Senggugut : Bagaimana Ia Terjadi Dan Cara Meredakannya

senggugut

Hormon wanita akan mengalami haid atau period setiap bulan dan ada yang perlu menahan sakit senggugut. 

Terdapat simptom yang sering dikaitkan semasa period adalah senggugut yang juga dikenali sebagai period pain.

Terdapat simptom period yang lain antaranya seperti perut kembung, muka berjerawat, gangguan emosi seperti cepat marah atau emosi berubah ubah. 

Tahap simptom period yang dialami adalah berbeza mengikut ketahanan dan hormon seseorang. Ada sesetengah wanita yang mengalami jerawat yang teruk di wajah, ada juga yang loya dan mual. 

Namun begitu, ada juga yang bernasib baik tidak mengalami simptom period dengan ketara dan masih boleh menjalani kehidupan seperti biasa. 

Senggugut juga antara simptom yang tidak semua merasainya dan berbeza tahap sakit yang dialami oleh setiap wanita. 

Adalah sangat penting untuk para wanita mengetahui tips menghilangkan period pain serta makanan yang dapat membantu mengurangkannya. 

Apakah Itu Senggugut? 

Wanita yang masih datang haid adalah golongan yang sering mengalami senggugut. Banyak cerita-cerita yang didengari menyatakan ianya menganggu aktiviti harian mereka. 

Senggugut boleh didefinisikan sebagai sakit yang dialami ketika haid di bahagian bawah perut atau pelvis. 

Pelvis yang dimaksudkan adalah merupakan bahagian dimana rahim, ovari, tiub falopio dan pundi kencing berada. 

Dua jenis senggugut yang dapat dikenal pasti iaitu senggugut primer dan sekunder. 

Senggugut primer adalah yang sering dialami oleh kebanyakan remaja perempuan dan kebiasaan ia berlaku selepas 6 ke 12 bulan apabila ovulasi mula. Namun ia juga boleh dialami oleh wanita yang masih subur. 

Senggugut sekunder pula adalah berpunca daripada patologi yang berada di rahim dan pelvis. Ianya lebih lazim dialami oleh wanita yang berusia dan masih subur. 

7 Tips Hilangkan Senggugut Yang Wanita Kena Tahu!

Ada kalanya senggugut boleh menjejaskan aktiviti harian dan menjadikan mood terganggu. 

Tak semua wanita tahu mengenai tips menghilangkan senggugut. 

Antara tips yang boleh diamalkan adalah:

  • Tuaman Panas 

senggugut

Ianya mudah untuk dilakukan serta menggunakan bahan yang senang didapati. 

Dengan tuam di bahagian otot-otot yang sakit dapat menjadikan ia lebih rileks dan mengurangkan sakit. 

Ia boleh di lakukan di bahagian perut, pinggang atau punggung.

Dengan membeli beg tuaman panas, lebih mudahlah untuk tuam ketika senggugut. Namun, sekiranya tiada beg tuaman panas, boleh juga menggunakan botol air yang diisi dengan air panas. 

  • Minum Air Suam

Selain untuk kekalkan badan dalam keadaan hydrated, minum air suam juga mampu untuk melancarkan peredaran darah. 

Sama seperti kesan tuaman panas, dengan minum air suam juga dapat membantu merilekskan otot – otot perut dan rahim.

  • Aktifkan Diri 

bersenam

Dalam keadaan yang tidak selesa ketika period, wanita cenderung untuk menghabiskan masa di rumah sahaja. 

Namun, dengan berkurung tanpa aktiviti yang sihat, boleh mengakibatkan emosi tidak stabil dan stress. 

Aktifkan diri dengan perbanyakkan pergerakkan seperti mengemas rumah, berkebun atau beraktiviti sosial dapat mengurangkan senggugut dengan penghasilan endorfin dalam badan.

  • Ambil Herba dan Suplemen

fish oil omega

Terdapat banyak petua yang boleh diikuti dan menjadi amalan orang lama. 

Antaranya adalah minum teh halia. Halia yang ditumbuk lumat dan dicampur dengan air suam.

Antara suplemen yang boleh diambil untuk menghilangkan senggugut adalah magnesium dan pati ikan haruan yang kaya dengan Omega-3. 

  • Jaga Pantang

Ketika senggugut adalah lebih baik untuk mengelakkan makanan-makanan yang berproses, berminyak, mempunyai gula dan garam berlebihan, minuman yang mempunyai kafein serta makanan ringan yang tidak berkhasiat.

Lebih elok mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang berserat tinggi. 

