Lulur Badan, Jadikan Kulit Anda Halus Selicin Kulit Bayi!
- admin
- Posted on
- 0 comments
Orang zaman dulu hanya menggunakan bahan semula jadi seperti pokok buah untuk lulur badan. Sebagai contoh ada yang menggunakan daun dari pokok jambu untuk melulur muka dan kulit badan mereka.
Bukan sahaja dengan daun buah jambu boleh melulur badan, buah lain seperti lemon, tomato dan betik juga banyak memberi manfaat kepada kulit.
Ia juga terkenal dengan vitamin dan khasiat lain yang menjadikan ia sesuai digunakan untuk melulur badan.
Bahan semula jadi itu sendiri dah cukup terkenal dengan khasiatnya, digabungkan dengan khasiat melulur badan pasti akan membuahkan hasil yang lebih baik.
Namun begitu, untuk mendapatkan kesan yang maksima, hendaklah dilakukan dengan cara yang betul.
Dengan kemajuan teknologi sekarang, lebih mudah untuk orang sekarang menggunakan bahan semula jadi yang lebih tahan lama dan berganda khasiatnya.
Hal ini kerana telah dikaji bahan yang boleh dicampur bagi memberi kesan baik yang lebih lagi dari 1 atau 2 bahan semula jadi sahaja.
Produk lulur badan yang ada dipasaran kini boleh memberi khasiat yang sama seperti menggunakan pokok buah pada zaman dulu – dulu.
Dalam artikel ini, kami akan menerangkan mengenai skrub dan lulur badan, cara melulur badan serta kebaikannya kepada kulit badan. Jom kita ketahui kelebihannya!
Oh, Lulur Badan dan Skrub Adalah Sama!
Lulur Tradisional
Lulur tradisional boleh dilakukan dirumah dengan menggunakan beberapa bahan yang kita biasa gunakan dalam masakan seperti:
- Beras
- Daun sirih
- Halba
- Akar Wangi
- Jintan Manis
- Halia
- Kunyit
- Limau Kasturi
- Daun Mengkudu
Anda boleh tumbukkan semua bahan diatas sehingga menjadi halus. Ketika mahu gunakan barulah ambil sedikit dan dicampurkan air semasa mandi. Namun, dinasihatkan untuk tidak terlalu kerap untuk mengelakkan kulit kering dan iritasi.
Cara ini sangat mudah dan murah kerana sangat mudah didapati di pasaran dan mudah disediakan di rumah.
Skrub Buah – Buahan
Untuk menghasilkan skrub dari buah buahan pula ada beberapa buah yang anda perlu sediakan.
Dalam skrub ini, kita akan menggunakan gula untuk membantu dalam proses pengelupasan kulit yang berkesan.
Hanya perlu tambahkan air untuk menggunakannya. Antara bahan yang diperlukan ialah:
- Betik
- Sengkuang
- Strawberi
- Timun
- Pisang
- Tomato
- Gula
Biji Kopi
Ada juga yang menggunakan biji kopi sebagai skrub untuk lulur badan mereka.
Cara penyediaannya mudah kerana anda hanya perlu tumbuk atau kisarkan beberapa biji kopi sehingga menjadi serbuk halus.
Campurkan dengan sedikit air jika hendak menggunakannya.
Dengan aroma yang ada pada biji kopi, boleh menyingkirkan bau kurang enak pada tubuh badan.
Namun sama seperti skrub diatas, ia tidak boleh digunakan dengan kerap untuk mengelakkan lapisan pelindung kulit turut mengelupas.
Cara Pakai Lulur Badan Dengan Betul
Mandi dengan Sabun Antiseptik
Untuk memastikan khasiat yang terkandung dalam bahan melulur badan itu menyerap ke dalam kulit secara terus, anda perlu pastikan yang tiada kotoran atau peluh pada badan sebelum memulakan proses lulur badan.
Dengan menggunakan sabun antiseptik dapat membunuh kuman yang ada dipermukaan kulit dan membersih dengan teliti.
Ia amat penting untuk membolehkan khasiat lulur menyerap ke dalam lapisan kulit dengan sempurna. Hendaklah keringkan badan dengan tuala yang bersih setelah mandi.
