Cara Menangani Stress Untuk Ibu Hamil

cara menangani stress

Ramai ibu hamil yang mengalami gejala mood swing atau perubahan emosi disebabkan oleh hormon kehamilan. Cara menangani stress yang paling berkesan adalah rehat secukupnya. 

Namun, tidak dinafikan juga perubahan emosi ini ada kalanya menyebabkan ibu hamil mudah berasa tertekan. 

Bila dalam keadaan tertekan, sudah pastinya membawa kesan tidak baik bukan sahaja kepada ibu bahkan bayi di dalam kandungan. 

Antara kesan tekanan yang boleh berlaku bagi ibu hamil adalah masalah kekurangan Hemoglobin (HB) dalam darah. 

HB Rendah Akibat Stress

ibu hamil

Bagi ibu-ibu hamil, istilah ‘Hb low’ atau ‘Hb rendah’ adalah antara aduan yang paling kerap didengari. 

Keadaan bacaan hemoglobin (Hb) yang rendah atau dalam istilah perubatan disebut anemia, merupakan satu keadaan di mana kekurangan sel darah merah untuk membawa oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.

Semasa hamil, tubuh akan menghasilkan lebih banyak sel darah merah untuk menyokong perkembangan bayi. 

Kekurangan hemoglobin(Hb) boleh menyebabkan kekurangan oksigen sekaligus mendedahkan ibu hamil dan bayi kepada beberapa risiko.

  • Badan Terasa Letih Dan Lesu

Anemia boleh membuatkan seseorang berasa letih, lesu dan lemah. Ibu hamil akan sering terasa pening, sesak nafas atau sukar untuk fokus. 

Ia berlaku akibat kekurangan oksigen dan nutrien yang amat diperlukan oleh badan. Raut muka juga cenderung kelihatan pucat dan tidak bermaya.

  •  Risiko Keguguran

Sekiranya anemia berada pada tahap yang serius, tubuh akan tidak berupaya lagi menanggung proses kehamilan lalu menyebabkan risiko keguguran janin yang dikandungkan.

  • Tumpah Darah Ketika Bersalin

Apabila bacaan Hb ibu hamil tidak menunjukkan peningkatan sehingga waktu bersalin, apa yang membimbangkan adalah ia berisiko menyebabkan tumpah darah. 

Jika ini berlaku, kebarangkalian untuk seseorang memerlukan pemindahan darah (blood transfusion) akan meningkat demi menyelamatkan nyawa.

  • Kelahiran Bayi Kurang Berat Badan (IUGR)

Selain itu, bahaya kekurangan Hb juga memberi kesan kepada kesihatan fizikal bayi, di mana sejak dalam kandungan lagi bayi tidak dapat membesar dengan normal.

Bayi IUGR (IntraUrine Growth Restriction) biasanya lahir dengan berat badan yang kurang daripada normal dan memerlukan perhatian khusus daripada pihak hospital. 

Kes sebegini juga boleh berpunca daripada kelahiran bayi pramatang oleh ibu yang mengalami anemia.

  • Bayi Meninggal Dalam Kandungan

Komplikasi-komplikasi akibat kekurangan Hb dalam darah boleh menjadi punca bayi meninggal dalam kandungan.

  • Kematian Ibu

Dalam kes yang paling teruk, anemia yang tidak dirawat boleh menjadi punca kematian ibu hamil.

Untuk makluman anda, kira-kira 1 daripada 5 kehamilan adalah berisiko mengalami anemia. 

Namun, ia tidaklah bermakna anda akan menghadapi semua komplikasi yang dinyatakan di atas.

Dengan pantauan doktor dan langkah keselamatan yang diambil sejak awal, tidak mustahil anda boleh melahirkan bayi secara normal tanpa sebarang komplikasi. 

Jadi, pastikan anda menjaga kesihatan fizikal serta mental dengan baik seperti yang dinasihatkan oleh doktor. 

5 Tips Cara Menangani Stress Untuk Ibu Hamil

Berikut adalah 5 tips cara menangani stress untuk ibu hamil:

  • Buat Perubahan Dalam Gaya Hidup

Bagi ibu hamil yang bekerja, anda perlu memastikan tidak mengalami tekanan emosi kerana hal pekerjaan dan mampu mengurus perasaan.

