Tungku Bersalin: Normal Atau Czer Pun Boleh Ke?

tungku bersalin

Berpantang ini merupakan satu amalan yang dikira wajib dilakukan bagi para ibu selepas bersalin untuk memastikan badan betul-betul sembuh dan pulih ke keadaan asal.

Orang-orang tua berpendapat bahawa berpantang dapat dan mampu menjaga badan serta boleh memberi manfaat pada hari tua nanti.

Tak kiralah berpantang dengan keluarga mahupun bersendirian, berpantang tidaklah semudah disangka dan para ibu mungkin akan melakukan kesilapan semasa berpantang.

Apa itu Tungku Bersalin?

 tungku bersalin    

Masyarakat Melayu tidak lari dengan amalan turun-temurun. 

Terutamanya amalan berpantang, di mana ia banyak diamalkan oleh wanita Melayu khususnya selepas bersalin.

Umumnya, tempoh berpantang yang biasa diamalkan adalah antara 40 hingga 100 hari bagi wanita Melayu, manakala 30 hari bagi wanita Cina dan India.

Amalan tradisional semasa berpantang salah satunya adalah bertungku. Amalan ini dilakukan dengan memanaskan objek seperti batu dan dibalut dengan herba-herba dan daun tertentu.

Tungku ini akan dibalut dengan herba dan kain tebal bagi mengelakkan kulit melecur sebelum diletakkan pada bahagian badan tertentu.

Normal atau Czer: Boleh Gunakan Tungku Bersalin Ke?

ibu berpantang

Boleh tiada masalah, cuma perlu mengikut waktu yang sesuai. Tidak disarankan untuk dilakukan sejurus sahaja bersalin.

Kepada yang bersalin normal, anda boleh mula bertungku seawal hari ke-3 selepas bersalin sehingga hari ke-44 dan boleh diteruskan selepas habis tempoh berpantang.

Sementara itu, kepada yang bersalin menggunakan kaedah pembedahan pula boleh bermula seawal hari ke-7 selepas bersalin atau bergantung dengan luka pembedahan. 

Jika luka belum sembuh, tungku pada bahagian lain sahaja tanpa melibatkan bahagian perut.

Walau bagaimanapun, pada masa kini para ibu lebih gemar menggunakan tungku herba. 

Ia diakui tidak mendatangkan rasa sakit berbanding menggunakan tungku batu sungai. 

Hal ini disebabkan daripada tekanan tungku yang dilakukan adalah mengikut bentuk badan.

Tungku herba ini dihasilkan daripada pasir sungai atau batu kecil dan dikeringkan agar tahan lama. 

Untuk memanaskannya, anda perlu menggunakan pemanas khas.

Terdapat lebih 40 jenis herba dimasukkan ke dalam tungku herba. 

Antaranya ialah jintan hitam, halba, serai wangi, temu kunci, lempoyang, pinang dan banyak lagi. 

Kesemuanya dikeringkan dan disatukan dalam kain khas yang kemudiannya diikat.

Kelebihan Amalkan Tungku Bersalin

Kepada mereka yang tidak biasa dan tidak tahu tentang amalan tungku selepas bersalin ini, berikut merupakan antara kelebihannya:

  •  Mengecutkan Rahim

Pada bahagian perut, selain mengecutkan rahim yang kembang ketika mengandung, ia juga boleh menaikkan rahim di samping membantu untuk melangsingkan perut sambil menurunkan berat badan.

  •  Buang Angin

kembung perut buang angin

Proses bertungku bukan sahaja dapat menghangatkan badan si ibu, ianya juga dapat membuang angin dari badan dan dapat mengelakkan buasir.

Selain itu, ia dapat membantu mengeluarkan semua kotoran dan toksin-toksin dari dalam badan.

  •  Baik pulih Saraf

Bertungku juga dapat membaik pulihkan urat saraf yang terjejas sewaktu mengandung dan bersalin serta dapat mengembalikan kesegaran pada badan.

Dalam masa yang sama, ia dapat melegakan rasa sakit dan lenguh pada otot yang terbabit.

  •  Peredaran Darah Baik

Haba dari tungku yang panas dan ditekapkan pada bahagian tubuh akan menyebabkan saluran darah pada kulit mengembang, sekaligus akan menjadikan proses peredaran darah akan bertambah baik.

Apabila saluran darah dalam keadaan baik, ini juga akan memecah dan mengelakkan darah beku dan dapat membantu menyingkirkan bahan buangan apabila darah mengalir dengan baik.

  •  Badan Segar

udara sihat

Bertungku, selain dari menyokong pengaliran darah yang baik, ia juga dapat mengurangkan rasa lenguh pada otot-otot badan.

Dikatakan bahawa bertungku ini mengurangkan lenguh kerana kotoran atau toksin keluar keluar dari badan.

Bertungku juga membantu meningkatkan fleksibiliti otot para ibu. Badan akan tidak mudah lenguh walau membuat kerja rumah semasa berpantang.

Secara tuntasnya, terdapat pelbagai jenis pilihan tungku yang berada di pasaran yang anda boleh pilih di pasaran pada zaman sekarang.

Sekiranya anda masih lagi tercari-cari tungku yang sesuai dan sedang membuat persediaan untuk bersalin, anda boleh cuba barang dari Jamu Mak Dara iaitu Tungku Herba.

tungku tradisional bersalin untuk berpantang

Tungku Kukus Herba Ibu Halimah ini diperbuat daripada herba dan rempah ratus yang menjadikan ianya sebagai bahan pemulih semula jadi.

Dalam pada itu, ia juga digunakan untuk pelbagai kebaikan kerana kehangatan dari batu tungku ini akan dapat membuka liang-liang roma seterusnya meningkat pengaliran darah ke seluruh badan.

Seterusnya, ia juga memudahkan penyerapan kebaikan herba dan rempah ratus yang diperlukan oleh tubuh badan para ibu selepas bersalin.

Bahagian yang disarankan untuk dituam ialah

  • Bahagian peranakan
  • Bahagian sekeliling payudara
  • Bahagian tengkuk
  • Bahagian belakang pinggang

Jangan biarkan masalah angin dalam badan terperam lama. 

Badan berangin ini lah akan menjadi punca badan akan menjadi cepat lemau, letih dan perut membuncit.

Klik pada pautan di bawah ini jika anda berminat untuk membuat pembelian.

Badan bebas angin dengan Tungku Kukus Herba Ibu Halimah Di Sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.

Top Img back to top