Cara Hilangkan Senggugut Tanpa “Pain Killer”

cara hilangkan senggugut

Ketidakselesaan senggugut membuatkan golongan wanita mencari-cari cara hilangkan senggugut yang paling berkesan.

“Pinggang macam nak patah, cramp satu badan, tak larat langsung nak bangun, berguling-guling menahan sakit atas katil”.

Itulah antara gambaran sakitnya mengalami senggugut yang tidak patut dipandang remeh.

Ia sering kali menjadi keluhan kerana kesakitan yang dirasai di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datangnya haid.

Kesakitan yang teruk akan mengganggu aktiviti seharian sehingga menjadi punca “ponteng” ke sekolah atau kerja.

Ada yang perlu menelan pain killer atau ubat tahan sakit kerana tidak sanggup untuk menanggung kesakitan senggugut.

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui cara hilangkan senggugut yang mungkin anda belum cuba!

Apa Itu Senggugut?

Senggugut terbahagi kepada dua jenis iaitu senggugut primer dan senggugut sekunder.

Senggugut primer berlaku kepada kebanyakkan perempuan remaja iaitu lebih 60% akan mengalaminya.

Manakala senggugut sekunder pula biasanya dialami oleh golongan wanita yang berumur dan masih subur.

Senggugut jarang berlaku di kalangan wanita yang pernah atau baru bersalin dan mereka yang menggunakan pil perancang.

Rasa Sakit Semasa “Haid”

Secara ringkasnya, rasa sakit semasa haid terjadi disebabkan oleh kontraksi kuat yang terjadi sebagai salah satu proses meluruhkan dinding rahim.

5 Cara Hilangkan Senggugut Tanpa Pain Killer

cara hilangkan senggugut

Selain perlu makan pain killer untuk mengurangkan atau menghilangkan rasa sakit senggugut, ada beberapa cara lain yang berkesan untuk di cuba.

1. Tuaman Panas

cara hilangkan senggugut

Ramai bersetuju ini merupakan antara cara paling mudah dan ternyata berkesan bagi menghilangkan senggugut.

Bukan sahaja tuaman di sekitar perut, malah di bahagian pinggang juga akan memberikan kelegaan.

Melalui tuaman panas, dipercayai akan membantu otot-otot yang berkontraksi menjadi lebih relaks.

Anda boleh menggunakan beg tuaman air panas yang boleh dibeli di farmasi berdekatan bagi memudahkan diri anda ketika period.

2. Lakukan Aktiviti Untuk Aktifkan Diri

Semasa kedatangan haid atau senggugut, bukan alasan untuk anda berkurung kerana emosi menahan sakit.

Jika anda hanya melayan perasaan, sudah tentu ia akan membawa aura negatif sahaja.

Rajinkan membuat pelbagai aktiviti seperti membuat kerja rumah, membuat senaman ringan atau berjalan-jalan di taman.

Ia sedikit sebanyak membantu pengaliran darah yang lebih lancar dan terhasilnya endorfin untuk mengurangkan senggugut.

3. Menjaga “Pantang”

Anda diserang senggugut? Elakkan makan makanan yang berminyak atau tinggi dengan kandungan gula dan garam.

Banyakkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang berserat tinggi.

Bukan sahaja elok untuk mengurangkan senggugut malah sangat baik juga untuk kesihatan diri anda.

Sangat penting juga untuk anda sendiri mengenalpasti makanan atau minuman yang boleh trigger senggugut anda. 

Baca Juga

Jamu Untuk Wanita Sebagai Penjagaan Kesihatan Dalaman

4. Minum Air Suam Secukupnya

Selain memberi tenaga, kelebihan air suam juga dapat mengurangkan kesakitan senggugut.

Seperti manfaat tuaman, minum air suam boleh memberi kelegaan kepada otot rahim yang kejang.

5. Amalkan Herba Dan Suplemen

Petua orang lama masih lagi relevan untuk diamalkan pada masa kini. Termasuklah amalan pemakanan herba dan suplemen.

Anda boleh memilih cara tradisional seperti merebus herba-herba yang terbukti khasiatnya baik untuk kesihatan dalaman.

Dengan zaman yang semakin moden, anda boleh mendapatkan herba dan suplemen yang dijual di pasaran.

Namun, anda hendaklah berjumpa juga dengan doktor untuk rawatan jika mengalami tanda senggugut yang sangat teruk.

Jamu Mak Dara Bukan Sekadar Hilangkan Senggugut, Tetapi Lebih Dari Itu!

cara hilangkan senggugut

Jamu Mak Dara merupakan produk jamu tradisional yang terbaik di Malaysia.

Resipi Jamu Mak Dara adalah warisan daripada pengamal tradisional yang bernama Mak Dara.

Dengan kandungan herba asli, ini membantu golongan wanita yang mengalami masalah kesihatan seperti berikut:

  • Senggugut
  • Berat dan lemak berlebihan
  • Susah hamil
  • Kerap keguguran
  • Masalah kesuburan
  • Badan berbau dan kulit kasar
  • Haid tak teratur
  • Haid berhenti dan susah keluar
  • Keputihan
  • Tanda-tanda menopause awal
  • Lemak dalam badan susah terbakar
  • Metabolisme rendah
  • Banyak angin dan mudah lesu
  • Badan lenguh lenguh
  • Selalu sakit di bahagian pinggang

Kenapa Anda Perlu Mengamalkan Jamu Mak Dara?

  • Mengandungi herba-herba tradisional yang diamalkan oleh generasi terdahulu
  • Berbentuk kapsul yang mudah untuk dimakan seperti pil perubatan tanpa perlu dibancuh
  • Menggabungkan penggunaan penyelidikan sains dan teknologi serta peralatan moden dengan formula warisan tradisional
  • Rasa yang sedap dan tidak seperti rasa jamu atau air akar kayu tradisional
  • Harga yang berpatutan dan mudah dimiliki
  • Sesuai untuk semua golongan

Di pasaran, kebanyakan suplemen herba pemakanan mengikuti suplemen makanan moden. Tetapi Jamu Mak Dara mengekalkan keaslian bentuk jamu tradisional.

Jadi, anda boleh mengamalkan jamu ini secara konsisten kerana bukan sahaja bagi masalah senggugut tetapi lebih daripada itu.

Mari utamakan cara tradisional dengan Jamu Mak Dara untuk menjaga kesihatan dan kecantikan tubuh, luar dan dalam. Dapatkan segera!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.

Top Img back to top