Haid Tidak Teratur: Hati-Hati, Ini Penyebabnya!
- admin
- Posted on
- 0 comments
Pernahkah anda mengalami haid tidak teratur iaitu tidak datang haid pada waktu yang sepatutnya?
Kemudian anda merasa risau kerana memikirkan mungkin ia menjadi petanda kepada masalah atau penyakit tertentu.
Setiap wanita mempunyai pengiraan haid yang tidak sama. Bagaimana untuk tahu kitaran haid normal atau tidak?
Secara purata, kitaran haid normal bagi seorang wanita adalah 28 hari.
Lazimnya, tempoh biasa kitaran berlaku antara jangka masa 21 hingga 40 hari.
Bagi kitaran yang tidak teratur, kadang kala jarak antara haid yang berikutnya jauh seperti mencecah hingga 3 atau 6 bulan.
Apakah aliran haid anda? Penting untuk tahu kerana pengukur salah satu tahap kesihatan yang membabitkan kesuburan seorang wanita.
Artikel ini akan membincangkan tentang punca dan cara merawat kepada masalah haid tidak teratur.
Punca Haid Tidak Teratur
Ada masanya kitaran haid akan mengalami perubahan. Sedikit perubahan masih dianggap normal.
Misalnya anda perasan haid anda terlewat atau terawal beberapa hari.
Berikut merupakan antara punca haid tidak teratur yang boleh dibahagikan mengikut umur.
Gadis Belasan Tahun
Punca haid tidak teratur disebabkan oleh masalah hormon iaitu sistem reproduktif yang masih belum matang. Namun, ini dianggap normal untuk mereka.
Wanita Berumur 20-40 Tahun
Penyakit organ reproduktif seperti fibroid, adenomiosis, endometriosis dan juga kanser.
Selain itu, berpunca daripada pengambilan suplemen yang mengandungi hormon.
Wanita Berumur Lebih 40 Tahun
Ia adalah lebih kurang sama seperti golongan wanita berumur 20-40 tahun.
Dalam kategori ini, mereka menghadapi masalah hormon terutama ketika usia menopause.
Manakala berikut merupakan penyebab haid tidak teratur yang lain pula.
- Berat badan
Berat badan yang berlebihan atau terlalu berkurangan boleh menyebabkan gangguan komposisi lemak dalam tubuh seorang wanita sehingga menjejaskan kitaran haid mereka.
- Tekanan emosi
Stres atau tekanan emosi juga boleh mengganggu keseimbangan hormon. Namun, ia adalah bersifat sementara.
- Sindrom PCOS (Polycystic ovarian syndrome)
Antara masalah yang wanita tidak sedar sehingga mereka membuat pemeriksaan doktor yang menunjukkan cyst pada permukaan ovari.
Berlakunya perubahan hormon dalam badan yang menyebabkan telur ovum tidak matang.
Baca Juga
Penjagaan Makanan Antara Petua Yang Boleh Diamalkan
Selain berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya, terdapat petua yang boleh diamalkan.
Misalnya, menjaga pemakanan. Apabila kita menjaga pemakanan dengan betul ia akan mempengaruhi berat badan yang ideal dan nutrien yang mencukupi bagi keseimbangan hormon.
Makanan yang mengandungi karbohidrat seperti sayuran dan buahan yang tinggi fiber serta lemak sihat seperti minyak zaitun.
Selain itu, pastikan anda sentiasa minum air secukupnya, mendapat waktu rehat dan tidur yang cukup.
Sangat penting untuk terus kekal berdisiplin mengelakkan pengambilan gula yang berlebihan dalam makanan dan minuman.
Mengimbau zaman dahulu, para wanita memiliki disiplin yang tinggi dalam rutin penjagaan kecantikan dan kesihatan yang tradisional untuk kekal awet muda dan sihat.
Walaupun peredaran zaman berlalu, tidaklah salah untuk terus mengamalkan cara atau menggunakan herba tradisional yang menjadi tradisi turun temurun.
Contohnya, mengamalkan pemakanan jamu dan herba-herba tradisional yang sudah terbukti berkesan untuk kebaikan kesihatan dan kecantikan dalaman bagi seorang wanita.
Formulasi Jamu Mak Dara Untuk Haid Tidak Teratur
Resipi Jamu Mak Dara adalah warisan daripada pengamal tradisional yang bernama Mak Dara.
Dengan kandungan herba asli, ini dapat membantu golongan wanita yang mengalami masalah kesihatan seperti berikut:
- Memberi tenaga tambahan
- Membuang toksin dan angin dalam badan
- Membakar lemak berlebihan
- Mengurangkan ketegangan sendi, otot dan sengal badan
- Memelihara kesihatan bahagian intim wanita
- Menyuburkan rahim
- Mengatasi masalah keputihan wanita
- Memperbaiki sistem kitaran haid
- Mengurangkan masalah lemah badan terutama bagi ibu selepas bersalin
Kenapa Anda Perlu Mengamalkan Jamu Mak Dara Asli Kapsul?
- Mengandungi herba-herba tradisional yang diamalkan oleh generasi terdahulu
- Berbentuk kapsul yang mudah untuk dimakan seperti pil perubatan tanpa perlu dibancuh
- Menggabungkan penggunaan penyelidikan sains dan teknologi serta peralatan moden dengan formula warisan tradisional
- Rasa yang sedap dan tidak seperti rasa Jamu atau Air Akar Kayu Tradisional
- Harga yang berpatutan dan mudah dimiliki
Keistimewaan dan keunikan Jamu Mak Dara ini tersimpan di dalam resepi dan adunan herba terpilih yang diwarisi daripada turun temurun.
Ini bukanlah rawatan utama tetapi sebagai salah satu cara untuk membantu wanita yang mengatasi masalah kesihatan termasuklah haid.
Seperti yang diketahui, pemakanan juga boleh mempengaruhi sistem kitaran haid seseorang. Jadi, anda boleh mengamalkan Jamu Mak Dara Asli Kapsul untuk kembalikan haid yang teratur.
Yang penting, semua produk Jamu Mak Dara adalah SELAMAT dan LULUS KKM.
Semoga artikel ini bermanfaat kepada para pembaca!