Keputihan Wanita: Faktor dan Cara Merawatnya
- admin
- Posted on
- 0 comments
Penyakit keputihan wanita merupakan suatu masalah yang biasa dialami oleh semua wanita.
Namun, gejala dan komplikasi adalah berbeza-beza pada setiap individu serta tahap kesihatan mereka.
Tompokan “putih” yang ada pada permukaan seluar dalam mengundang rasa yang kurang selesa terhadap wanita.
Oleh itu, mereka yang mempunyai masalah ini pasti mencari jalan untuk merawat keputihan terutamanya yang menghadapi keputihan yang tidak normal.
Teruskan membaca artikel ini kerana kami akan berkongsi tentang keputihan wanita yang anda perlu tahu.
Ketahui Keputihan Wanita Anda Normal atau Tidak
Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dialami oleh kebanyakan wanita di seluruh dunia.
Sangat penting untuk anda boleh membezakan ciri-ciri keputihan yang normal dan keputihan yang tidak normal.
Keputihan dibahagikan kepada dua jenis iaitu keputihan normal dan keputihan abnormal.
Keputihan Bersifat Normal
Keputihan ini biasanya normal di mana hampir semua wanita melalui keadaan seperti ini.
Ia biasanya berlaku ketika seseorang wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi iaitu kitaran haid.
Ciri-ciri keputihan bersifat normal:
- Lendir yang cair dan tidak melekat
- Berwarna putih atau krim
- Tidak berbau
- Lendir keluar dalam jumlah yang sedikit
- Tidak ada gatal-gatal
- Tidak memerlukan rawatan
Keputihan Bersifat Abnormal
Keputihan ini lebih kronik di mana boleh menunjukkan tanda-tanda penyakit disebabkan jangkitan kuman seperti bakteria dan kulat.
Ciri-ciri keputihan bersifat abnormal:
- Lendir yang kental dan melekat
- Berwarna kuning, kelabu atau hijau
- Berbau busuk
- Lendir keluar dalam jumlah yang banyak
- Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan disertai keradangan
- Memerlukan rawatan yang segara
Faktor-Faktor Yang Menyumbang Kepada Keputihan Wanita
1. Faktor Hormon
Hormon yang mengalami gangguan keseimbangan dalam tubuh akan menyebabkan seseorang wanita mengalami keputihan.
Ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara yang berikut:
- Rembesan hormon estrogen
- Pengambilan ubat
- Wanita yang mengalami tekanan
- Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan
2. Faktor Kebersihan
Kebersihan pada bahagian faraj mestilah dijaga dengan baik supaya tiada sebarang jangkitan berlaku.
Oleh itu, setiap wanita digalakkan untuk mencuci bahagian tersebut dengan air yang bersih.
Pastikan juga faraj adalah kering selepas membuang air kecil atau selepas melakukan aktiviti seksual.
Ini kerana kelembapan itu yang akan menggalakkan berlakunya jangkitan kulat dan bakteria.
3. Faktor Kesihatan
Masalah kesihatan seperti penyakit kencing manis boleh menyebabkan wanita lebih mudah mendapat keputihan.
Ia disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj.
Ini seterusnya membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak dalam bahagian faraj.
4. Faktor Gaya Hidup
Gaya hidup sudah tentu akan mempengaruhi juga status kesihatan seorang wanita.
Mereka yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat berisiko untuk mendapat jangkitan pada bahagian faraj.
Lihat juga
Cara Mencegah Keputihan Wanita
Seringkali kita terdengar, mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati.
Sebelum keputihan menjadi lebih teruk atau terkena jangkitan yang lain adalah wajar untuk mengambil langkah pencegahan.
Berikut merupakan antara amalan-amalan yang disarankan untuk para wanita lakukan:
- Memastikan bahagian faraj sentiasa dalam keadaan yang bersih dan kering
- Elakkan guna pembersih faraj atau sebarang produk wangian pada bahagian faraj yang mengganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan
- Tidak memakai seluar dalam yang ketat dan daripada kain satin
- Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi dengan kandungan gula
- Amalkan gaya hidup yang sihat
Pengetahuan dan kesedaran tentang keputihan wanita sangat penting bagi kesihatan dan kebersihan bahagian intim wanita.
Jamu Mak Dara Asli Kapsul Solusi Membantu Merawat Masalah Keputihan Wanita
Resipi Jamu Mak Dara ini adalah warisan daripada pengamal tradisional yang bernama Mak Dara.
Dengan terdapatnya kandungan herba asli di dalam jamu, ini sudah tentu membantu golongan wanita yang mengalami masalah kesihatan seperti berikut:
- Memberi tenaga tambahan
- Membuang toksin dan angin
- Membakar lemak berlebihan
- Mengurangkan ketegangan sendi, otot dan sengal badan
- Memelihara kesihatan bahagian intin wanita
- Menyuburkan rahim
- Mengatasi masalah keputihan
- Memperbaiki sistem kitaran haid
- Mengurangkan masalah lemah badan terutama bagi ibu selepas bersalin
Kenapa Anda Perlu Mengamalkan Jamu Mak Dara?
- Mengandungi herba-herba tradisional yang diamalkan oleh generasi terdahulu
- Berbentuk kapsul yang mudah untuk dimakan seperti pil perubatan tanpa perlu dibancuh
- Menggabungkan penggunaan penyelidikan sains dan teknologi serta peralatan moden dengan formula warisan tradisional
- Rasa yang sedap dan tidak seperti rasa jamu atau air akar kayu tradisional
- Harga yang berpatutan dan mudah dimiliki
- Sesuai untuk semua golongan
Keistimewaan dan keunikan yang dibawa oleh Jamu Mak Dara ini tersimpan di dalam resepi dan adunan herba terpilih yang diwarisi turun temurun.
Amalkan Jamu Mak Dara sebagai salah satu cara untuk sihat daripada penyakit keputihan wanita.
Rawat sebelum terlambat demi kehidupan yang lebih selesa dan bahagia.