Panduan Mudah Cara Kira Kitaran Haid Yang Normal

kitaran haid normal

Kitaran haid merupakan kitaran bulanan yang dilalui oleh setiap wanita bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi kemungkinan hamil. 

Ia juga dikenali sebagai tempoh masa berlakunya pendarahan daripada faraj wanita sehingga berlakunya proses itu sekali lagi.

Haid di sini juga merujuk kepada period.

Melalui proses ini, salah satu ovari akan mengeluarkan telur. Proses ini dipanggil sebagai ovulasi.

Kitaran tersebut dianggap tidak teratur apabila ia berada di luar julat ‘normal’. 

Pada kebiasaannya, kitaran yang tidak teratur adalah lebih pendek daripada 21 hari atau lebih lama daripada 35.

Adakah kitaran haid anda normal? Jom baca artikel ini untuk tahu selanjutnya!

Jom Fahami Kitaran Haid Anda!

cara kira kitaran haid

Kebiasaannya, untuk menentukan hari dalam kitaran haid, hari mula berlakunya pendarahan adalah hari pertama, manakala hari terakhir kitaran merujuk kepada hari pertama pendarahan untuk kitaran seterusnya.

Fasa-fasa yang terdapat dalam kitaran haid adalah seperti berikut:

1. Haid

Tahukah anda bahawa kitaran haid bagi wanita adalah berbeza mengikut individu. Namun, kebiasaannya, kitaran haid adalah antara 23 hingga 35 hari.

Bagi majoriti golongan wanita, tempoh antara proses ovulasi dan kedatangan haid setiap bulan adalah antara 12 hingga 16 hari dan fasa ini dikenali sebagai fasa luteum.

Ovulasi di sini adalah merujuk kepada proses telur wanita dirembeskan dari ovari ke saluran falopian.

Bilakah hari kitaran haid anda mula dikira?

Kitaran haid anda dikira pada hari pertama anda mengalami haid atau dalam kata lain, ia merujuk kepada hari pertama keluarnya darah dari rahim anda.

Fasa ini selalunya berlangsung selama 3 hingga 7 hari dan ia berbeza mengikut individu yang mengalaminya.

Pada waktu ini, anda mungkin akan mengalami senggugut dan ia selalunya akan menjadi lebih teruk pada beberapa hari pertama berlakunya haid. 

Ini kerana, akibat hormon yang dikeluarkan dalam badan anda, lapisan yang dibentuk ketika kitaran haid yang terdahulu akan diruntuhkan oleh rahim.

2. Pra-Ovulasi

Ketika fasa pra-ovulasi, hormon yang dikeluarkan akan merangsang folikel FSH. Hormon ini dihasilkan oleh kelenjar pituari.

Folikel ini merujuk kepada rongga yang bercair dalam ovari anda.

Hormon ini juga dianggap sebagai hormon yang penting bagi menghasilkan telur yang matang.

Telur-telur yang belum matang boleh didapati dalam folikel tersebut. 

Namun, dengan kehadiran FSH, folikel ini akan dirangsang untuk membesar dan seterusnya menghasilkan hormon estrogen.

Dalam masa yang sama, dengan peningkatan estrogen dalam badan, lapisan rahim akan semakin menebal dengan kandungan nutrien dan darah.

Dengan ini, sekiranya berlaku kehamilan, telur yang disenyawakan akan dapat nutrien dan sokongan yang penting untuk membesar.

3. Ovulasi

Pada waktu ini, paras estrogen dalam tubuh anda akan semakin meningkat dan ini seterusnya akan membawa kepada lonjakan LH.

Dengan lonjakan LH ini, folikel dominion akan pecah dan membebaskan telur matang dari ovari yang seterusnya akan masuk dalam tiub falopio.

Proses ini juga dikenali sebagai ovulasi dan secara puratanya ia berlaku pada ke-14 kitaran.

4.  Selepas ovulasi

Selepas telur atau ovum ini dilepaskan, ia akan melalui sepanjang tiub falopio dan menuju ke rahim.

Telur ini akan hidup selama 24 jam. Oleh itu, sekitar waktu ini merupakan masa yang paling subur atau juga dikenali sebagai hari yang individu itu mempunyai kemungkinan hamil yang tinggi.

Seterusnya, berlaku pula penebalan lapisan rahim. Ini merupakan persediaan untuk menyambut telur yang telah disenyawakan.

