Jangan Biarkan Rahim Jatuh Belarutan, Rawat Dengan Cara Ini!

rahim jatuh

Masalah rahim jatuh bukan lagi perkara yang asing dalam kalangan wanita hamil dan wanita bersalin. 

Masalah ini terjadi apabila tisu sokongan diantara pundi kencing dan dinding faraj menjadi lemah. 

Dengar seperti suatu masalah kesihatan yang menggerunkan, betul? Tetapi, jangan risau! 

Setiap masalah yang dihadapi pasti ada penyelesaiannya. 

Lebih-lebih lagi apabila adanya teknologi yang canggih yang menggabungkan rawatan tradisional dan moden.

Sebelum itu, mari kita telusuri punca terjadinya rahim jatuh pada bahagian artikel yang seterusnya. Teruskan membaca! 

Punca Terjadinya Rahim Jatuh

1. Kehamilan 

Bagi wanita yang hamil, masalah rahim jatuh adalah normal. Ini kerana saiz rahim yang besar adalah punca utama otot-otot sokongan pada bahagian pelvis ditarik dan menjadi longgar.

2. Proses bersalin secara normal 

bersalin

Punca masalah rahim jatuh juga boleh terjadi kepada kalangan wanita yang sedang melahirkan bayi secara normal. 

Bagaimana ia terjadi? 

Ketika wanita melahirkan anak, hormon akan bertindak balas semasa berlakunya proses bersalin. Ini juga boleh dijadikan sebagai punca perlonggaran otot-otot pelvis. 

3. Faktor Penuaan dan Menopause

Secara dasarnya, menopause sering terjadi pada kalangan wanita yang berumur 45 – 55 tahun. Kejadian menopause ini boleh menyebabkan 3 perkara iaitu: 

  • Wanita tidak lagi mengalami kedatangan haid. 
  • Wanita yang tidak lagi boleh melahirkan zuriat. 
  • Haid yang berhenti secara tiba-tiba, beransur-ansur atau tidak tetap. 

Selain daripada perubahan yang disebutkan di atas, menopause juga akan menyebabkan hormon estrogen yang semakin berkurangan. 

Hormon estrogen yang berkurangan ini boleh melemahkan sokongan pada tisu dan otot-otot pelvis. 

4. Faktor peningkatan tekanan dalaman 

Apa yang dimaksudkan dengan peningkatan tekanan dalaman? 

Sebenarnya, peningkatan tekanan dalaman ini dirujuk pada kedudukan pelvis dan ruangan abdomen (yang mempunyai organ lain seperti usus). 

Kedua-dua bahagian dalam ini; pelvis dan abdomen “duduk” bersebelahan. 

Jadi, tekanan seperti mengangkat barang yang berat, obesiti, atau sembelit menyumbang kepada terjadinya masalah rahim jatuh.

Jenis–jenis Kejatuhan Rahim Wanita

rahim jatuh

1. Vaginal Vault Prolapse 

Situasi ini sering terjadi kepada wanita yang pernah membuat pembedahan pembuangan rahim. Ia terjadi apabila kawasan di atas faraj terjatuh ke dalam ruangan faraj. 

2. Uterine Prolapse 

Masalah bagi kategori ini terjadi akibat daripada rahim yang terjatuh ke dalam ruang faraj. Ia menyebabkan kawasan tersebut bengkak dan terkeluar daripada bukaan faraj. 

3. Rectocele 

Rectocele terjadi apabila dinding tisu yang memisahkan rektum (rectum) daripada vagina menjadi lemah atau terkoyak.

4. Enterocele

Enterocele juga dikenali sebagai small bowel prolapse terjadi apabila usus kecil “turun” pada bahagian pelvik dan menolak vagina. 

Tips Merawat Rahim Jatuh

1. Senaman Kegel 

Senaman kegel ini sama seperti perbuatan kemut untuk menahan kencing. 

Sebelum kami sertakan cara-cara untuk melakukan senaman kegel, eloklah sekiranya kami menerangkan beberapa kepentingan senaman ini. 

