Hormon Wanita: Mengenali Pentingnya Cara Menguruskannya
-
admin
- Posted on
- 0 comments

Masalah ketidakseimbangan hormon wanita adalah suatu perkara yang biasa terjadi. Tetapi, ini tidak bermakna anda perlu memandang enteng terhadap masalah ini.
Sebagai seorang wanita, anda perlu ambil berat mengenai perkara ini kerana ia merupakan indikator tahap kesihatan seseorang.
Oleh itu, kami akan menerangkan beberapa informasi penting mengenai ketidakseimbangan hormon wanita seperti tanda-tanda dan kesan.
Teruskan membaca sehingga habis.
Info Ringkas Tentang Hormon Wanita
Setiap hormon yang dirembes mempunyai kepentingan dan fungsi yang tertentu. Rembesan hormon ini ditentukan oleh kelenjar yang ada dalam tubuh badan manusia.
Dengan adanya kelenjar ini, ia memastikan tubuh badan manusia dapat berfungsi dengan baik.
Contohnya, kelenjar tiroid menghasilkan hormon yang membantu untuk penghasilan dan penyimpanan tenaga untuk mengawal metabolisme badan.
Dalam pada itu, paras hormon dalam badan adalah berbeza bagi setiap individu.
Sebagai contoh, hormon estrogen dan progesteron yang dirembes dalam badan wanita adalah berbeza dengan tubuh badan lelaki.
Rembesan hormon ini akan mempengaruhi beberapa faktor seperti perubahan tubuh badan, suara, dan personaliti.
Kaitan antara hormon wanita dan penyakit
Seiring dengan kepakaran dan kemajuan ilmu dan teknologi terkini, terdapat beberapa rawatan yang berasaskan hormon boleh dilakukan. Antaranya ialah:
- Pil cegah kehamilan boleh memanipulasikan hormon estrogen dan progesteron.
- Rawatan penyakit kanser seperti kanser payudara perlu mendapatkan terapi hormon.
- Hormon tertentu akan digantikan sebagai rawatan seperti tiroid selepas pembedahan
5 Tanda Hormon Wanita Tidak Stabil
Pada bahagian sebelum ini, anda sudah didedahkan dengan pengetahuan ringkas mengenai hormon dalam badan.
Tapi, bagaimana anda boleh dapat tahu jika hormon wanita anda tidak stabil?
Kami serta 5 tanda hormon wanita tidak stabil, antaranya:
1. Kitaran haid tidak teratur
Tempoh jarak yang normal bagi haid adalah sekitar 21 hingga 35 hari.
Sekiranya anda sedar yang kitaran haid tidak teratur, itu merupakan antara tanda awal untuk dikenal pasti bahawa hormon anda tidak stabil.
Kitaran haid yang tidak teratur adalah berpunca daripada hormon estrogen dan progesterone yang berada pada tahap, sama ada rendah atau tinggi (hormon yang tidak seimbang).
2. Perubahan selera makan
Perubahan selera makan akan beri kesan kepada pertambahan atau pengurangan berat badan.
Perubahan selera makan amat berkait rapat dengan hormon wanita.
Jika tahap hormon estrogen tidak seimbang, ia akan menyebabkan pertambahan berat badan.
Jadi, untuk seimbangkan hormon ini, pengambilan makanan yang berasaskan serat seperti sayur-sayuran adalah amat digalakkan.
3. Tumbuh atau gugur rambut berlebihan
Pertumbuhan atau keguguran rambut dalam kuantiti yang normal bukanlah suatu masalah.
Tetapi, yang menjadikan masalah adalah apabila rambut atau bulu di anggota badan atau muka yang tumbuh/ gugur secara berlebihan.
Ini akan menyebabkan stress dan seseorang individu itu kurang keyakinan diri.
4. Mudah Letih
Kadar hormon progesterone yang rendah akan beri kesan pada kualiti tidur bagi seseorang individu.
