Tips Berpantang Selepas Bersalin

tips berpantang selepas bersalin

Amalan berpantang untuk ibu yang baru melahirkan sangat berbeza mengikut bangsa, kaum, negeri mahupun negara.

Malah tidak mustahil sesetengah amalan berpantang itu adalah mengikut warisan daripada turun menurun keluarga berdasarkan pengalaman ahli keluarga atau nenek moyang terdahulu.

Kenapa Perlu Pantang Ketika Bersalin?

Semasa bersalin badan akan kehilangan banyak darah, pengecutan rahim, ketegangan urat saraf, keseimbangan hormone dan kehilangan tenaga.

Oleh itu, tempoh berpantang sangat penting bagi ibu selepas bersalin untuk merawat, menyucikan dan memulihkan badan. 

Pemakanan yang baik merupakan kunci utama untuk memberikan tenaga dan membolehkan wanita terus kekal sihat selepas bersalin. 

Selain itu, rehat yang cukup juga amat penting untuk proses pemulihan. Pantang larang makanan merupakan pantang larang sesetengah masyarakat. 

Daripada segi perubatan dan kajian saintifik, tidak ada yang dapat membuktikan bahawa makanan akan memberi mudarat kepada ibu yang bersalin kecuali memang ada alahan.

6 Tips Pantang Selepas Bersalin

Kepada para ibu yang berada dalam zaman moden ini, isu berpantang semestinya akan menimbulkan beberapa kekecelaruan informasi tentang cara berpantang dengan baik. 

Antara hendak ikut petua zaman dahulu atau nasihat pakar perubatan masa kini?

Dewasa kini, teknologi dan kemajuan sains perubatan semakin maju. Jadi tidak sukar untuk kita mendapatkan maklumat-maklumat tentang kesihatan kerana semuanya kini dihujung jari. 

Antara tips-tips pantang selepas bersalin ialah:

  •  Minum Air Secukupnya

pantang bersalin

Para ibu yang sedang berpantang sangat memerlukan air yang mencukupi iaitu antara 2 hingga 3 liter sehari. 

Ia sangat penting untuk menghasilkan susu ibu yang banyak. 

Kerana, susu ibu mempunyai komponen air yang tinggi. Selain itu, minum air yang mencukupi dapat mengatasi masalah sembelit.

  •  Makan Makanan yang Berkhasiat

Selepas bersalin ibu sangat memerlukan zat nutrisi yang lengkap dan makanan yang berkhasiat untuk membekalkan tenaga buat diri sendiri dan menyembuhkan luka.

Semasa berpantang, utamakan sumber protein seperti ikan merah, selar, tenggiri, bawang putih, lada hitam, halia dan asam jawa.

Jangan makanan yang menyebabkan kegatalan terutama bagi yang bersalin secara pembedahan seperti ikan tongkol, keli, sembilang, terubuk, dan telur.

  • Kekal Aktif

minum air yang cukup

Selepas bersalin, tak semestinya kena berbaring sahaja. Ibu yang sedang pantang sangat digalakkan untuk bergerak mengikut daya kemampuan masing-masing.

Melakukan kerja rumah merupakan salah satu cara untuk ibu yang sedang berpantang kekal aktif. 

Ianya bertujuan untuk mengelakkan darah beku pada kaki kerana jika darah beku bergerak ke paru-paru, ia boleh membahayakan dan boleh membawa maut.

  • Bertungku

bertungku

Kebiasaan masyarakat Melayu  akan menggunakan tungku selepas bersalin asalkan orang yang bertungku itu mahir kerana harus tuam di tempat tertentu sahaja.

Haba dari batu tungku akan membantu membuatkan saluran darah kita berkembang. 

Oleh itu dapat melegakan rasa sakit dan lenguh di otot terbabit, meningkatkan fleksibiliti otot, membantu membuang bahan buangan dan meningkatkan oksigen dalam darah.

  •  Berfikiran Positif

pantang bersalin

Selepas bersalin terdapat banyak perubahan yang akan berlaku ke atas ibu terutamanya untuk ibu yang buat pertama kali menimang cahaya mata.

Suami dan ahli keluarga yang terdekat seharusnya memberi sokongan yang padu dari segi mental, fizikal, emosi dan moral agar sentiasa berfikiran positif.

  •  Segera ke Hospital Jika Sakit 

Jika selepas melahirkan mengalami masalah kesihatan dan kemusykilan tentang diri sendiri mahupun bayi, maklumkan kepada jururawat atau pergi ke klinik atau hospital jika perlu.