Sapukan Minyak Badan sebelum Lulur Badan
Sebelum melulurkan lulur ke badan, anda digalakkan untuk menggunakan minyak zaitun.
Dengan mengoleskan minyak ke seluruh badan boleh mengekalkan dan menambah kelembaban kulit untuk mempermudahkan proses mengeluarkan kotoran dan kulit mati.
Untuk meratakan minyak ke seluruh badan, anda boleh lakukannya dengan teknik mengurut supaya badan anda terasa lebih tenang.
Sapukan, Gosok dan Biarkan Ia Seketika
Setelah badan anda diratakan dengan minyak, anda boleh oleskan skrub secara merata.
Skrub atau lulur yang mengandungi bahan seperti beras atau kopi yang dihancurkan dan juga gula boleh memudahkan lagi proses menanggalkan sel kulit mati. Setelah ratakan scrub keseluruh badan, biarkan ia seperuh kering dan pastikan setiap bahagian dan pelipat badan turut diratakan.
Mengelupas dengan Pergerakan Urut
Lakukan proses ini dengan gerakan tangan dalam bulatan.
Ia bukan sahaja memudahkan proses menanggalkan sel kulit mati, ia juga boleh melancarkan peredaran darah serta memberi penyerapan nutrien ke dalam kulit badan dengan lebih berkesan.
Biarkan Selama Beberapa Minit Sebelum Bilas
Setelah skrub rata di seluruh badan, anda hendaklah beri ia tempoh untuk menyerap selama 10 hingga 15 minit.
Kemudian boleh lah bilas menggunakan air yang bersih tanpa menggunakan sabun.
Bilas dengan bersih dan pastikan tiada sisa skrub yang tertinggal pada kulit dan lap badan dengan tuala bersih.
Kebaikan Lulur Badan untuk Kulit
Awet Muda
Dengan proses pengelupasan yang berlaku, jelaslah kulit yang baru akan lebih nampak sihat dan anjal. Secara tidak langsung akan menampakkan penampilan kita lebih awet muda.
Mencerahkan Kulit
Sel kulit mati membuatkan kulit tampak lebih gelap dan tidak sihat. Jadi, dengan proses penghasilan kulit yang baru dapat menjadikan kulit lebih cerah.
Ia juga berkesan di kawasan ketiak dimana daki-daki berkumpul. Daki-daki ini selalunya menyebabkan terjadinya bau yang tidak menyenangkan.
Dengan lulur badan ini, anda dapat menyingkirkan daki serta bau tersebut.
Menjadikan Otot Lebih Rileks
Urutan menggunakan minyak zaitun sebelum lulur badan memberi manfaat baik kepada otot-otot badan.
Urutan tersebut dapat meregangkan otot-otot menjadi lebih relaks. Aroma semula jadi dari bahan yang digunakan turut mempengaruhi psikologi badan untuk menjadi lebih rileks.
Memberi Kesegaran
Dengan lulur kulit badan kita ni dapat membersihkan pori pori yang mungkin tersumbat dan ada kotoran.
Setelah dibersihkan, pori muka kembali bersih dan dapat menyerap apa-apa bahan yang baik dengan lebih baik. Kesan lulur badan dapat diserap dan kulit dapat menikmati khasiat lulur badan secara maksimum.
Kesimpulan
Terdapat banyak kelebihan jika kita amalkan berlulur badan secara berkala. Namun ia semestinya perlu dilakukan dalam proses yang betul, barulah kesannya akan lebih efektif.
Jika anda ingin dapatkan lulur kopi, kami di Jamu Mak Dara mempunyai produk itu untuk melulur badan dengan khasiat yang lebih baik dan dipermudahkan dalam bekas yang boleh disimpan di dalam bilik mandi.
Lulur Kopi ini diperbuat daripada kopi arabica yang berkualiti tinggi dan ia memberikan manfaat seperti:
- Berikan ketenangan.
- Berikan kesegaran pada tubuh badan.
- Memastikan keanjalan kulit terjaga.
- Dan, melancarkan peredaran darah pada tubuh badan.
Jika anda ingin dapatkan manfaat kopi ini, pastikan anda beli Lulur Kopi daripada Jamu Mak Dara sekarang! Anda hanya perlu klik pada pautan di bawah ini segera.