Sebagai ‘snacking’,adalah lebih sesuai ambil buah-buahan kering dan kekacang seperti cashew nut dan almond kerana ia tinggi protein. 

  • Pil Penahan Sakit Senggugut

Jika terlalu sakit senggugut yang dialami, bolehlah mengambil ubat tahan sakit. 

Namun, harus diingatkan bahawa ubat tahan sakit hanya mampu melegakan dan bukannya merawat. 

  • Gunakan Jamu Mak Dara Asli Kapsul

jamu mak dara

Yang terakhir sekali adalah anda juga boleh menggunakan Jamu Mak Dara Asli Kapsul untuk memastikan kesihatan dalaman wanita terjaga. 

Ia diperbuat daripada herba-herba terpilih dan berkualiti tinggi. Jadi, buat anda terasa letih akibat daripada menahan sakit senggugut, anda boleh amalkan kapsul ini. 

Jadikan Makanan Ini Sebagai Pembantu Senggugut (Period Pain)

  •  Sayur-sayuran Hijau

makanan seimbang

Perbanyakkan makan sayuran hijau dapat membantu mengurangkan senggugut. 

Ini kerana sayuran hijau seperti bayam dan brokoli mengandungi kandungan vitamin dan zat besi yang tinggi. 

Ia dapat membantu wanita yang sedang period kerana kehilangan banyak darah dan mungkin berasa lemah serta cepat penat daripada biasa. 

  • Salmon

Seperti yang disebut di atas, Omega-3 dapat mengurangkan rasa senggugut dan ianya boleh didapati pada ikan salmon. 

Perubahan mood atau stress juga dapat dikawal dengan mengambil ikan salmon.

  • Yogurt 

yogurt

Ada kajian menunjukkan bahawa makanan yang mempunyai vitamin D dan kalsium yang tinggi adalah lebih baik kerana dapat mengurangkan rasa sakit ketika period. 

Disarankan mengambil Greek yogurt yang mempunyai dua kali ganda lebih protein dari yogurt biasa. 

  •  Teh Halia 

teh herba

Halia mempunyai kelebihan bertindak sebagai ubat tahan sakit semulajadi kerana mempunyai asid mefenamic yang boleh melegakan senggugut. Jadi minum the halia dapat menjadikan otot – otot perut dan rahim yang kejang menjadi lebih relaks 

Kesimpulan

Senggugut yang teruk boleh mengganggu aktiviti seharian kita, bukan itu sahaja, ia juga mungkin datang sekali dengan sakit kepala, loya dan sakit sakit badan. 

Bukan mudah untuk menjadi wanita, kadang kala kita perlukan support untuk kekal bertenaga dan sihat walaupun dalam keadaan datang bulan. 

Sebab itu anda perlukan produk Jamu Mak Dara yang boleh membantu untuk meningkatkan kecergasan tubuh, menyingkirkan toksin, mengukuhkan sendi dan otot. 

Antara produk yang boleh berikan tenaga tambahan ketika dan baik untuk kesihatan dalaman ialah: 

  • Kopi Mak Dara 

kopi mak dara

Kopi Mak Dara ialah minuman kopi herba yang mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan kepada si peminum. Antaranya: 

  1. Meningkatkan tenaga dan kecergasan tubuh. 
  2. Menyingkirkan toksin dari tubuh badan.
  3. Membantu mengukuhkan otot dan sendi badan. 
  4. Mengatasi kelesuan (terutama ketika haid). 
  5. Memelihara keremajaan kulit. 

Diperkaya dengan ekstrak akar serapat, kopi herba ini dapat berikan khasiat, keselesaan dan meningkatkan tenaga kepada wanita yang mengalami senggugut. 

  • Jamu Mak Dara Asli Kapsul 

jamu mak dara

Bagi wanita yang ingin menjaga kesihatan dalaman, anda boleh dapatkan Jamu Mak Dara Asli Kapsul kerana ia membantu untuk: 

  1. Berikan tenaga tambahan 
  2. Membuang toksin daripada badan 
  3. Mengurangkan ketegangan sendi, otot dan sengal pada badan. 
  4. Memelihara kesihatan bahagian intim wanita. 
  5. Menyuburkan rahim. 
  6. Mengatasi masalah keputihan. 
  7. Memperbaiki kitaran haid. 
  8. Memperbaiki masalah lemah badan (terutama untuk ibu yang baru lepas bersalin).

Jadi, tunggu apa lagi? 

Dapatkan kedua-dua produk ini untuk memastikan hari-hari anda tidak berubah kelam dek ketidakselesaan daripada senggugut. 

Klik pada pautan di bawah ini untuk dapatkan produk ini sekarang! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.

Top Img back to top