Jika anda mengalami kesukaran tidur sebelum bermulanya kitaran haid, maka itu merupakan tanda hormon progesterone anda berada pada tahap yang rendah.
Apabila ini terjadi, kualiti tidur anda akan terjejas dan menyebabkan riak wajah anda kelihatan penat dan tidak bersemangat.
5. Jerawat Kronik
Apabila wanita sedang mengalami haid, pertumbuhan jerawat pada wajah adalah sesuatu perkara yang biasa.
Namun, sekiranya pertumbuhan jerawat sering berlaku, itu merupakan salah satu tanda anda mengalami ketidakseimbangan hormon dalam badan.
Kelenjar yang menghasilkan minyak berlebihan pada wajah menjadi punca jerawat sentiasa tumbuh.
Selain daripada wajah, antara anggota badan yang sering dinaiki jerawat ialah:
- Dada
- Belakang Badan
- Bahu
Kesan Hormon Wanita Tidak Stabil
Tiroiditis Postpartum
Tiroiditis postpartum berlaku kepada kalangan ibu yang sudah bersalin. Ia terjadi apabila kelenjar di leher membengkak.
Kesan ketidakseimbangan hormon ini boleh dikenalpasti melalui simptom seperti tekanan selepas melahirkan bayi atau gangguan mood.
Apabila tiroiditis postpartum terjadi, ia akan ambil masa dalam 12 hingga 18 bulan untuk kembali normal.
Tiroiditis Pasca Menopause
Tahap hormon estrogen yang rendah boleh menjadi punca perubahan tahap kesihatan wanita yang sedang menopause.
Tiroiditis pasca menopause boleh didatangi dengan beberapa simptom lain seperti:
- Keletihan
- Masalah fokus dan ingatan
- Kegelisahan
- Sakit otot
Gangguan Ingatan dan Masalah Tidur
- Tidur
Kebiasaannya, hormon yang dihasilkan daripada ovari wanita membantu untuk tidur dengan mudah.
Jadi, sekiranya anda susah untuk tidur atau tidur terganggu, ia boleh menjadi tanda bahawa hormon yang dihasilkan ovari berada pada tahap yang rendah.
- Memori
Perubahan hormon wanita, iaitu estrogen dan progesterone boleh menyebabkan mereka kurang fokus.
Perubahan Mood dan Keletihan
Apabila terjadinya perubahan hormon dalam kadar yang cepat, ia boleh menyebabkan kegelisahan dan depresi.
Keletihan sering terjadi kerana berlebihan hormon progesteron akan menjadikan wanita itu mengantuk dan boleh menjejaskan tenaga jika hormon itu terlalu sedikit.
Secara kesimpulannya, sama ada wanita yang sudah berkahwin atau masih bujang, anda perlu ambil tahu mengenai hormon wanita ini.
Ketidakseimbangan hormon boleh terjadi kepada sesiapa tanpa kira masa. Jadi, anda harus lebih peka akan perubahan yang terjadi pada tubuh badan fizikal.
Disebabkan itu, anda digalakkan untuk menyediakan barang keperluan seperti Jamu Mak Dara Asli Kapsul.
Fungsi utama Jamu Mak Dara Asli Kapsul adalah untuk memastikan hormon wanita seimbang dan membantu mengurangkan masalah dalaman.
Jangan risau!
Jamu Mak Dara Asli Kapsul ini diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti manjakani, biji ketumbar, kulit serapat, cabai batik, cabai jawa, dan cabai pintal.
Berikut merupakan kebaikan produk ini:
- Beri tenaga tambahan.
- Bantu untuk membuang toksin dan angin daripada badan.
- Bantu untuk bakar lemak.
- Bantu menyuburkan rahim.
- Atasi masalah keputihan.
- Memperbaiki kitaran haid bagi seseorang wanita.
- Memelihara kesihatan bahagian intim wanita.
Jika anda berminat untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah ini sekarang!