Sebaik sahaja mengetahui anda sedang hamil, seeloknya ubah gaya hidup dalam rutin harian. 

Cara menangani stress untuk ibu hamil pastikan mempunyai rehat yang secukupnya serta elakkan tertekan dengan perkara-perkara remeh. Berhenti bekerja atau mengambil cuti sekiranya suasana kerja memburukkan keadaan mental anda.

  • Ambil Makanan Yang Berkhasiat

Ketika hamil, zat makanan yang diperolehi daripada makanan bukan hanya menyerat masuk ke dalam badan anda tetapi juga berperanan untuk member zat kepada janin di dalam rahim. 

Oleh itu, ibu hamil perlu memastikan badan menerima makanan yang sihat dan berkhasiat.

Makanan yang sihat juga boleh mengurangkan stress ketika hamil. Fikiran anda akan berasa tenang kerana dapat memastikan bayi mendapat zat yang secukupnya.

  • Masa Tidur Yang Cukup

Kebiasaan ibu hamil mengalami masalah tidur yang tidak mencukupi kerana sukar menemukan posisi tidur yang selesa terutamanya ketika trimester ke-3. 

Selain itu, sakit kepala, mual atau mengidam juga salah satu faktor ibu hamil tidak dapat tidur lena kerana asyik terjaga di tengah malam. 

Tidur yang cukup dan lena setiap malam boleh membantu badan untuk beristirehat. Oleh itu, anda perlu memastikan anda dapat waktu tidur yang cukup sama ada pada waktu malam ataupun siang.

  • Mencari Ilmu Tentang Kehamilan

Memiliki maklumat yang lengkap mengenai proses kehamilan dan bersalin membuatkan ibu hamil lebih bersedia dan lebih mudah menjalani proses kehamilan tanpa stress. 

Anda boleh mencari maklumat melalui pembacaan artikel di internet, buku atau bertanya kepada doktor ketika temujanji yang ditetapkan.

  • Berbincang Dengan Suami 

Memiliki anak adalah tanggungjawab kedua pasangan. Oleh itu, pastikan suami anda terlibat sekali sepanjang proses kehamilan.

Anda boleh meluahkan apa sahaja yang anda mahu suami lakukan saat hamil. 

Berbincang dengan suami boleh mengurangkan kegelisahan dan stres ketika hamil kerana anda tahu bahawa bapa kepada bayi anda sentiasa ada di sisi.

Cara Menangani Stress, Jaga Juga HB!

Ibu hamil perlu memastikan bebas stres dan menikmati proses kehamilan dengan tenang. Terbukti bahawa kesan stress juga menjadi penyebab HB anda drop! 

Antara ketakutan para ibu hamil, jika tidak dirawat dengan segera bukan sahaja bahaya kepada kesihatan diri malah membawa kesan kepada bayi dalam kandungan.

Terdapat beberapa pengambilan makanan yang mengandungi nutrient seperti zat besi, vitamin C dan asid folik yang membantu menaikkan kadar Hb. 

Antaranya adalah daging ayam, makanan laut seperti ikan dan kerang, daging lembu, susu kurma, sayur bayam dan buah jambu batu.

Bagi ahli keluarga terdekat dan rakan sekerja, berilah sokongan emosi dan fizikal terhadap orang mengandung. 

Bantu mereka yang sedang dalam keadaan sarat dan emosi tak menentu.

Anda mengalami selsema, pening, atau mabuk laut ketika hamil?

Gunakan Bauan Herba – Herbs Inhaler, pasti melegakan dan membantu kehidupan harian anda!bauan herba

Bauan Herba Mak Dara adalah produk berasaskan aromaterapi mengandungi bahan-bahan seperti kayu manis, peppermint, 

Khusus untuk mengatasi masalah selsema, bersin pada waktu pagi, gatal hidung/tersumbat/berair. Ia juga membantu mengatasi pening dalam perjalanan, mabuk laut, sakit kepala atau alahan mengandung.

Wangian yang menyegarkan untuk melegakan hidung?

Dapatkan Bauan Herba Mak Dara hanya di Jamu Mak Dara Sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.

Top Img back to top