Antara simptom yang berbahaya adalah:

  • Demam melebihi 38 darjah Celsius
  • Sakit kepala sehingga mata kabur, muntah dan kaki bengkak
  • Sakit dada dan sukar bernafas secara tiba-tiba
  • Batuk berdarah dan pening kepala
  • Darah nifas yang keluar begitu banyak

Jika ini berlaku, para ibu perlu segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

4 Bahaya Ketika Pantang Bersalin

Di bawah ini adalah 4 simptom bahaya yang perlu diambil serius oleh ibu-ibu jika alami ketika sedang berpantang:

  •  Sakit Kepala yang Teruk

Jika anda mengalami pening yang teruk serta dengan mata menjadi kabur, kaki bengkak dan muntah selepas bersalin, tolong pergi ke hospital dengan kadar segera.

Kebiasaannya, simptom ini terjadi kepada mereka yang mempunyai rekod darah tinggi semasa mengandung.

Ditakuti, ibu yang mempunyai simptom ini akan mengalami eclampsia yang merupakan sawan akibat tekanan darah tinggi dan boleh menyebabkan pendarahan, koma, strok dan maut.

  •  Demam Melebihi 38 Darjah Celsius

Pada kebiasaannya, demam dan disertai dengan salah satu simptom seperti:

  • Bengkak payudara
  • Darah nifas yang berbau sangat busuk
  • Luka bekas pembedahan yang bengkak, sakit luar biasa dan keluar nanah.
  • Berasa sangat sakit dibahagian perut dan ari-ari.
  • Terasa pedih dan urin berbau semasa buang air kecil, ini merupakan jangkitan kuman pada pundi kencing.
  •  Darah Nifas yang Banyak

Perhatikan jika darah nifas keluar yang begitu banyak secara tiba-tiba.

Ditambah pula dengan berasa pening atau terasa denyutan nadi yang laju. Kemungkinan ini petanda anda sedang tumpah darah.

  •  Sakit Dada dan Sukar Bernafas

Para ibu mengalami simptom sakit dada, sukar bernafas, mengalami batuk berdarah dan sakit kepala?

Barangkali, terdapat ketulan darah yang tersekat di salur darah anda. Ianya dapat mengancam nyawa.

Segera ke hospital dan jangan lengahkan masa lagi!

Penjagaan diri semasa berpantang amatlah penting kerana anda berada di fasa yang lemah dan memerlukan bantuan ahli keluarga tersayang.

Jangan berseorang dan tanyalah orang yang berpengalaman mahupon doktor jika terdapat kemusykilan. 

Selamat berpantang!

Jika anda sedang mencari produk berpantang lokal yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan, anda boleh dapatkannya di Jamu Mak Dara! 

Jamu Mak Dara sememangnya terkenal dari dahulu lagi sebagai jenama produk yang menitik-beratkan kesihatan wanita dan ibu berpantang. 

Barisan produk-produk Jamu Mak Dara diperkaya dengan ramuan daripada herba tradisi secara turun menurun. 

Untuk ibu yang sedang berpantang, anda boleh dapatkan Jamu Mak Dara Asli Kapsul. 

 jamu mak dara asli kapsul

Antara keistimewaan yang utama mengenai produk ini adalah ia membantu individu memperbaiki kesihatan dalaman dan luaran.

Selain itu, produk ini juga berfungsi untuk: 

  • Beri tenaga tambahan.
  • Mengurangkan masalah lemah badan (terutamanya bagi ibu-ibu bersalin).
  • Membuang toksin dan angin.
  • Mengurangkan ketegangan sendi, otot, dan sengal badan.
  • Memelihara kesihatan pada bahagian intim. 
  • Menyuburkan rahim. 
  • Mengatasi masalah keputihan.

Anda tidak perlu was-was dan takut dengan kandungannya kerana ianya diformulasi dengan rumusan organik dan formula warisan herba semula jadi.

Kenapa anda perlu dapatkan produk Jamu Mak Dara berbanding jamu yang lain?

Sudah pasti kerana ianya dijamin suci. Semua formulasinya mematuhi piawaian dan tidak mengandungi bahan-bahan yang kimia. 

Selain itu, produk ini juga telah mendapat kelulusan daripada KKM. Jadi, memang selamat untuk diamalkan! 

Tunggu apa lagi? 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.

Top Img back to top