Antaranya: 

  • Bantu untuk menyokong organ-organ pelvik dan memudahkan bersalin. 
  • Bagi ibu yang sedang mengandung, senaman ini bantu si ibu untuk menampung berat bayi dalam rahim. 
  • Untuk elak daripada terjadinya masalah rahim jatuh atau prolapse (jatuh daripada kedudukan asal). 

Berikut merupakan cara-cara senaman kegel yang anda boleh lakukan di rumah: 

Cara-cara senaman kegel: 

  • Untuk memastikan otot perut kekal tenang, anda boleh letakkan satu tangan diatas perut dalam posisi baring.
  • Dalam keadaan punggung dan otot perut santai, bahagian belakang badan harus rata. Posisikan tangan di sisi dan lutut dirapatkan. 

senaman kagel

  • Anda boleh cuba untuk kemutkan otot pelvik selama 2-3 saat sebagai permulaan dan cuba tahan sehingga 5 saat. 

senaman kagel

  • Setiap kemutan harus diselangkan dengan 10 saat rehat bagi mengelakkan ketegangan otot. 
  • Ulang senaman ini sebanyak 10 kali sebagai 1 set latihan. Anda boleh ulang senaman kegel ini sebanyak 4 set sehari. 

senaman kagel

  • Selain daripada senaman di atas ini, anda juga boleh lakukan pull in kegels untuk menambahkan lagi variasi senaman. 

Anda perlu menegangkan otot punggung dan tarik kaki anda secara up and in. Anda perlu menahan dalam 5 saat dan rehatkan anggota yang terlibat selama 10 saat. 

2. Urutan

Sekiranya anda ingin merawat masalah rahim jatuh dengan kaedah urutan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat daripada mereka yang berpengalaman. 

Di bawah ini, kami sertakan cara-cara melakukan urutan bagi mengelakkan masalah rahim jatuh: 

  1. Lembutkan urat perut dengan urutan sendiri
  2. Apabila urat sudah lembut, boleh angkat kaki ke dinding dan serentak dengan tangan menarik bahagian yang berbenjol di atas ari ari menghala ke pusat.
  3. Dengan perlahan, urut dari bawah dan tarik ke atas. Berhenti seketika jika anda mula terasa sengal.
  4. Anda dinasihatkan untuk berehat seketika sebelum bangun selepas tamat sesi mengurut. 

3. Pesari cincin faraj

Pesari cincin faraj merupakan sebuah alat perubatan bertujuan untuk merawat masalah rahim jatuh atau prolapse.

Jika anda ingin menggunakan cara ini, anda perlu dapatkan bimbingan daripada pakar. 

Daripada segi penggunaan pula, anda perlu menukar pesari cincin faraj ini sekurang-kurang 4 bulan sekali. 

Secara kesimpulannya, masalah rahim jatuh memerlukan perhatian yang rapat dan pengetahuan yang betul agar kita boleh merawatnya. 

Maka, disebabkan itu, anda perlu ambil tahu mengenai punca-punca yang boleh menyebabkan masalah ini. 

Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada terjadinya luka yang boleh membahayakan wanita tersebut. 

Memandangkan masalah ini amat serius dalam kalangan wanita, maka kami di Jamu Mak Dara mengambil berat mengenai ini. 

Buat anda yang sedang mengalami fasa keibuan seperti mengandung atau berpantang, anda boleh layari laman web rasmi Jamu Mak Dara untuk mendapatkan barang keperluan. 

rawatan rahim jatuh

Salah satu barang keperluan yang amat penting buat ibu-ibu adalah Set Bersalin Ibu Halimah, Bengkung Mak Dara Strap, Bengkung Mak Dara Zip- Zip Slimming Belt, dan sebagainya.

Jadi, segera sediakan payung sebelum hujan dengan mendapatkan barang keperluan ibu-ibu di Jamu Mak Dara! 

Klik link di bawah ini untuk lihat produk-produk keluaran Jamu Mak Dara. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are makes.

Top Img back to top