Pilis: Adakah Baik Untuk Ibu Berpantang?
- admin
- Posted on
- 0 comments
Pilis adalah salah satu amalan berpantang yang diwarisi turun temurun untuk mengembalikan pesona seorang wanita.
Ini disebabkan wanita dan penjagaan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Lumrah seorang wanita yang ingin kelihatan cantik dan sedap mata memandang.
Terutamanya buat ibu-ibu yang baru sahaja melahirkan. Sudah tentu banyak perubahan yang berlaku pada fizikal tubuh badan.
Salah satu masalah kesihatan yang dirasakan oleh ibu yang baru saja melahirkan adalah sering sakit kepala, pandangan kabur atau bahkan mata berkunang-kunang.
Keadaan begini adalah normal dan biasa terjadi kepada ibu berpantang kerana tidak mempunyai waktu tidur yang cukup kerana mengurus bayi yang baru dilahirkan.
Untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan pilis sebagai alternatif perubatan.
Selain menggunakan ramuan pilis untuk memulihkan badan sewaktu berpantang, kaedah memakai tapel dan param juga sangat membantu untuk anda kembali pada susuk tubuh yang ramping dan langsing selain dari sihat.
Buat yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pilis, dalam artikel ini kami akan membincangkan apa itu pilis dan manfaat yang diberi jika mengamalkan pemakaian pilis semasa berpantang.
Teruskan membaca.
Apa Itu Pilis Dan Cara Pemakaiannya
Pilis adalah ramuan daripada bahan semulajadi atau herba yang kebiasaannya digunakan sebagai salah satu rawatan untuk ibu yang baru melahirkan.
Antara masalah ibu yang baru melahirkan ialah seperti mudah sakit kepala, mata kabur, atau mata mudah berpinar-pinar.
Hal ini mudah terjadi disebabkan tidur yang tidak mencukupi kerana menguruskan bayi. Oleh itu, pilis adalah salah satu solusi untuk mengatasi masalah tersebut.
Bahan asasnya adalah tepung beras yang dicampurkan dengan ramuan herba seperti cekur, kunyit, kenanga, daun pudina, halba, kapur sireh, air limau nipis dan sebagainya.
Cara pemakaiannya adalah disapukan pada dahi dan juga dibuat seperti bedak sejuk.
Sebaiknya lakukan 2 kali sehari selepas mandi sepanjang 44 hari tempoh berpantang untuk membantu mengekalkan kesegaran atau memadai juga dilakukan selama 2 atau 3 minggu berpantang mengikut kesesuaian individu.
Manfaat Pemakaian Pilis Semasa Berpantang
Sesetengah wanita mungkin memandang amalan memakai pilis semasa berpantang sebagai suatu yang leceh. Tetapi, tahukah anda pilis ini banyak manfaatnya.
Antara kebaikan memakai pilis untuk ibu berpantang adalah:
- Meredakan pening kepala
- Melancarkan peredaran darah
- Menyegarkan mata dan memberi keselesaan pada ubun
- Mengurangkan rasa pitam / gelap mata / pandangan kabur. Ini biasanya dialami oleh wanita yang mengalami tekanan darah tinggi
- Mengelak ‘angin’ yang boleh menyebabkan tekanan emosi
- Mengelakkan mata ibu rabun di usia yang muda
- Mengurangkan rasa panas di kepala
Oleh itu, pemakaian pilis itu suatu amalan yang ibu berpantang harus cuba.
Bahan-bahan untuk membuat pilis ini sedikit susah untuk didapati terutama jika anda tinggal di bandar.
Tambahan pula, penyediaan pilis mungkin agak merumitkan ibu yang berpantang sendiri dan ibu muda yang pertama kali bersalin tanpa jagaan ibu atau mertua.
Sebab itu, pada zaman serba moden ini, banyak rangkaian produk ibu bersalin menyediakan alternatif dan produk sedia untuk dipakai.
Sebab itulah Jamu Mak Dara telah menghasilkan Pilis Calming Herbal Blend!
Pilis Calming Herbal Blend Paste Dari Jamu Mak Dara Untuk Ibu Berpantang
Pilis digunakan untuk melegakan sakit sakit di bahagian ubun dan pening kepala akibat berpantang.
Ia dapat mengurangkan kesan gelap mata yang biasanya dialami ibu yang lepas bersalin.
Anda tidak perlu susah-susah untuk menyediakan bahan untuk berpilis kerana Pilis keluaran Jamu Mak Dara sudah lengkap diproses dan hanya tinggal disapukan sahaja pada dahi.
Kini, proses berpantang anda menjadi lebih mudah dan moden.
Mungkin ada di antara anda memandang sinis rawatan berpantang secara tradisional, namun kebaikan daripadanya bermanfaat untuk anda supaya kekal pada tahap kesihatan yang bagus.
Pilis bukan saja dapat membantu meredakan masalah sakit kepala selepas bersalin, malah dipercayai dapat melancarkan peredaran darah dan menghalang darah putih naik ke kepala semasa proses melahirkan.
Dalam erti kata lain, Pilis Calming Herbal Blend Paste dari Jamu Mak Dara dapat menyegarkan bahagian ubun-ubun dan pening kepala akibat berpantang.
Pada ibu yang mula terasa tidak enak badan selepas melahirkan, anda boleh mencubanya sebagai alternatif pilis dari Jamu Mak Dara untuk kekal sihat dan bertenaga untuk mengurus diri dan bayi sewaktu berpantang.
Dengan haruman herba yang terkandung dalam pilis ini, ibu yang berpantang dapat menikmati kesegaran selepas penat menguruskan bayi semasa berpantang berbanding pilis tradisional.
Kekalkan amalan berpantang tradisional seperti amalan pilis dengan cara yang lebih moden dan menyegarkan dari Jamu Mak Dara.
Tunggu apa lagi, layari laman web Jamu Mak Dara untuk pembelian segera!