pening kepala akibat berpantang. 

Ia dapat mengurangkan kesan gelap mata yang biasanya dialami ibu yang lepas bersalin.

pilis pantang

Anda tidak perlu susah-susah untuk menyediakan bahan untuk berpilis kerana Pilis keluaran Jamu Mak Dara sudah lengkap diproses dan hanya tinggal disapukan sahaja pada dahi.

Pilis – Calming Herbal Blend ini juga boleh digunakan untuk sapuan tapel dan param. 

Bahan-bahan yang terdapat dalam sapuan pilis pantang, tapel dan param diproses menjadi herbal blend dalam bentuk botol yang kecil ini. 

Sungguh mudah untuk dibawa ke mana-mana dan digunakan pada bila-bila masa sahaja.

Kini, proses berpantang anda menjadi lebih mudah dan moden.

Pada ibu yang mula berasa tidak enak badan selepas melahirkan, anda boleh mencubanya sebagai alternatif untuk kekal sihat dan bertenaga untuk mengurus diri dan bayi sewaktu berpantang.

Layari laman web Jamu Mak Dara untuk pembelian segera! Klik di sini untuk membeli!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.

Top Img back to top