5.  Persediaan untuk kitaran haid seterusnya

Sekiranya telur yang dikeluarkan tidak disenyawakan, tahap estrogen dan progesteron akan menurun. 

Disebabkan ini, lapisan rahim yang menebal akan mula runtuh dan dikeluarkan dari badan.

Fasa ini merupakan permulaan dan persediaan haid anda yang seterusnya.

Tips Ketika Mengalami Haid

1. Urutan

urutan kitaran haid

Aliran darah dapat dilancarkan dengan urutan singkat walaupun hanya selama 5 minit. Ia juga dapat mengurangkan tekanan pada bahagian tersebut.

Dengan ini, anda boleh mula mengurut rahim anda beberapa hari sebelum waktu kemunculan haid anda untuk mengurangkan risiko kekejangan dan ketidakselesaan.

Tambahan pula, kajian pakar menunjukkan bahawa tempoh kekejangan semakin berkurang apabila individu tersebut menggosok krim pada perut.

2. Letak haba pada perut

sakit period cramp

Anda juga boleh berikhtiar dengan meletakkan pad pemanas ketuhar gelombang mikro pada bahagian yang mengalami kekejangan. 

Produk ini direka secara khususnya untuk melegakan kekejangan haid dan ia boleh didapati di mana-mana farmasi.

3. Banyakkan minum air

minum air secukupnya

Meningkatkan pengambilan air mungkin tidak dapat menghilangkan kekejangan secara terus dan drastik. 

Namun, ia sangat membantu untuk mengatasi masalah kembung yang selalunya menyebabkan kekejangan menjadi semakin teruk.

Oleh yang demikian, sewaktu anda mengalami kedatangan haid, pastikan anda sentiasa membawa bersama air kosong kemana-mana yang anda pergi.

4. Elakkan pengambilan kafein

kopi jamu mak dara

Anda digalakkan untuk mengurangkan pengambilan kafein sebelum dan sepanjang tempoh haid anda.

Ini kerana, kafein dipercayai mampu membuat kekejangan anda semakin teruk.

Bukan itu sahaja, anda juga perlu mengurangkan minuman bersoda, minuman tenaga, coklat dan teh.

Produk Lokal Atasi Kitaran Haid Lewat

jamu mak dara asli kapsul

Kitaran haid yang tidak teratur sudah semestinya akan buat kita risau bukan?

Ditambah lagi dengan ketidakselesaan dan kekejangan yang dirasai sepanjang tempoh haid.

Jika anda salah seorang yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur serta masalah senggugut yang berlarutan, kami sarankan anda mencuba Jamu Mak Dara. 

Jamu Mak Dara Kapsul Asli merupakan pilihan ramai wanita bagi mengatasi masalah yang berkaitan dengan kitaran haid.

Ini kerana, produk ini telah dirumus khas dengan herba dan gabungan warisan kontemporari, teknologi saintifik dan pemakanan hutan hujan semulajadi.

Antara kebaikkannya adalah membantu mengimbangkan hormon wanita serta menyelaraskan keperluan sistem badan wanita dengan sewajarnya.

Bukan itu sahaja, produk Jamu Mak Dara juga sangat membantu dari segi meningkatkan kecergasan tubuh, menyingkirkan toksin serta mengukuhkan sendi dan otot.

Suplemen nutrisi yang dapat mengatasi masalah dalaman wanita ini juga menawarkan banyak lagi manfaat-manfaat yang lain seperti:  

  • Membantu berikan tenaga tambahan.
  • Membantu mengurangkan masalah lemah badan (terutamanya bagi ibu-ibu bersalin).
  • Membantu untuk mengurang toksin dan angin.
  • Bantu untuk mengurangkan ketegangan sendi, otot, dan sengal badan.
  • Bantu untuk memelihara kesihatan pada bahagian intim. 
  • Bantu untuk menyuburkan rahim. 
  • Bantu mengatasi masalah keputihan.

Di samping itu, antara produk yang terlaris keluaran Jamu Mak Dara adalah Kopi Mak Dara, Jamu Mak Dara Asli Kapsul dan banyak lagi!

Apa yang membuatkan produk Jamu Mak Dara ini lebih digemari ramai berbanding jamu yang lain?

Sudah pasti kerana ianya dijamin suci dan halal. Formulasinya mematuhi piawaian dan tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang terlarang. 

Bukan itu sahaja, produk ini juga telah mendapat kelulusan daripada KKM.

Layari laman Facebook kami untuk update terkini. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.

Top Img back to top